Wednesday, 4 December 2013

Travelog :Bandung Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah hampir lebih 2 minggu lepas berjaulah ke negara jiran Indonesia, malam ni barulah ada sedikit kekuatan mencoret kisah berkongsi sedikit pengalaman berharga sewaktu berjaulah di sana. Kalau nak dikira entry pasal jaulah Bandung aku ni mungkin dah dikira 'basi' kot nak dibandingkan dengan lambakan entry pasal jaulah ke Bandung ni.. lambakan tu... orang lain dah tulis lama dah.. den baru nak tulis.. nak buat macamana, orang lain dah sampai dulu kot..! eloklah tu, tak perlulah aku nak menaip panjang berjela2 sangat walaupun.... :p biarlah gambar bercerita.. untuk makluman, foto2 pemandangan sekitar Bandung dan Jakarta yang aku kongsikan di sini di ambil dari dalam van masa tengah bergerak. Nasib baik boleh tahan, boleh la dari takde.. Sebahagian dari warna2 kenangan terindah masa kat sana.

Jaulah kat sana 4 hari 3 malam je campur tolak dengan perjalanan pergi balik Malaysia semula. Berbekalkan pakaian of course, international adopter (plug elektrik antarabangsa) dan wang berjumlah lebih kurang Rp3.5 juta. Teringat masa mula2 buat money changer hari tu.. aku rasa macam orang kaya, wangku berjuta2.. hehe.. makcik kayo..! makcik kayo..! walhal nilai duit Malaysianya RM1k je pun.. huhu. Rombongan cik kiah kitorang 5 orang je. Jumaat hari terakhir persekolahan sesi 2013, keesokkan harinya pagi2 lagi aku dah terbang ke Jakarta (cewah! tak menyempat betul!) padahal hal sekolah ada yang belum settle lg.. masih ada lagi yang tak beres, sppbs.. oh sppbs.. boleh pitam dibuatnya! jadi dalam sedikit keserabutan otak yang masih ingat pasal ketidakberesan kerja, makan angin tetap on... dapat pergi sana, dengan sendirinya tekanan dan ketensenan dapat direleasekan.... erm, makan angin kot! sape yang tak suka. Maklumlah, orang merantau.. cuti harus diurus dengan bijak. takdenya nak buang masa lama2 duk di rantau orang.. mula cuti je program terus on. Nanti nak balik kampung menghabiskan cuti dengan keluarga yang tercinta pulak.


Hari 1 : Sabtu (16/11/2013)

1~ Pagi2 sabtu bertolak ke KLIA. Flight kitorang jam 10.45 am. Lebih kurang pukul 12.30 pm waktu Malaysia sampai ke Soekarno Hatta International Airport. Waktu di Indonesia pula pukul 11.30 am. (waktu Indonesia lambat satu jam dari waktu Malaysia)note: patutlah kat Bandung pagi2 lagi dalam pukul 5 lebih langit dah cerah.. rasanya waktunya lagi cepat sedikit dari Sabah & Sarawak.. malam pun cepat la jugak, pukul 6 petang dah masuk waktu maghrib..erm.. oklah, sambung semula.. kami dijemput Pak Endang supir merangkap ejen travel kat sana. Bumi Jakarta dibasahi hujan ketika itu. Masa nak landing tadi aku dah perasan.. lapangan dah basah dengan air hujan. Tanpa membuang masa kami terus dibawa bertolak ke Bandung. Jalanraya masa tu agak macet sikit kata Pak Endang, kan hari sabtu... cuti.. hari kebiasaan warga Jakarta ke Bandung untuk shopping2 ujarnya lagi. Masa dalam perjalanan, aku dan member2 kagum tengok kebanyakan taksi2 yang menyusur kat atas jalanraya dari jenis kereta Toyota Vios. Kalau kat Malaysia, sape yang pakai vios dah dikira orang yang banyak duit.. mana taknya, cukai kereta import kat Malaysia bapak mahal.. 2 kali ganda dari harga sebenar kereta.. uhuhu.. aduhai.. kerajaan2.. setakat yang aku tengok, orang2 sini hampir 90 persen kot guna kereta import jenis toyota, daihatsu, nissan dan honda. Ish2.. kata Pak Endang, golongan biasa2 yang guna jenis kenderaan yang aku sebut tadi.. yang kaya akan guna jenis BMW, Merc dan yang sewaktu dengannya.. huhu.

Perjalanan kami ke Bandung kurang lancar sikit sebab masa tu hujan dan kenderaan pun banyak. Kami berhenti rehat sebentar di R n R isi perut. Asalnya nak solat kat situ tapi disebabkan keadaan tandas dan tempat wuduk yang tak selesa digunakan (tempat wuduk terbuka & menghadap ke arah yang boleh dilihat oleh sesiapa saja), kami ambik keputusan untuk solat apabila sampai di apartment nanti. Aku perhatikan tempat wuduk wanita di sana kebanyakannya macam tu, sama je dengan tempat wuduk lelaki cuma diasingkan saja. Hampir 4 jam kemudian, barulah kami sampai di Bandung. Check in kat Apartment Cipedes. Wah.. jalan nak masuk ke apartment bukan main lagi, berjoget2 kami ikut rentak van. Bentuk muka buminya dah la naik turun bukit, jalan pulak berlubang2 sana sini dan besar2 pulak tu. Mulut member2 aku tak berhenti merungut, aku diam je malas nak mengomel apa2. Pak Endang kata, yang buat jalan kat situ.. komplek atau kata lainnya swasta. Belum ditambah dengan cara pemanduan orang2 kat sini, siapa cepat dia dapat. Asal ada peluang, kenderaan dimana2 laluan pun boleh jalan.. tapi elok pulak tu, takde pulak berlaku pertembungan, kalau memandu macam ni kat Malaysia... alamat dah lama selamat cium & gesel kenderaan orang. Mungkin dah cara orang sini, aku tengok masing2 dah macam saling memahami antara satu sama lain dah..uhuhu.. pengalaman, lain tempat lain caranya.

2~ Pada malamnya pula kami dibawa ke Factory Outlet yang banyak terdapat di sekitar Kota Bandung, pusat jualan pakaian terutamanya. Apa yang menarik, bangunannya ala2 rumah, sebuah2 dan sebelah menyebelah pulak tu. Unik sungguh pada pandangan aku, bukan macam mall biasa dan bukan juga deretan rumah kedai. Lepas sebuah, sebuah.. kitorang ronda.. sampai tak ingat nak mengisi perut. Sedar2 pusat jualan dah nak tutup.. (lebih kurang pukul 9 pm). Restoran pun lebih kurang sama la juga waktu tamat operasinya. Banyak yang dah ditutup sebaik saja kami selesai ronda. Kerana kesiankan kami, Pak Endang bawa kami ke sebuah restoran. Nama Restoran tu Kafe Halaman. Boleh tahan ramai juga orang makan kat situ, makanannya pun boleh tahan sedap. Hampir2 terlelap aku & member2 tunggu makanan siap, masing2 dah penat sangat2 dah.. kami sampai apartment pun lewat lebih kurang jam 11.30 malam waktu tempatan.Tapi aku tengok gerai2 kecil @ warung tepi jalan nak ke apartment ada lagi yang masih buka.


Jangan lupa passport dan tiket
mmm
posing sebelum bertolak @KLIA
bergambar dalam pesawat pulak
hidangan alas perut yang kosong.. alhamdulillah @ dalam pesawat
seusai tiba @ Soekarto Hatta Airport
panorama sekitar airport yang menarik perhatian.. my 1st eye's catch!

tadaa.. transport kontrakan kami kat sana, van jenis Daihatsu, plat D for Bandung.. sama macam plat kelate la...wuahaha.. info: B for Jakarta dan F for Bogor.

hujan rahmat menyambut kedatangan kami
Pemusafiran ke Bandung pun bermula.. Bandung! mu tunggu aku datang..!

bergerak keluar dari kawasan airport
Silakan mampir ke Bandung ibu2 & bapak2..! :) pemandangan sebahagian Kota Bandung
tempat penginapan kami.. Apartment Cipedes. Cipedes tu nama tempat kat situ.
ruangan dalam apartment
ruang istirehat, pintu tu tembus ke kolam renang
                   member2 teruja.. siap pasang niat lagi nak berenang tu..
   
Carla Factory Outlet
Pusat belanja sepatu. Member2 sakan shopping kasut. Aku tukang pantau sambil2 usha seorang cowok ganteng s.a kat situ.. :p macam model wa cakap lu.. ganteng2 cowok2 Bandung ye.. heheh.. gediks, bosan woo tunggu orang perempuan shopping. Sikit punya lama diaorang ni pilih kasut.

takdo kojo.. kita snap la dulu sepukul..

Hari 2 : Ahad (17/11/2013)

1~ Destinasi pertama hari kedua di Bandung. Tempat yang wajib dikunjungi para wisata apabila berada di sini. Kawah gunung merapi, Tangkuban Parahu.. sejuk kat atas tu, orang sana siap jual topi dan mafla bagai.. strawberry pun ada. Gerak ke kanan, yang ni promote keychain.. gerak ke kiri yang ni tunjuk frigde magnet, kat depan pula ada yang sua strawberry.. yang belakang tunjuk mafla.. erm sedikit merimaskan. Apa yang selalu aku dengar, harga barang dagangan mereka agak mahal sedikit.. tapi kalau diikutkan okey la diaorang cas kos barang2 tu naik atas. Lagi satu, bersangka baiklah mereka berusaha keras sebenarnya mencari rezeki untuk anak2 dan keluarga di rumah. Sekurang2nya mereka melakukan kerja yang halal demi sesuap nasi. Serius, aku simpati tengok situasi macam ni di mana2 lokasi pun di Bandung dan Indonesia mungkin. Sesiapa yang ada wang lebih tu.. apa salahnya berbelanja dengan mereka. Setidak2nya kita tolong mereka dengan cara macam tu sambil berbuat 2 amal sekaligus, berbelanja sambil sedikit mengurangkan kepayahan hidup orang lain.. empati orang kata.. try to put ourself in another shoes..erm..

Oh ye, lupa pulak, nak masuk sini ada bayarannya ya kakak2 cun.. ngak ada yang gratis dong! Rp50,000 seorang. Lebih kurang RM15+ duit Malaysia belum masuk duit parking.. huhu.. memang ngak ada yang gratis pun di Indonesia.. hampir semuanya perlu dibayarin.. perlu diberi tip. Kalau ada yang baik hati tunjukkan jalan atau tahan kenderaan untuk kita senang mengeluarkan kenderaan dari tempat parking.. iya, harus diberi tip loh! erm.. mungkin ni pun satu cara untuk orang2 sini mencari rezeki kot. Bersangka baik.. kepayahan hidup mungkin menjadikan mereka begitu. Belum ditambah dengan peminta sedekah yang ada dimana2.. kat sini boleh je beri sedekah aku rasa.. cuma kena tengok keadaan clear ke tak je.. sebab ramai yang cakap, kalau seorang dah diberi sedekah, alamatnya sekejap lepas tu peminta sedekah yang lain akan datang beramai2 minta sedekah dengan kita. Jadi better tak beri sedekah.. pulak.. wallahua'lam. Petua untuk keselamatan kepada poket yang tak berapa tebal, tengok dulu keadaan sekeliling sesuai atau tidak sebelum nak bersedekah. Kalau yang banyak duit nak bersedekah bila2 masa, dimana2 atau kat sesiapa saja.. silakan dan sangat dialu-alukan. Lagi bagus.. dapat pahala tolong orang susah. Iza maata ibnu aadam.. sikit dalam bahasa arabnya, Apabila matinya seorang anak adam (manusia), maka terputus semua amalannya di dunia kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Untuk renungan bersama.. besar pahalanya orang yang bersedekah ni.. takkan putus amal kebaikan yang 3 ni.. dibawa berterusan sampai ke akhirat nanti. Mudah-mudahan kita dijauhkan Allah daripada sifat kikir dan kedekut.. aamiin.

muka2 eksaited sebelum muka2 penat
Subhanallah.. kawah gunung berapi

sekitar kawah gunung berapi
orang boleh tahan ramai masa kami sampai.. cuaca pun berkabus, hujan waktu tu.
hambekk.. berebut nak bergambar kat sini
Finally, the line is clear

@ Tangkuban Parahu
kawah gunung berapi dari jarak lebih dekat..

Tempat park kenderaan. Ramai penjaja kat sini
wisata kot, main snap je..
Penjaja2 kat sini
Masa nak keluar dari kawasan Tangkuban Parahu

2~ Okey dah abis menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dan mengabadikan kenangan kat Tangkuban Parahu, lokasi pusat belanja wisata Pasar Baru pula menjadi destinasi tujuan kami. Tempatnya ala2 Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu. Yeah.. Its shopping time! tapi sebelum tu sila jaga dompet atau beg masing2 dengan baik, katanya kat sini ramai pencopet. Harus jaga2.. itu pesanan awal Pak Endang masa kami ke sana. Agak murah harga barang2 kat sini kalau nak dibandingkan dengan harga di Malaysia di tambah dengan nilai RM yang lebih mahal dari rupiah. Convert nilai ringgit dah boleh dapat rm30 atau lebih murah untuk kain pasang yang bersulam.

P/s: jangan terpedaya.. ada penjual yang ambik kesempatan. Kitorang dah terkena.. uhuhu.. patutlah aku rasa semacam, harga kain pasang & telekung satu kedai ni dah hampir macam harga standard kat Malaysia je.. murah sikit saja, walhal boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah. Tu pun sebab sorang pekerja kedai ni dah terkantoi depan mata aku, pekerja yang layan aku lak jenis lurus, hampir2 diberitahu harga sebenar sejenis kain yang aku tanya, tapi sebab tak pasti harga yang tepat.. dia tanyalah dekat pekerja tu, cepat2 di potongnya cakap kawan tu & sebut harga yang 2 kali lebih tinggi. Ada perubahan riak di mukanya. Riak muka macam nak beri isyarat tapi dikawal supaya tidak ketara sebab masa tu aku tengah pandang muka dia. Macam2.. nama kedai tu ada perkataan cinta2 sikit. So, nak beli kain kat situ kena usha2 harganya dulu, diaorang pun dah pandai sebab orang Malaysia selalu belanja(shopping) kat sini. Ada yang siap ambik jadi pembekal lagi. Abang jual telekung kat satu kedai ni siap cakap, orang Kelantan ada ambik bekalan telekung dengan dia nak jual. Jadi, better survey dulu lebih kurang sebelum decide nak beli kat mana2 kedai... remember k.. kang menyesal nanti. Nak beli ole2 atau souvenir.. (cakap orang sana) kat sinilah tempat paling sesuai.. ada key chain, fridge magnet dan beg serbaguna.. ramai yang menjaja kat dalam tu sampai kadang2 naik rimas pun ada dibuatnya. Boleh tahan jugak ye aku shopping kat situ, ish2.. beli kain pasang, telekung dan blouse.. semuanya buat diri sendiri dan buah tangan untuk keluarga.


Bolehlah dari takde.. ada la jugak tulisan Pasar Baru
panorama sepanjang perjalanan@Bandung
Posing sebelum menjamu selera.. @ food court Pasar Baru, Lantai 6.. sikit lebih kurang sama je dengan food court kat Malaysia

menu lunch aku hari tu.. nasi ayat penyet asli Indonesia.. enak bangettt!!

Rp 70,000 lebih kurang RM 20 set nasi gurami pilihan 2 orang member.. lauk ikan kaloi beserta sambal terung, sayur taugeh dan ulam-ulaman

3~ Usai makan tengahari, misi belanja yang belum berkesudahan di teruskan lagi, aku sibuk cari telekung yang mak aku pesan. Member aku pulak sibuk cari jubah yang orang kirim. Tak ingat dunia kot kami berbelanja sebab kat situ aku rasa memang murah berbanding tempat2 lain di Bandung.. dah nama pasar.. lainlah kalau shopping kat mall. Jumpa satu lot kedai jual jubah dan telekung, serius cakep2 jubahnya tapi sayang sebab rata2 saiz jubah yang dijual kat sini comel lote je saiznya.. paling besar pun XL.. labuh sederhana pulak tu.. tak sesuai untuk aku yang berkerangka ala2 minah arab ni.. hehe.. try punya try.. saiz XL dah okey tapi labuh pulak yang jadi masalah... elok2 takat buku lali, belum dikira ketinggian masa pakai kasut lagi tu.. huhu.. so, aku padamkan niat di hati nak belanja jubah kat sini. Okey2 aku hanya boleh pandang je la.. nak beli memang tak.

Standard saiznya pergi la kat mana2 kedai yang jual jubah khususnya dan apa2 pakaian pun amnya. Hampir sama je ukurannya.. aku akui, maybe sebab warga Indonesia ni kebanyakannya comel2 je saiz badan diaorang. Kalau kat Malaysia, senang je nak jumpa saize XXL, XXXL.. haha.. orang Malaysia mewah dengan makanan kot, nak makan apa2 pun senang dapat. Aku faham situasi rata2 warga kat sini. Makan rakyat marhaen kat sana, mungkin tak semewah makan rakyat marhaen kat tempat kita.. orang kita makanan memang melambak2 sampai dah sampai tahap membazir pun ada belum campur dengan amalan pemakanan yang tak berapa sihat pulak tu.. ish.. sesungguhnya orang yang membazir itu adalah bersaudara dengan syaitan. Erm... muhasabah2..

Memang tak ingat dunia sungguh, tengok2 jam pasar baru dah nak tutup dah untuk dagangan hari tu. Dalam pukul 5 waktu tempatan kot tak silap aku. Member aku belum lagi ada tanda2 nak berhenti shopping. Beli kebaya sulam la.. Aku layankan ajelah.. tunggu nak beli baju T Bandung je untuk adik2 aku. Solat asar pun belum lagi, aku pun lalai sekali. Nasib baik tengah bercuti masa tu, hmm.. (jangan amalkan aksi seperti ini) lalai dengan urusan dunia hingga hampir lupa urusan akhirat yang belum dilunaskan.

Selesai bagi tip kat sorang cowok penjaja yang sibuk tawarkan diri nak tunjuk arah ke surau. Kami berlima ambik lif naik ke Lantai 8. Info: menurut peniaga2 di situ ada 2 tempat solat. Satu di lantai paling bawah dan satu lagi di Lantai paling atas. Kat situ ada masjid rupanya, kat bangunan paling atas.. bukan surau kecil macam yang biasa kita jumpa kat Malaysia. Kagum jugak, mana ada masjid kat atas bangunan2 di Malaysia, surau kecil ada lah.. sambil2 tunggu nak solat maghrib Pak Endang sms member tanya mana lokasi kami waktu tu, rupanya dia pun solat kat situ, senanglah.. bertambah senang pasal kami tak payah susah2 turun tangga menapak nak ke tempat parking.  Sudah solat je pak endang suruh kami tunggu kat situ, dia ambikkan van naik atas.. Okey, now time to dinner.. kami dibawa ke Restoran Sederhana. Malam ni kita nikmati masakan Padang pula. 

antara menu masakan padang
model2 makanan.. :p tip: pilih lauk yang berkenan sahaja, jangan usik semua lauk pauk yang dihidangkan. Bil akan dikira berdasarkan berapa piring lauk yang kita makan sahaja.

3~ Lokasi terakhir hari tu, shopping lagi... lagi2 shopping... kali ini kita ke F.O yang seterusnya. Nama tempat tu, Rumah Mode. Memang rumah... cantik dan sebuah bangunan ala2 banglo mewah beserta landskap yang menarik. Erm.. takdelah murah pun belanja kat sini, harga kat sini standard biasa shopping kat mall Malaysia.. aduhai.. tengok la tempatnya macamana! sempat jugak aku sambar sehelai skirt separa kembang biru cair berharga Rp119,000.. walaupun harganya untuk skirt jenis biasa macam tu sikit lebih kurang sama macam kat Malaysia, tapi den dah berkenan.. nak buat camno.. uhuhu.. kitorang stay kat situ sampai lampu kedai tutup.. sorang member ni tak abis2 pilih pakaian.. selagi kedai tak tutup, selagi itulah dia akan pilih, aku dan member yang lain layankan je.. sambil duduk berehat kat bangku yang disediakan, aku tak lepaskan peluang, apalagi.. posing la.. landskap kat situ pun cantik. Sesuai la kalau nak bergambar bagai, hoho..

Menarik  @ Rumah Mode
Landskap berhampiran pintu masuk Rumah Mode
Muka2 penat tunggu orang shopping tak sudah2.. nasib baik ada tempat rehat lawa.. :p
Haa... nin dia, Pak Endang... supir kami masa kat sana. Baik orangnya, berketurunan sunda, cakapnya lembut dan teratur je.. rajin melayan pertanyaan kami, banyak info yang kami dapat daripada dia.. terima kasih pak! semoga Allah membalas setiap amal kebaikanmu. Aku candid masa dia tengah borak2 dengan member sambil2 tunggu,  terkujat dia dengan flash kamera aku, hehe.. ce tengok lampu kat dalam dah pun dipadamkan.. member kami yang sorang ni, tak keluar2 pun lagi.. huhuhu dia kalau shopping.. kami dah faham sangat dah.
muka ta'ban2 jiddan.. bergambar kenangan kat mercu tanda Rumah Mode
Foto yang disnap Pak Endang

Alhamdulillah.. urusan hari tu berjalan lancar, sampai apartment lebih kurang pukul 10.30 mlm waktu tempatan. Awal sikit dari semalam.. dah terbiasa dengan waktu Malaysia, nak tidur jam 11.00 mlm tu masih awal sangat rasanya, padahal kalau kat Malaysia dah jam 12.00 mlm. Member yang lain dah selamat belayar, aku sibuk nak packing barang yang dibeli masuk dalam beg siap2.. pastu baru la sedar, den tak biasa kat sini yo, orang lain dah tidur.. tinggal den yo, tak payah nak buat2 berani sangat stay up sorang2.. hehe.. Tak buang masa lama2, kita tidur dulu! esok nak berjaulah sekalian terus berangkat ke Jakarta petangnya.. sedihnya, am keep a promise in my heart, Bandung we 'll meet again for a second time.. insyaAllah.. :'(


Hari 3 : Isnin (18/11/2013)

1~Lokasi:  Toko tiga, pusat jualan seluar jeans Levi's dan pakaian. Orang kata harga jeans jenama Levi's murah separuh harga berbanding kat tempat kita, entahlah tak pasti sebab seumur hidup ni tak pernah pun beli jeans.. memang tak ambik tahu langsung berapa harga pasarannya kat Malaysia.

posing sebelum check out
sepanjang perjalanan @Bandung
Pak Endang kata di sinilah Ariel Peterpan dijatuhi hukuman pasal kes zina dia dengan Luna Maya tu... moral: jauhi zina.. couple bukan pilihan..! ujarnya lagi dua2 orang tu asal Bandung sebab ada member tanya kenapa tak dibicarakan saja di Jakarta.. aku google dua2 tu bukan orang sini, Si Luna Maya tu orang Bali..huhu.. takpelah, tak penting pun. Kalau aktor ganteng dan keren Teuku Zacky Azwar pelakon cite Kayangan tu memang berasal dari Bandung. No wonderlah cowok2 ganteng ramai kat sini kot.. :p

Kejaksaan Tinggi Jawa Barat
Faradila posing berlatarkan Bangunan Toko Tiga... nampak tak, nun jauh di belakang.

pengamen jalanan.. sibuk nyanyi lagu Tegar kat depan pintu van, tak sampai hati aku nak tutup pintu. Sorang member hulur RM1 dia buat dono dan teruskan nyanyian.. rupanya nak minta lagi.. heheh kelakar.. pengalaman real selalu tengok kat kaca tv jer~


2~ Jaulah diteruskan lagi.. kali ni lokasi pilihan ialah Kartikasari. Member yang cadangkan ke sini, katanya kat blog ramai yang bercerita pasal keenakan brownies dan pisang keju (bun ada pisang dan bersalut keju kat dalam) dan diletak cantik dalam kotak. Kiranya makanan kat kedai ni dah tersohor di kalangan wisata2 yang berkunjung ke Bandung. Ala.. kartikasari ni kedai kek dan roti la boleh aku simpulkan kat sini. Aku beli pisang keju, brownies bakar dan kerepek tempe serba satu, nak rasa.. orang lain dah rasa, rugi pulak kalau tak rasa.. aku ni jenis yang suka mencuba, nak pengalaman.. sekurang2nya tahu macamana rupa & rasanya. Terkenang masa study kat ukm dulu, aku beranikan diri pegang badan ular masa bergambar. Tu pun tahankan diri kalau ikutkan memang takut dan geli dengan haiwan reptilia ni.. at least dah tahu rasa pegang ular camana..hehe..pengalaman tu! 

Fokuskan pandangan kat beg yang kami pegang masing2..
Pintu depan Kartikasari

3~ Lokasi terakhir sebelum bertolak ke Jakarta, Jalan Riau. Factory Outlet lagi.. lepas lunch kat Mamak Kitchen, aku dah tak rajin nak ronda F.O. Masuk sebuah dua mall je window shopping. member2 yang berhajat je pergi.. aku & member 2 orang tunggu kat mall The Heritage sambil surf internet.. tak kuasa dah, bukan murah pun belanja kat F.O. Sama je macam kat Malaysia.. oh ye.. info tambahan, cuaca kat Bandung sangat selesa untuk bergerak aktif ke mana2 dengan berjalan kaki. Cuacanya sederhana bersuhu sekitar 23 darjah celcius. Patutlah rasa kurang berpeluh je.. padahal dah menapak situ sini ronda mall.. bestnya kalau cuaca kat Malaysia pun macam ni.. hehe, masa nak balik sempat singgah beli es lilin beli kat kedai sekitar The Heritage berharga Rp5,000 sebatang (RM1+) boleh tahan sedap, lain sikit rasanya dari rasa askrim yang biasa dijual kat pasaraya. Dijual dalam pelbagai pilihan perisa dan warna.. bentuknya pula sama macam aiskrim potong, mungkin aiskrim potong versi Indonesia la kot.. :)

Budak2 sekolah keluar rehat ujar Pak Endang, kagum aku... dalam pukul 2 pm diaorang akan masuk sekolah semula, kalaulah kat Malaysia buat macam ni.... haru biru jadinya!~
@ Bandung, beca kat sana sama je mcm beca kat kelate...
@ Bandung. Teringat masa dinner makan kfc kat Mangga Dua Square.. sedikit aneh, sebab kat sini ayam goreng dihidangkan bersama nasi yang dibungkus macam bungkusan burger.. no coleslow no marshed potato.
Lunch kat Restoran Mamak Kitchen sebelah  mall The Heritage, Jalan Riau. Menu aku tengahari tu nasi lemak & chicken curry. Kat sini ada wifi, sempatlah update status fb... huhu

4~ Waktu untuk travel dari Bandung ke Jakarta semula. Sekitar jam 4.30 pm waktu tempatan van kami menyusur jalanraya keluar dari Kota Bandung masuk highway terus menuju ke Jakarta. Erm.. sayu pulak rasanya, selamat tinggal Bandung, insyaAllah ada rezeki kita akan ketemu lagi..:(perjalanan ke Jakarta jika trafik berjalan lancar mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah, campur masa dua kali berhenti singgah R & R.


@ R n R masa on da way to Jakarta
singgah R n R
heading to Jakarta.. pemandangan senja. Dah nama highway, ada la tol nya.. berapa kena bayar, tak pasti..


5~ Jakarta, aku datang lagi..! sekalian esoknya mahu terus ke airport pulang ke Malaysia. Pantas je masa berlalu.. tup tup, dah sampai hari terakhir kitorang kat sini.. agenda penutup jaulah esok pagi, round Mangga Dua dan terus ke airport.

Sampai Jakarta, check in kat Fave Hotel dan keluar dinner kat mall Mangga Dua Square makan kat kfc..
Masa tunggu Pak Endang... van ada, orangnya ngak ada... 
@ Mangga Dua Square
Selesai dinner, angkut barang yang perlu dan masuk bilik... aku stay kat bilik nombor 310 dgn sorang member, boleh tahan lawa jugak biliknya.. Rp300,000+ kalau tak silap, mana tak ok...  harga standard convert nilai RM100+ semalaman & breakfast.



Hari 4 : Selasa (19/11/2013)

1~Hari terakhir di bumi Indonesia.. breakfast dan checkout dari hotel dan ke UTC Mangga Dua, ronda2 shopping buat kali terakhir sebelum pulang. Teringat nak tambah souvenir.. tapi tak banyak kat sini. Bayang fridge magnet, beg dan keychain aku tak nampak pulak... huhu...susah nak jumpa kat sini mungkin sebab tempatnya ala2 mall + pasar kot.. kalau kat pasar mungkin banyak kot. Entahlah, moral of da story: kalau nak benda2 tu semua baik beli siap2 kat Bandung.. nak banyak mana pun boleh, harga pun murah. Merata2 orang jual dan jaja.

Lagi satu, aku perhatikan kat sini harganya lebih mahal sedikit berbanding dengan Bandung.. mungkin sebab kedudukannya sebagai Ibu Kota Indonesia. Nak compare harga dengan Bandung, memang berbezalah... yang sama pun baju T la kot.. rate harga sehelai RM20,000. Itu pun kena tengok kedai... ada yang jual murah dan ada yang mahal. Ini cerita kat UTC Mangga Dua, kat tempat lain di Jakarta.. aku tak pasti. Kat sini pun ada juga Pasar Baru.. tapi nak pergi dah ngak bisa, bimbang ketinggalan pesawat dong... menangis kitaorang nanti... ~

Pagi hari terakhir.. masa tengah tunggu nak breakfast.. rest kat bilik sambil surf internet..  aku snap pemandangan Jakarta ni dari tingkap bilik..
dah breakfast, checkout & posing kenangan dulu kat kaunter.. minta tolong mbak receptionist jadi jurufoto
@ Jakarta.. kenderaan ni namanya bajai... hanya di Jakarta, kat Bandung aku tak jumpa benda ni. motor kojek dan angkot ada la
peniaga warung beroda
UTC Mangga Dua, tempat terakhir kitaorang belanja sebelum pulang
Bangunan Mangga Dua Square waktu siang
pintu gerbang nak masuk Mangga Dua Square.. pintu gerbang cina, tapi aku kagum tengok orang cina kat sini takde beza sangat pun dengan orang tempatan.. masa kat hotel aku jumpa satu family berkumpul kat sebelah bilik aku dan ngomong dalam bahasa rasmi Indonesia.. semuanya berwajah cina. wow... kagum aku, tak jumpa kot situasi tu kat Malaysia.. erm.. sekolah pun boleh pecah ikut kaum..... agak2 boleh jadi satu bangsa Malaysia tak ~

Gate Mangga Dua Square

dari UTC Mangga Dua, terus ke airport.. hmm.. dah nak sampai, dah nampak menara kawalan udara.. beberapa jam lagi kami akan tinggalkan Jakarta dan bumi Indonesia

sepanjang perjalanan ke airport
dah nak sampai

with my luggage, nak balik bertambah satu beg palstik kotak2 biru tu... dalam tu ole2 untuk myself and my family

masa beratur nak check in & bayar tax Rp 150,000 haa.. tu dah tertera no pesawat yang kitorang nak  naik.

@ dalam pesawat.. snap foto Pesawat Garuda. waarghhh... masuk awal tapi berlepasnya lambat. Jenuh tunggu, sejam delay baru berlepas to KL..
depan seat yang aku duduk..

on da way to KLIA.. Layan lagu je, malas nak tengok movie.. nak bersentimental je layan blues..
Alhamdulillah.. safely landed @KLIA lebih kurang jam 7.30 pm..(gambar ihsan, bukan aku yang ambik)

Alhamdulillah, kami selamat tiba kembali di bumi Malaysia.. masa landing kat KLIA hari pun dah gelap, jam masa tu dalam pukul 7.30 malam kot. Sampai2 masing2 cari tandas. Dah tu, member2 aku tinggalkan aku.. sorang pun tak tunggu, ntah kenapa tiba2 je aku rasa macam aku pergi Bandung sorang2 ni.. haih.. sabar jelah, tahulah dah sampai KLIA.. tapi KLIA tu bukannya kecik, pastu nak balik Melaka nanti pun sama2 jugak.. apa pun tak boleh, menapak la aku sorang2 cari tempat ambik bagasi sambil2 cari diaorang.. handphone pulak takde kredit... dah sampai kat tempat luggage rupanya dan dah siap dengan luggage masing2... erm.. tak pernah sekali pun aku tinggalkan member dalam apa jua keadaan pun kalau pergi mana2 bersama...:( bagus tak kalau asalnya pergi dalam satu kumpulan, time nak ke mana2 masing2 jalan bawak diri masing2 atau pun tinggalkan member yang pergi sama2 tu terkulat2 jalan sorang diri...? ermm.. benarlah kata pepatah, kawan ketawa ramai.. kawan yang nak menangis sama2 susah nak jumpa..

Itu satu hal, kastam pulak satu hal.. ingat dah takde apa2, rupa2nya sibuk tahan orang bagai suruh bayar cukai barang. Bukan main kerek muka makcik kastam yang sorang tu.. tahulah 'tengah bertugas' mesti ke tunjuk muka ketat dan kerek makcik oii.. Malas nak cakap banyak, bercampur dengan penat satu badan dan lain2 rasa, aku bayar je RM50 kat sorang penguatkuasa yang mukanya ada iras2 muka Apex. Nasib baiklah dia ni ok, cakap pun lembut je.. kuranglah sikit rasa tak puas hati. So, kepada sesiapa yang nak pergi Bandung dan Vietnam.. (aku rasa sebab orang Malaysia suka pergi shopping & kena tahan tu diaorang ada tanya pada almost yang baru pulang dari 2 tempat ni) kena bersiap sedia menghadapi situasi ni.. duit pun jangan lupa sediakan sekali, kang ada yang tak pasal2 kena bermalam kat airport sebab takde duit nak bayar cukai. Huhu.. cukai2.. lagi2 cukai.. tak habis2 cukai, lagi2 semenjak dua menjak ni...huh!!

Sesungguhnya, ada pengalaman manis & ada pengajaran yang menguji kekuatan di jiwa. Pengalaman melihat sendiri keindahan tempat orang, gelagat, cara hidup dan merasai keenakan makanan selain menyaksikan sendiri kepayahan hidup orang di depan mata. Aku jadi lebih mengerti tentang bagaimana rasa kebanyakan warga di bumi bernama Indonesia berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sehari2. Bila dengar je lagu Tegar (penyanyi cilik dari Indonesia yang pernah jadi pengamen jalanan) selepas saja pulang dari Bandung.. perasaanku jadi berbeza, diriku seolah2 turut mengalami situasi yang sama & merasai kesusahan dan keperitan hidup mereka. Semoga mereka diberi ketabahan yang tiada tandingannya dan semoga Allah memelihara bumi Indonesia dan seluruh warganya.

Ada rindu di jiwa, ada rasa di dalam dada tatkala kenangan di sana menyapa ruang ingatan sekali sekala. Rindu saat2 berada di sana. Bila direnungkan balik, aku panjatkan kesyukuran di hati dengan segala nikmat yang telah Allah berikan padaku dan bumi Malaysia. Tanahairku yang kaya dari pelbagai sumber alam serta ujian bencana alam yang dahsyat tiada di tanahairku.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah! jaulah yang sungguh bermakna, ada pengalaman dan ibrah yang berguna. Jaulah yang meluaskan pemandangan dan menajamkan mata hati ini. Semoga aku diberi ruang dan peluang serta pengalaman yang lebih baik pada masa2 akan datang. Insyaallah.. dan dengan izinNya, mudah-mudahan akan ada lagi siri2 jaulah yang seterusnya. Allahu musta'an. :-)

Jika ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
jika ada umur yang panjang
boleh kita bersua lagi..

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.


Hanani Kamaruddin.
Tumpat,
Disember 2013,








Thursday, 26 September 2013

Siapa Mampu Beli Kenangan??

Suka sangat dengan desktop wallpaper ni... ehh.. !! tiba2 pulak.. -_-



Disebabkan mood sekarang ni tengah bersemangat 'mencuci' dokumen dalam laptop.. i nak kongsi video kenangan masa kat institut perguruan dulu.. kenangan ni, tugasan group yang diberi lecturer.. subjek apa yee.. lupa daa..

Kumpula BA 2 with Madam BG

Ermm.. terimbau kenangan lalu di kotak ingatan ketika ini.. :p foto masa lawatan sekitar melaka tahun 2007.. ni  foto depan Istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak berhampiran dengan pinti gerbang A Famosa.


Okey, mainpoint yang sebenarnya, video tugasan kumpulan kami... video pasal sejarah melaka. Bodek sikit... padahal dalam group aku tu semuanya orang Klate..... almaklum, kami kan stay kat melaka ni... lalalala... hoho :p


Cewaahh... bukan main video group kitaorang ni, aku rasa paling terbaik berbanding group lain kot.. haha.. masuk bakul angkatlah sendiri ye!! serius aku memang suka video ni.. yang tukang buat video ni member aku.. sangat kreatif dan pandai menyunting, suara yang baca puisi dalam tu suara kakak dia. Dia yang paling rajin siapkan video ni, yang lain tolong sikit2 jer.. dah dia yang paling ada kepakaran antara kami kan... huhu.

Kesimpulannya, aku sebenarnya sayang nak delete video ni dari file.. tapi disebabkan kekurangan ruang dlm laptop, maka aku mengambil keputusan upload je video ni dalam blog.. habis cerita.. sekurang2 video ni masih ada untuk ditatap kala kerinduan.. maklumlah, siapa yang mampu beli kenangan... cari la kat mana2 kedai pun, sekali 'ia' hilang.. selama-lamanya  takkan dapat diganti balik semula. Am i right??? ^^


Saturday, 21 September 2013

Jom Masak

Assalamualaikum...

Malam ni teringin pulak nak post pasal makanan... ya.. makanan kegemaran aku ni diberi nama Chicken Meatball Spaghetti Bolognese.. hohoho... resepi asalnya spaghetti bolognese biasa je.. tapi dah dengan pandai2nya diubah olehku.. almaklumlah, asyik2 daging kisar jekk, bosan jugak. Hari ahad minggu lepas dengan berkobar2nya aku masak spaghetti ni disebabkan ter'inspirasi' dari video Lepat tunjuk anak2 dia tengah makan spaghetti yang dia masak dengan berseleranya, i siap share lagi video tu kat fb i.. tadaaaa... ni dia spaghetti yang aku masak hari tu.






Malam tu jugak aku upload pic ni kat fb.. wah.. bukan main banyak pulak 'like'! ^^ Biasanya aku blend je bahan2 nak masak spaghetti ni, entah kenapa malam tu rajin pulak aku guna cara manual. Cincang bawang dan tomato. Pendek kata, semuanya manual tanpa menggunakan satu pun alatan untuk mengisar hatta lesung batu pun i tak guna tau!! haha.. dah siap masak, adik aku dah tak sabar2 nak makan.. spaghetti yg masih tengah rebus & masak dlm 95% kot.. dia dah ambik letak dalam pinggan! api dapur pun belum dipadamkan lagi sebab menurut firasat aku, mee spaghetti tu masih lagi belum lembut sepenuhnya.. huhu.. lapar sangat la kot.. sampai tak menyempat!

Okeylah.. nak tahu apa bahan2nya boleh la aku kongsi sedikit sebanyak walaupun sukatan sebenar yang digunakan hanyalah agak2 sahaja... hihi.. tak pernah masak ikut sukatan, ubah ikut rasa, keadaan dan seleralah katakan.. dah orang melayu, selera melayu la kan.. takkan selera orang arab pulak.

Bahan-bahannya :
mee spaghetti of course..
minyak zaitun. minyak biasa pun boleh
bawang besar yang warna kuning tu.. apa ke nama dia lupa pulak
bawang merah
bawang putih
pes tomato.. boleh buat sendiri kalau malas beli je
serbuk oregano
sos tomato & sos cili
garam & gula

Sukatan tu agak2 sendiri la ye.. aku pun tak sukat yang sama setiap kali masak, tengok keadaan dan berapa ramai yang nak makan.. banyak ke sikit kita nak masak. Terpulanglah pada situasi masing2 ye.. sebelum ni aku biasa guna tomato puri yang dalam tin tapi buah tomato yang fresh lagi best sebenarnya.. cuma kena rajin je.. sekian.

Selamat mencuba ye!!


Monday, 8 July 2013

I Got It!

Yihaa.. i've got my own passport today, heheh.. sebenarnya takdelah gempak sangat pun cerita dapat passport nih.. sengaja je nak posting new story.. hoho.. maklumlah.. orang baru buat passport katakan.. "Ni baru first time buat passport ke?" tanya encik kaunter tadi. Aah.. baru pertama kali jawabku.. hehe..

Okay, nak story sikit pasal tadi, masa kat sekolah.. ada dengar2 new version tentang nak buat passport ni.. ada member cakap, sekarang buat passport tak terus dapat kena tunggu dulu beberapa ketika maknanya takkan terus dapat hari yang sama.. cuak juga mulanya, sebab nak booking tiket flight untuk ke luar negara memerlukan nombor passport rupanya.. i see.. ingatkan tak payah benda2 tu semua.. tapi wajib ada la, dah la member yang sorang ni dah minta cepat2 sebab takut lambat2 kang... tak dapat harga tiket yang kitorang nak nanti.

it's mine...



Lepas balik sekolah dalam jam 3.15 pm, gerak dari rumah ke kompleks Jabatan Imigresen kat Ayer Keroh.. (berhampiran Seri Negeri) sampai sana lebih kurang jam 3.40 pm.. park je kereta, terus cari Jabatan Imigresen.. first time juga masuk sini, biasanya lalu je.. kereta pun senang je ada parking. Masuk dalam tu.. terus menonong ke Jabatan Imigresen padahal 'gamble' je.. gambar passport pun belum ambik lagi.. huh! dah buat survey lebih kurang kat depan pintu masuk ofis, terus cari kedai gambar. Ada kedai gambar kat aras paling bawah, so sape2 yang belum ada gambar boleh terus buat kat situ. Cari punya cari tak jumpa la... penunjuk arah ke kedai ada... siap seberang jambatan lagi cari kedai gambar tu.. apa?? dah sampai kat kompleks sukan ke apa kat situ. (dah lupa) erm.. patah balik semula.. buntu sekejap, okay last2 jumpa juga. Berhampiran kafeteria rupanya. RM 16 untuk 4 keping gambar.. agak mahal tapi servisnya memang ekspress, beberapa minit je gambar dah ready. Masa tu jam dalam pukul 4.10.. akak kedai tu suruh tukar tudung hitam.. kelabu dia tak nak takut tak terang. lagi dia suruh cepat sebab nombor giliran akan diberi setakat jam 4.30 pm je.. kalut la aku tukar tudung... nak kejar masa, lepas snap gambar.. aku pegi tukar balik tudung.. keluar je dari tempat tukar tudung, gambar i dah ready.. hihi... okay boleh terus proceed.. tak payah dua tiga kali keje nak datang semula.

Dah tu terus gerak ke jabatan imigresen semula, nombor giliran kena ambik kat kaunter kat luar. Masa sampai situ, aku tunggu je tak cakap apa2 sebab dah sah2 situ kaunter nak ambik nombor... boleh cik ke puan india tu tanya nak apa... sabau je lah... lepas tu minta ic bagai.. tanya tahun bila buat ic ni.. takut nanti pegawai kat dalam tak nak terima... ayoyoo... banyak songeh in worang... padahal takde apa pun senang je proses nak buat passport tu.. huhu... ada juga manusia macam ni!

Masuk dalam terus no aku dipanggil, encik pegawai tu minta ic.. cap jari kiri kanan.. bla2.. ok, tunggu dulu sebelum dipanggil untuk buat bayaran. Dah tu pegi la bayar.. RM100 untuk 2 tahun tempoh sah laku passport.. cik puan kaunter kat situ tanya nak ambik bila, aku jawab sekarang la.. dia suruh tunggu kat kaunter 22.. so, aku pun tunggu je.. resit tak letak pun... hhiii... aduhai... bila nak dapat pasport kalau macam  ni... Nasib baik ada mamat cina ni letak resit dia dalam bakul, sepantas kilat aku letak selepas dia... hehe... mamat cina kat belakang pandang, aku buat selamba je... nasib baik, kalau tak aku tunggu  je la macam tunggu buah yang tak gugur.. Alhamdulillah.. lebih kurang 10 minit lepas tu, nama aku dipanggil.. lepas 2 kali sign.. passport dah ada kat tangan.. yeayyy! i've got my own passport! hee.......


Tu jelah, dah selesai proses buat passport. Tapi memang tak sangka memang cepat betul servis dia.. tak sampai setengah jam dah siap buku pasport i mak.. sangat impressive.. Alhamdulillah, segala urusan hari ni berjalan dengan lancar.. syukur ya Rabb!

Saturday, 22 June 2013

Kalau Dah Bukan Jodoh... Takkan Ke Mana...

Dikala jarum jam menunjuk tepat waktu 22:48pm baru sekejap tadi.. tamatlah perkenalan singkat dalam sejarah hidup ni.. hoho.. lebih kurang tiga minggu je kot, hehe.. nak buat macam mana, kalau dah bukan jodoh. Saya tak mahu dikatakan "desperate" atau "tangkap muat"sampai tak mengambil kira ciri-ciri yang agama anjurkan. Susah juga rupanya, mungkin juga disebabkan kematangan diri.. saya menjadi terlalu berhati-hati dan banyak fikir. Sebenarnya banyak perkara yang perlu dikira sebelum termeterainya sesebuah ikatan pernikahan, bukan harta dan paras rupa yang menjadi keutamaan, apa yang paling penting adalah agama dan kesediaannya untuk bertanggungjawab (memberi nafkah dan lain-lain) dalam menjalankan kehidupan rumah dan tangga... :) kalau awal2 lagi dah nampak tanda-tanda tak mahu bertanggungjawab sepenuhnya.. takkan nak bertahan lagi kot! mungkin kalau si dia tak memberi kata putus, saya masih lagi bertahan untuk mengenalinya.. walau pun jujur dalam hati sudah ada semacam satu rasa yang dah tak berapa selesa semenjak dua tiga empat hari yang lepas. Alhamdulillah.. perkenalan sia2, membazirkan masa dan tenaga tidak diteruskan. Saya selalu berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dalam membuat pilihan yang tepat dan terbaik untuk diri ini. Semoga Allah memperkenankannya. Keputusan diterima dengan hati yang terbuka. Okey, no problem.. saya tak suka memaksa untuk meneruskan apa-apa perkenalan dan perhubungan pun.. Well, its over and am sorry if i've done anything's hurt you.. no heart feeling k... peace! ^_^V.


Sebenarnya... dragon ball ada tujuh biji semuanya... :p huhu..perkara ini masih di peringkat perkenalan pun, tak pernah pun saya men'declare' dia sebagai teman istimewa walaupun dalam tempoh seminggu perkenalan dia dah declare kononnya ada hubungan couple antara saya dan dia. Saya pernah mempersoalkan hal tersebut tetapi tidak dipedulikannya. Ada ke pernah terjadi sebelah pihak je declare perhubungan istimewa walaupun tanpa persetujuan sebelah pihak yang lagi satu?? hehe.. entahlah.. prinsip saya "No couple before aqad" hanya berkenalan untuk tujuan pernikahan saja. Tiada istilah main-main, orang lain ada teman lelaki aku pun nak ada juga.. bukan perhubungan sia-sia yang ku minta.. cewahh.. :) Sebab itu pentingnya perkenalan atau taaruf sebelum melangkah ke gerbang pernikahan. Apatah lagi jika perkenalan itu dimulai oleh 'orang tengah' dibimbangi kalau2 ada unsur-unsur penipuan di dalamnya.. nauzubillah minta dijauhkan Allah. Islam pun ada menganjurkan  wasilah untuk seseorang lelaki untuk melihat calon wanita yang ingin dinikahinya terlebih dahulu.. (melihat muka dan tangan) supaya tidak berlaku masalah berbangkit di kemudian hari.. wallahua'lam.


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

"Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersunting seseorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di kalangan manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana agamanya lebih utama". (Fathul Bari, 9/164)

Maksudnya di sini, bukanlah disarankan untuk mencari SEMUA iaitu keempat2 ciri tersebut ada pada diri seorang lelaki/wanita. Biasanya seorang lelaki/wanita bernikah berdasarkan ANTARA ciri2 yang disebutkan di atas, ada orang pilih calon isteri/suami disebabkan harta je, ada yang disebabkan keturunan.. nak cari yang 'kerabat' contohnya.. ada pula yang pilih pasangan berdasarkan rupa, nak yang cantik, lawa, solid, hensem, kacak, bergaya dan sewaktu dengannya... dan yang akhir sekali ada juga yang cari calon yang ada didikan agama untuk dibuat isteri/suami.

Kesimpulannya, antara 4 ciri tersebut.. Islam menyuruh umatnya memilih bakal isteri/suami yang beragama adalah paling utama dan nombor satu berbanding  3 ciri yang lain. Sesiapa yang memilih bakal isteri/suami berdasarkan agama yang ada dalam diri mereka... itu adalah yang sebaik2nya. Beruntunglah senang cakapnya. Bukan sahaja di dunia malah akan beruntung juga di akhirat sana.

Jika dipilih bakal isteri/suami berdasarkan rupa paras yang cantik jelita sahaja tapi agamanya ke laut (tiada), agak2nya untung sampai bila..? sekejap saja sebab kecantikan takkan kekal lama, sampai masa akan tua dan berkedut juga, waktu tu cantiknya dah tak sama dah masa masih muda.. begitulah juga keadaannya dengan sebab harta dan keturunan tu, jika tiada agama, semuanya akan jadi sia2.. Nak cari yang ada keempat2nya?? no hal.. tapi jarang sangat nak jumpa, kalau jumpa.. alhamdulillah, rezeki yang datang bergolek2.. ^^ wallahua'lam.


Nah.. dikongsikan persoalan2 yang biasa dikaitkan dengan tajuk entry kali ini. Persoalan manusia2 yang tak pernah dan cuba mengerti perasaan orang2 seperti saya. Siapa kita untuk mempersoalkan urusan yang hanya Allah saja tahu akan jawapannya, hanya kerana kita tidak diuji sedemikian rupa. Satu je soalan yang saya nak tanya orang2 sebegini.. BILA AWAK NAK MATI? agak2 ada jawapan tak bila.. :) segala2nya adalah ketetapan Allah. Berlaku dan berjalan atas kehendak dan izinNya.. carilah di mana2 atau dengan apa2 cara sekali pun untuk mempertikaikan dan menidakkannya.. kata2 seperti tak berusahalah, terlalu memilihlah, tak nak kahwin dan pikul tanggungjawablah dan sebagainya.. hakikat di penghujungnya pasti akan bertaut kembali di atas jalan ketentuan Allah jua jika kita mengaku sebagai orang yang beriman.. Wallahua'lam.. :)




 Ayat yang paling saya suka.. "jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah"~

Sabarlah wahai jiwa2 yang diuji dengan persoalan bila jodohnya.. :)

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya..
ke mana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI..

Be positive.. KALAU DAH BUKAN JODOH... TAKKAN KE MANA... :)

Sumber : http://fikrahhalaqah.com/memahami-hadis-nikahilah-wanita-kerana-empat-perkara
Gambar : Google

Tuesday, 4 June 2013

Pasir Putih Tepi Pantai

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tika dan saat ini dikala kebosanan sedang melanda, saya mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog yang lama tidak di update, maklumlah takde apa yang menarik nak dikongsikan di sini.. huhu.. tajuk kita pada hari ini ialah... pasir puteh tepi pantai, ombak saling berkejaran...opps! terover sudah.. sebenarnya selepas menggodek-godek cursor mengemas file-file yang ada dalam cik lappy untuk mengurangkan ruang, tiba-tiba.. datang idea nak kongsi koleksi gambar-gambar pantai yang ada di samping memperkenalkan keindahan pantai-pantai yang terdapat di negeriku yang tercinta kepada anda semua. Ni kira tempat yang harus dilawati setiap kali tibanya musim persekolahan. Pergi pantai menikmati angin bayu laut singgah makan bermacam-macam jenis 'colek' makan aiskrim dan sata.. ermmm... sedapnya! kecur air liur dibuatnya, okaylah tanpa membuang masa, mari kita 'bongkar' gambar-gambar tersebut... zasssss...!

Terlupo lak, sebolum tu.. se kono kocikkan dulu saiz gamba ey... huhu...

Ni antara gambar-gambar tepi pantai yang boleh di'on air'kan. Gambar beberapa pantai yang ada di Kelantan. Kalau diikutkan banyak lagi pantai yang ada.. tapi ini antara pantai yang gemar kami kunjungi.. sekitar kawasan Tumpat dan Bachok.

1- Pantai Sri Tujuh
    Lokasi : Tumpat, Kelantan.

Menghadap Laut China Selatan

  Layang-layang
Langit yang membiru
Dilarang membuang sampah merata-rata
Pokok Ru

Model tak berbayar
Model : Abah yang tercinta


2- Pantai Geting
    Lokasi : Tumpat, Kelantan

My family
Merenung lautan yang luas terbentang
My bro n my younger sis
Cik mek-cik mek molek


3- Pantai Irama
    Lokasi : Bachok, Kelantan


Menikmati aiskrim
Langit mendung
myself and adik-adik
cecahkan kaki di buih-buih ombak
Pemandangan sekitar pantai
Seronoknya mandi manda
Mr. Abah menikmati bayu laut
My family walaupun tak cukup korum

Sekian untuk kali ini.. insya-Allah ada cerita yang nak dikisahkan jari-jemariku akan menari lagi.. hoho.. puitisnya... anyeongg! ^_^

Thursday, 9 May 2013

NIKMAT YANG SEMENTARA

APA ITU ISTIDRAJ?

Di dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi manusia muslim, Allah SWT akan menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Secara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala.

Contoh ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat antara lain ialah pangkat, kedudukan, kuasa, kekayaan, kemewahan, sihat tubuh badan, tidak pernah sakit dan banyak lagi. Manakala ujian Allah SWT dalam bentuk bala antara lain ialah tiada pangkat dan kedudukan, tidak memiliki kuasa, kemiskinan, kemelaratan hidup, sakit, kematian ahli keluarga terdekat dan banyak lagi. Kebanyakan manusia muslim dan mukmin mampu mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk bala ini. Malangnya ramai manusia termasuk yang muslim tetapi tidak mukmin gagal mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat.

Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT dan tidak sedikit pula yang menjadi riak, sombong, angkuh, takbur dan ada yang mengaku menjadi tuhan dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka. Contoh klasik yang patut di fikirkan tentang jenis manusia yang mendapat nikmat tetapi lupa kepada Allah SWT ialah Firaun, Qarun, Namrud dan banyak lagi. Mereka ini semuanya ditimpa dengan bala bencana dan kemudiannya dimusnahkan oleh Allah SWT. Tidakkah terfikir oleh kita kenapa sesudah diberikan dengan pelbagai nikmat, Allah SWT musnahkan pula mereka dan segala nikmat yang telah mereka perolehi.



Perkara inilah yang dinamakan istidraj. Pemberian nikmat oleh Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Kenapa pula terjadi beri tetapi tidak redha. Inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Agak malang bagi manusia yang melakukan dosa dan maksiat ini kerana terkeliru dengan pemikirannya yang merasakan bahawa nikmat yang melimpah ruah itu tadi sebagai tanda Allah SWT bersama dan meredhai perbuatannya. Mereka dilalaikan oleh syaitan dengan nikmat itu tadi sehingga tidak terfikir bahawa nikmat yang banyak inilah yang bakal memusnahkan hidup mereka.

Sebenarnya manusia yang telah diistidraj adalah jenis manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat dosa dan maksiat masih merasakan Allah SWT amat menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang kuat beramal soleh. “Dia tu siang malam ke masjid tetapi basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadatnya tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong”. Sebenarnya nikmat yang banyak Allah SWT berikan kepadanya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT menghendaki untuk membinasakan semut, maka Allah SWT terbangkan semut itu dengan dua sayapnya” Sebagai contoh perbandingan daripada hadis ini ialah bangaimana Allah SWT memusnahkan anai-anai. Anai-anai, jika tidak bersayap akan duduk diam di dalam busut, atau merayap di dalam kayu, atau di bawah batu dan di celah-celah timbunan daun kering. Bila Allah SWT berikan sayap anai-anai berubah menjadi kelkatu. Timbul sifat sombongnya bila mendapt sayap (nikmat) lalu cuba melawan api atau cahaya. Maka anai-anai tadi akan binasa dan mati. Begitu juga dengan manusia, bila dapat nikmat (kekayaan, kemewahan, pangkat, kedudukan, kuasa dan sebagainya) akan cuba melawan Allah SWT dengan cara tidak beriman dan tidak bersyukur kepadaNya. Maka manusia itu tadi dibinasakan oleh Allah SWT dengan pebagai cara dan mati.

Sebagai buktinya ialah Firaun. Tidak ada orang yang memiliki kuasa dan kedudukan yang hebat dan luar biasa melainkan Firaun. Nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya tidak terkira. Kuasanya tiada tandingan, semua orang tuduk dan patuh kepada kehendaknya, kekayaannya melimpah ruah, tidak pernah sakit, bersin pun tak pernah kerana Allah SWT berikan nikmat sihat yang luar biasa kepadanya. Allah SWT berikan semua ini kerana Allah SWT telah menistidrajkan Firaun. Firaun menjadi angkuh, sombong, bongkak dan takbur sehingga peringkat mengaku dirinya tuhan. Dalam hidupnya dia tidak pernah bersyukur. Dia melawan Allah SWT tanpa henti. Akhirnya dengan nikmat itulah Allah SWT binasakannya.

Firaun sudah binasa. Hanya tinggal sebagai bahan sejarah untuk renungan umat yang terkemudian iaitu kita di hari ini. Walaupun Firaun sudah tiada, orang yang memiliki sifat dan perangai sepertinya masih ramai di bumi Allah ini. Orang seperti ini juga pasti binasa kerana telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja. Contoh klasik daripada kejadian kemusnahan yang menimpa Firaun ini patut dijadikan sebagai iktibar dan teladan oleh mereka yang memiliki sifat dan perangai sepertinya.

Namrud yang kuat menyembah patung dan sangat berkuasa cuba untuk membakar Nabi Ibrahim AS. Oleh kerana terlalu berkuasanya Namrud menjadikan dia begitu marah dengan sesiapa sahaja yang menentang kekuasaannya. Kekuasan yang tiada tolok banding yang Allah SWT berikan kepada Namrud juga satu bentuk istidraj. Dia begitu sombong dan melawan Allah SWT yang telah menciptakannya. Akhirnya Allah SWT binasakan dengan menghantar tenteranya dalam bentuk nyamuk sahaja. Namrud dan pengikutnya dibinasakan. Salah seekor nyamuk memasuki lubang hidungnya dan Namrud pun binasa. Amat mudah bagi Allah SWT memusnahkan sesiapa yang dikehendakiNya. 

Tidak ada manusia di muka bumi Allah SWT ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dipikul oleh 40 ekor unta. Bayangkanlah!. Itu baru anak kunci gudang hartanya. Hartanya bagaimana?. Hanya Allah SWT yang tahu betapa kayanya manusian bernama Qarun ini. Ini pun istidraj juga namanya. Qarun sangat kaya tetapi sangat kuat melawan Allah SWT. Dia tidak pernah sujud dan bersyukur kepada Allah SWT. Akhirnya Allah SWT binasakannya dengan ditengelamkan bersama-sama hartanya. 

Jika kita fikir secara halus dan terperinci, maka terjawablah segala keraguan yang menggangu fikiran kita. Mengapa orang kafir sangat berkuasa dan kaya, orang yang berbuat dosa dan maksiat sangat berkuasa dan kaya, Amerika dan Israel sangat hebat, berkuasa dan kaya. Jawapannya mereka telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Segala bentuk nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka tidak dengan keredhaanNya dan bertujuan untuk menghancurkannya. Hanya masa dan ketika sahaja untuk melihat mereka ditimpa kemusnahan seperti umat yang terdahulu. Yakin dan percayalah bahawa Allah SWT itu lebih mengetahui segala sebab musabab sesuatu itu dijadikanNya. 

Sebagai kesimpulannya, apabila kita benar-benar memahami maksud istidraj sudah pasti tidak berlaku salah persepksi terhadap istilah istidraj ini. Tidak semestinya orang yang berpangkat, berkuasa, memiliki kekayaan, kemewahan, sihat dan tidak pernah sakit kita katakkan orang ini telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Dengan pelbagai nikmat yang mereka perolehi kemudian mengabdikan diri kepada Allah dengan cara bersyukur dan melakukan suruhan serta meninggalkan laranganNya maka orang ini tidaklah diistidrajkan. Inilah sebaik-baik cara apabila kita memperolehi apa sahaja nikmat daripada Allah SWT. Sepatutnya semakin banyak nikmat yang diperolehi semakin rapat dan dekat jiwa kita terhadap Allah SWT. Semakin banyak nikmat yang diperolehi sepatutnya semakin kuat bersyukur dan mencari keredhaanNya serta mengabdikan diri kepadaNya. Orang yang mendapat nikmat dan berbuat seperti ini pasti akan selamat di dunia dan di akhirat.

Untuk peringatan bersama.

Sumber :guabama.wordpress.com

gambar : google