Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, salam ikhlas penuh ukhuwah.. cewahh teringat trademark mampu masa belajar dolu2... jam dah 2.06 am. Tiba2 rasa bersemangat pulak nak menulis pasal isu yang dah lama aku pendamkan ni...
hehe... isu sensitip isteri dan orang rumah di luar sana, termasuklah golongan isteri yang berkelulusan agama sekali pun... memang cukup sensitif betul. Melenting kalau dengar pasal poligami ni... ilmu agama yang dipelajari masa tu dah hilang entah ke mana, ke laut barangkali! erm.... nanti ada orang akan cakap kat aku, kau mana tahu nani... kau tak ada suami lagi, kalau ada tahulah perasaan kitorang (isteri) ni... ermmm.... habis cerita kalau orang bagi alasan macam tu... sebab aku pernah ditempelak sebegitu lantaran aku menasihatinya supaya menjaga kelakuan sebagai seorang pelajar jurusan agama. Dah aku pulak yang kena... awak mana tahu nani, awak tak pernah bercinta. Kalau awak tengah bercinta nanti macam nilah juga awak akan buat. (bergayut tiap2 hari n keluar dating) Aku hanya mampu jawab, insyaAllah tak... ah ye.. eloklah keluar dengan pakwe dari pagi membawak ke malam hari baru sampai rumah. kita dah la pelajar jurusan agama... bertudung labuh lagi. ohoii... aku bukan rajin sangat nak ambik tahu, nak sibuk pasal hal orang lain. Disebabkan aku agak rapat dengan dialah aku berani tegur... hihi.. memang sikap tak baik aku, kalau tak berapa rapat dengan orang aku tak sampai hati nak tegur dengan mulut... setakat tak suka dalam hati je.. lemah sungguh iman aku.... :'( Aku tahu aku pun bukannya baik sangat. Tapi tolonglah jaga sikit sikap kita sebagai pelajar jurusan agama..ermm.
Terasa bersemangat pulak nak tulis pasal isu ni malam yang panas ni. Dah selalu sangat aku perhatikan.. golongan ustazah pulak yang lebih2 anti dalam isu poligami ni.. haissh.. and then one day aku terbaca satu satu status ulasan tentang 2 buah buku ni kat fb. Pandangan dan ulasan peribadi (perbandingan sebenarnya) tentang 2 buah buku yang ada di pasaran. Sebuah buku yang mempertahankan monogami dan sebuah buku lagi menyanggah fakta2 dangkal yang ditulis dalam buku tersebut. Link blog ulasan penulis tu ada kat bawah.
Aku sangat bersetuju dengan pandangan tersebut.
Ni tulisan dia :
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Saya merupakan proofreader kepada buku SKM. Ketika mendapat tugasan ini, saya berkata kepada penulis SKM bahawa saya tidak akan melakukannya sehinggalah saya mengkhatamkan buku SCM. Ini kerana buku SKM merupakan sebuah buku yang menjawab kembali kekeliruan yang ditimbulkan dalam novel SCM.
INGAT!
Ini BUKAN nasihat kepada penulis SKM dan SCM. Penulis SKM bebas ditegur secara terbuka di FB, dan saya kenal beliau, dan beliau tidak kisah jika ada menegur tulisan beliau secara terbuka.
Bukan juga nasihat kepada penulis SCM kerana kerana penulis SKM sendiri telah menghantar tulisannya kepada penulis SCM sebelum dihantar kepada penerbit. Saya fikir buku SKM sudah cukup sebagai nasihat yang penuh hikmah dan bashirah kepada penulis SCM.
Lalu, komen saya untuk SIAPA?
Ya, komen saya ini untuk para pembaca yang suka membaca. Yang mahu memilih buku apa yang patut dibaca. Methodologi apa yang perlu ditempuhi ketika membaca. Apakah bentuk buku yang bagus dibaca. Dan siapakah penulis yang patut dijadikan sumber rujukan nasihat. Siapakah yang amanah dalam menyampaikan ilmu, dan siapa pula yang khianat...
Bermula komen saya......
Ya. Buku penulis SKM berpegang poligami adalah SUNNAH/MUSTAHAB/DIGALAKKAN/LEBIH AFDHAL bagi lelaki yang ADIL dan MAMPU. Manakala penulis SCM berpegang bahawa poligami hanyalah rukhsah, dan LEBIH AFDHAL untuk monogami.
Lalu? Mana lebih kuat? Saya dalam hal ini masih lagi 30-60, 70% hati saya lebih cenderung bahawa tiada yang afdhal antara keduanya, kedua-duanya adalah sunnah kerana perkahwinan adalah sunnah. Dan masih ada sisa 30% dalam hati saya bahawa pendapat ulama yang dipegang penulis SKM lebih kuat berdasarkan pembacaan hujah-hujah mereka.
Untuk pengetahuan pembaca, melalui pembacaan saya, majoriti ulama empat mazhab berpegang bahawa monogami itu asalnya lebih afdhal daripada poligami. Hanya dalam kes tertentu baru poligami menjadi lebih afdhal. Ini adalah pendapat yang dipegang majoriti ulama mazhab seperti Imam al-Syafie dan ulama kontemporari seperti Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin. Manakala sebahagian kecil ulama silam seperti Ibn Hazm, ulama kontemporari pula seperti Shaikh Solah al-Khalidi, Shaikh Bin Baz, Shaikh Abu Ishaq al-Huwaini berpegang poligami lebih afdhal untuk seorang lelaki yang mampu dan adil.
Isu di atas tidaklah penting sebenarnya. Ini kerana tiada dalil jelas meletakkan keafdhalan salah satu di atas. Adakalanya hujah kedua belah pihak iaitu penulis SCM dan SKM sangatlah lemah. Kadang-kala saya ketawa sendirian melihat hujah-hujah yang dikemukankan dalam SKM dan SCM.
Antara hujah penulis SCM ialah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam lebih lama hidup bermonogami bersama Khadijah radiallahu 'anha iaitu hampir 25 tahun, dan selepas itu baru mula berpoligami. Manakala hujah penulis SKM pula ialah poligami lebih afdhal kerana ayat 3 surah al-Maidah yang menyatakan: Pada hari ini telah aku sempurnakan agama kalian untuk kalian...... diturunkan ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mempraktiskan poligami. Pandangan peribadi saya, melihat dua hujah ini sangat kaku dan tidak kena pada topiknya.
Hujah penulis SCM di atas sangatlah membuatkan saya tersenyum, hingga dahulu saya pernah menulis sebagai respon kepada hujah penulis SCM di atas: Jika begitu, kaum lelaki hendaklah menikahi wanita janda dan kaya sebagaimana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menikahi Khadijah radiallahu 'anha. Kemudian, hendaklah menunggu isteri itu meninggal dunia, lalu baru berkahwin dengan anak dara sebagaimana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menikahi 'Aisyah radiallahu 'anha. Lalu, anak-anak dara hendaklah jangan sesekali jatuh cinta dengan lelaki bujang, sebaliknya bernikahlah dengan lelaki duda yang kematian isteri yang mana isteri sebelumnya itu adalah janda kaya. Nampak atau tidak? Satu hujah yang lucu pada pandangan saya, akan membawa kepada hujah-hujah yang lebih lucu. Jika 'hujah tambahan' saya itu tidak boleh diterima, maka hujah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam monogami lebih lama itu juga hendaklah tidak boleh diterima.
Sesungguhnya hujah itu memang ada pada setiap pihak, tetapi adakah hujah itu benar-benar hujah atau ia hanya satu hujah yang dibina selepas kehabisan hujah, lalu melahirkan hujah yang kelakar sedemikian rupa.
Apa yang lebih penting?
Saya melihat pertarungan SKM vs SCM lebih kepada taqwa vs tidak taqwa, iman vs kufur, taat vs maksiat, sahih vs palsu, amanah vs khianat.
Sudut penghujahan:
Penulis SKM lebih amanah dalam menyebutkan sumber. Menyebutkan sumber-sumber hadis yang disebutkan, sahih atau dhaif dan sebagainya.
Penulis SKM lebih berkredibliti dalam menukilkan kisah para nabi. Contoh kisah Nabi Ibrahim dan isteri-isterinya. Penulis SCM menukilkan riwayat al-Waqidi yang status periwayatannya dipertikaikan sebahagian ulama, bahkan isi kandungan riwayat itu bertentangan pula dengan kisah Nabi Ibrahim, dan isteri-isterinya yang ada dalam kitab hadis paling sahih iaitu Sahih al-Bukhari. Bahkan penulis SCM menambah pula ayat sendiri dalam penceritaan kisah ini sehingga boleh menimbulkan kesimpulan yang menimbulkan fitnah kepada Nabi Ismail dan keluarganya.
Penulis SKM tidak menggelar isteri yang berat hati berkongsi suami sebagai isteri kedekut, tidak beriman, ahli neraka dan sebagainya, sedangkan penulis SCM menggelarkan isteri yang rela berkongsi suami sebagai 'perempuan tidak normal'.
Penulis SKM disamping pendapat beliau berpegang poligami afdhal, telah menerangkan sudut positif dan negatif poligami, tanggungjawab seorang suami, kesilapan seorang suami dan menegur sesetengah ustaz yang menjadikan poligami bahan senyum jemaah lelaki di masjid dan bahan mengejek jemaah perempuan di masjid. Sedangkankan penulis SCM pula berterusan di dalam tulisannya menampilkan aspek-aspek negatif poligami.
Penulis SKM membantah tindakan suami yang curang kepada isteri semata-mata mahu berpoligami, dengan melakukan hubungan rahsia dengan wanita lain di belakang isteri sedia ada, sedangkan penulis SCM pula menuduh kebanyakan lelaki yang berpoligami sebagai mengikut hawa nafsu (perkahwinan monogami itu bukan ikut hawa nafsukah?)
Penulis SKM menjadikan rujukan tafsir muktabar seperti Tafsir al-Qurthubi untuk mencari sebab turun ayat poligami, disamping hadis-hadis sahih, sedangkan penulis SCM menjadikan sebuah buku terjemahan The Holy Quran oleh Ali Ashgar Engineer seorang pengikut aliran Dawoodi Bohra di India.
Apakah kesimpulan saya?
Buku SKM lebih bagus daripada SCM. Buku SKM lebih memiliki nilai ilmu daripada SCM, buku SKM lebih adil daripada SCM, buku SKM lebih amanah daripada SCM.
Cuma satu sudut SKM tewas kepada SCM. SKM gagal memainkan emosi pembaca sebagaimana yang dimainkan oleh novel SCM.
Untuk berlaku adil, saya mencadangkan pembaca komen saya ini membeli buku SKM dan SCM, untuk menilai kembali kebenaran komen saya ini. Pembaca bebas mengkritik komen saya ini di FB secara terbuka, dan boleh tag saya agar saya boleh membaca komen-komen tersebut.
Jika anda memilih untuk membeli salah satu buku sahaja. Maka saya secara jelas dan putus menyatakan bahawa Sebarkan Kebenaran-Mu karya Kapten Hafiz Firdaus Abdullah, seorang juruterbang, lebih BERNILAI untuk dibeli daripada membeli novel Sebarkan Cinta tulisan Ustazah Fatimah Syarha, lulusan Fiqh dan Psikologi UIAM Gombak.
Bagaimana mahu mendapatkan buku Sebarkan Kebenaran-Mu?
Boleh berhubung dengan isteri penulis Sebarkan Kebenaran-Mu, Puan Nurul Adni Adnan
Mesej kepada 013-3776878 (Puan Nurul) atau PM fb Nurul Adni Adnan https://www.facebook.com/nuruladni.adnan
Selepas membaca novel ini, saya teringat kembali seruan saya kepada teman-teman Muslimah saya yang sangat saya hormati, yang ada sedang membuat master dalam bidang hadis, ada yang sedang ditahun akhir bidang al-Quran dan as-Sunnah, ada yang Bahasa Arab, ada yang hafaz 30 juzu'.
Saya seru kepada mereka: Kuatkanlah ilmu, luaskan pembacaan, kongsilah ilmu dengan Muslimah di sekeliling. Jadikan diri kalian sebagai sumber rujukan yang bernilai untuk mereka. Jangan biarkan kaum Muslimah tersalah pilih orang yang akan mengajarkan mereka agama, dan ajarilah agama ini dengan taqwa, dan bukan dengan emosi dan perasaan... dan pesanan akhir: Carilah suami yang akan membantu kalian melakukan dakwah, yang sanggup berkorban bersama dalam dakwah.
[Nasihat Buat Ustaz dan Ustazah Dalam Isu Poligami]
Saya ingin menegur para ustaz khususnya yang suka berlawak tentang poligami. Sehingga ke tahap ada yang berkata "Alah, isteri ini macam kasut, kalau bosan kita beli yang baru...." Saya rasa mahu penampar ustaz yang cakap macam ini. Emak kau macam kasut kah? Isteri kau macam kasut kah? Anak perempuan kau macam kasut kah? Ustaz-ustaz suka berlawak tentang poligami dalam kuliah-kuliah hingga jemaah lelaki tersengih-sengih keriangan, sedangkan jemaah Muslimah memendam perasaan sakit.
Saya nasihat, bacalah buku Sebarkan Kebenaran-Mu karya seorang penulis yang pro-poligami, dan praktis poligami dan mempunyai tiga isteri. Apa nasihat beliau kepada para ustaz? Nasihat beliau fahamkan masyarakat dan bincang isu poligami dengan cara terhormat, bukan dengan buat lawak-lawak bodoh tanpa ilmu seolah-olah perempuan itu hamba abdi. Come on lah ustaz!
Kita jangan cuba menafikan bahawa kewujudan ustaz sebegini melahirkan pula ustazah-ustazah yang tidak menyatakan mereka anti poligami, tetapi mereka menggelar isteri pertama yang redha dengan poligami sebagai perempuan tidak normal, perempuan yang menjadi isteri kedua, ketiga, keempat sebagai perempuan yang tidak pandai jaga diri dengan mendekati zina sehingga terpaksa kahwin dengan suami orang, melakukan generalisasi bahawa lelaki yang berpoligami itu kesemuanya pada asalnya telah curang dan menghampiri zina.
Wahai ustazah, bacalah ini, luahan hati seorang Muslimah yang berasa terhina dengan novel Sebarkan Cinta-Mu... Ya luahan seorang Muslimah, yang hatinya lembut seperti hati ustazah. Dia juga adalah kaum hawa tetapi dihina oleh ustazah sendiri...
Muslimah itu menyampaikan:
Assalamu'alaikum....
Saya ingin ucapkan terima kasih atas usaha penghasilan buku SKM. Saya terasa sangat-sangat terbela. Pernah suatu ketika dahulu, setelah membaca buku SCM, saya rasa tersangat-sangat sedih. Sebagai seorg wanita yg redha dengan poligami, saya rasa sangat terhina sekali. Tetapi itu beberapa tahun lalu, waktu itu juga saya berharap ada seseorang yang akan bangkit membetulkan hal ini.
Point yang akak mahu kongsikan ialah, novel SCM hanya membela nasib isteri pertama. Isteri kedua dan anak-anak mereka seolah-olah jadi second class, perosak keluarga.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasihat saya kepada ustaz dan ustazah khususnya, serta semua manusia umumnya. Bertaqwalah kepada Allah. Kerana taqwa itu adalah benteng tidak kira anda membujang atau berkahwin, bermonogami atau berpoligami, isteri tua atau isteri muda, duda ataupun janda... Akhirnya taqwa yang akan membezakan kita semua.
http://lobaitampin.blogspot.com/2014/04/antara-cinta-dan-kebenaran.html
Ni pulak pendapat aku yang kurang ilmu. Hasil pemerhatian aku & pengalaman orang sekeliling aku. Aku tak menentang poligami, malah dipersilakan kepada suami2 di luar sana kalau2 ada yang teringin nak buat pahala lebih tu, tapi.... harus diingat, seorang suami wajib berlaku adil dan menjalankan tanggungjawab dengan sebenar2nya kepada isteri2 di bawah tanggungan mereka dan TAK MENIPU. soalan aku: mampu tak wahai suami2 di luar sana?? tepuk dada tanyalah iman masing2, kalau tak yakin n ragu2 tu baik tak payah.. kang tak pasal2 dosa yang dah berbakul2 sedia ada ditambah lagi 2-3 bakul.. hehe...
Member sekolah aku pernah menjadi orang kedua dalam rumahtangga. Sekarang dia dah bersendiri semula. Pernikahan rahsia yang tanpa restu isteri pertama, di langsungkan secara ringkas di selatan Thai. cukup pedih.. cukup sedih barangkali, hanya dia saja yang rasakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Manis di awal usia pernikahan, tetapi sengsara menjelma apabila tembelang suaminya pecah dan sampai ke pengetahuan isteri pertama. Bermulalah episod duka dalam hidupnya.. (sedih lak tiba2.. aku pulak yg terover nehh!).
Okey, dia cerita kat aku.. bermula dari situlah rumahtangga mereka bergolak. Dia digantung tak bertali. Suami dah jarang balik rumah.. begitu juga nafkah yang kadang2 sahaja. Padahal dia ada anak dengan member aku nih... aduhhh... apa yang ada dalam fikiran lelaki macam ni ye... tak faham aku. Anak mung kot... ish.. tapi anak2 dah tak ingat bapak dia dah.. memang padanlah, dah kau pun tak nak ambik tahu pasal anak kau. Masa father's day tahun lepas kot, anak member aku ni (anak murid aku) tanya mak dia member aku ni dia nak wish hari bapa kat sape.. member aku jawab wish je dekat dia (yelah, dialah ibu n dialah bapakan..) huwaa... sedih aku.. :'( kesian.. usia masih mentah dah tak dapat kasih sayang seorang bapa. Nak kata takde.. ada, tapi macam takde..hmm.
Itu secebis kisah realiti kehidupan. Ni ada lagi.. pernah suatu ketika dulu ada seorang hamba Allah kat kampung aku ni meninggal dunia. Masa hari kematian dia, gempar seketika suasana rumahnya (cewahh ayat..) sebab isteri kedua hamba Allah ni datang nak ziarah jenazah suaminya buat kali yang terakhir.. wah.. bukan main terkejut bukan kepalang isteri hamba Allah ni apabila dapat tahu. Rupa2 semasa hayat suaminya itu.. dia telah dimadukan. Apalagi.. mengamuk sakan la, dah dihalang madunya dari melihat & menatap jenazah suaminya buat kali terakhir.. siap tak kasi masuk dalam rumah.. ermm..
Kenapa agaknya jadi begitu??
Ni pandangan aku ye.. dan disokong oleh pandangan LELAKI & seorang SUAMI sendiri. Maknanya bukan setakat pandangan peribadi aku dari kaca mata seorang wanita sahaja. Ni juga pandangan seorang lelaki n suami yang sependapat dengan aku. Pasal apa... ada 2 point aku rumuskan.
Pertama, pasal penderitaan bermula dari satu PEMBOHONGAN sebenarnya. Aku rasa masalah ni tak akan timbul apabila sang suami bersikap gentleman dan berani berterus terang. Dan yang ke-2.... BERLAKU ADIL n MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB dengan baik. Titik.
Ohoi.. poligami nak, tapi takut nak bagitahu bini... aigoo2~ aku rasa, orang perempuan tak akan bertindak kejam pada suami/madu mereka apabila perkahwinan kedua, ketiga, keempat suami mereka dalam pengetahuan dan keizinan mereka... sebab apa? jarang sangat dalam dunia ni ada perempuan yang nak berkongsi kasih berbagi suami. Boleh bilang pakai jari je kot. Tapi janganlah klasifikan mereka yang segelintir cuma ni 'tak normal' ye.. sangat keterlaluan aku rasa. Dah kau tak setuju dengan poligami, janganlah kau cuba nak pertikaikan rukhsah dan keistimewaan yang Allah bagi. Aduhh.. pelik betul, kadang2 ustazah pulak yang over menentang poligami ni. Mana amanah ilmu yang kamu pelajari wahai ustazah2 sekalian.... haih.. Mereka waras, cuma terover baik. (please think positive about another people) erm... muhasabah utk aku juga.
Kalau nak kongsi pengalaman orang satu persatu... tak tidur la aku gamaknya... hihi.. sambung balik, normal kalau ramai isteri yang tak sanggup dimadukan. Tapi orang perempuan ni lagi tak boleh terima pembohongan suami mereka sebenarnya jika nak dibandingkan tidak boleh terima mereka sewaktu si suami membuka mulut nak tambah cawangan masjid lagi satu.. hihi. Takde isteri yang tak marah kot kalau suami mereka minta izin nak kahwin lagi. Tapi.. marah2 wanita, Allah jadikan mereka berhati lembut n bersifat dengan sifat kasih sayang yang banyak. yup! of course (rasanya..) marah gila2 tapi sampai bila mereka nak marah. Lama2 akan sejuk juga. Suami minta izin n berterus terang kot. Tetapi.... orang perempuan cukup2 pantang pada pembohongan, nak2 pembohongan suami bab poligami... tup2 dapat tahu suami curang dibelakang mereka. Dahla macam tu... dapat tahu pun daripada mulut orang lain. Aduhai... tragis sungguh! sampai sanggup berhati batu tak benarkan madu tatap jenazah suami mereka buat kali terakhir... dahsyat sungguh penangan satu pembohongan ni.
Kesimpulannya, suami jangan bohong isteri kalau rasa betul2 mampu nak kahwin lagi. Minta izin baik2 dan berterus terang. Sekejap je marah orang perempuan ni... TAPI, jangan bohong dan main kayu tiga di belakang mereka.. dah minta izin, langkah seterusnya ni kena buat juga. Kalau minta izin saja tapi tak berlaku adil, tanggungjawab entah ke mana. Sorry to say.. natijahnya tetap akan sama. Suami by hook or by crook kena berlaku adil & laksanakan tanggungjawab dengan baik. Pandai2 la.. jangan nak cipta alasan, jika anda sanggup lakukan... anda mesti sanggup juga untuk memikul & melaksanakan tanggungjawab. InsyaAllah rumahtangga aman bahagia till jannah kata orang sekarang... hoho..
Ni pulak pandangan aku dari kaca mata seorang yang belum berkahwin.
Sepertimana seorang isteri yang tidak rela berkongsi kasih, begitulah sebaliknya dengan golongan seperti kami. Takde seorang pun anak dara dalam dunia ni nak kahwin dengan suami orang, kalau ada pun boleh dikira dengan jari, sama macam yang aku tulis kat atas. Bagi aku, kalau boleh dielakkan, elakkan sejauh mungkin dengan golongan suami orang ni... tapi, kalau Allah dah tetapkan takdir seseorang berjodoh dengan suami orang, siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah tersurat dariNya. Mak ayah aku sendiri pun pernah pesan supaya elakkan diri kalau2 ada suami2 orang yang cuba2 nak usha aku. Maknanya apa kat sini, tak ada ibu bapa yang nak anak mereka sengsara sebenarnya. Sebab kebanyakan poligami tak berakhir dengan kesudahan yang baik apabila cara yang digunakan tak mengikut norma yang biasa.
Sebenarnya, golongan isteri tak perlu bimbang. Masih ramai suami2 yang setia hanya pada seorang isteri yang dicintai sahaja. Masih ramai yang tidak sanggup menduakan isteri mereka. Jadi, mengapa perlu menentang poligami, percayalah ada hikmah di sebalik sesuatu yang Allah tetapkan. Jangan stress.. jangan berprasangka. Bimbang orang lain tidak apa2, anda yang terlebih pula.. :) Cuma satu sahaja yang aku minta pada golongan ustazah dan orang yang belajar jurusan agama (termasuk aku) ni, sebarkan amanah ilmumu.... jangan hanya kerana kamu benci, kamu cuba mempengaruhi yang lain untuk turut serta. :)
Cukup sekadar ini dulu... Alhamdulillah... terluah segala yang terbuku di dalam dada sekian lama, Wassalam.
Hanani Kamaruddin.
Teratak ayah bonda,
3.56 am
7 Jun 2014
gambar sumber : google

Anak perempuan saya yang masih di Tingkatan 5 di Sekolah aliran agama di Kelang telah dimomokkan oleh "derita" poligami oleh rakan setingkatan.
ReplyDeleteApabila bercerita tentang "derita" poligami yang dialami oleh rakannya, respon saya, "apa masalahnya? poligami bukannya haram"
Anak saya membalas, "alah ayah ni..."
Mungkin tulisan saudari boleh membantu anak saya memahami poligami dari perspektif yang sama seperti saudari (pelajar jurusan agama).
-DinKacak-