Syukur alhamdulillah, siang tadi 'berjaya' juga menjejakkan kaki jaulah cuti hujung minggu ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Hmm.. berjaya juga aku meng'update' blog selepas beberapa ketika membiarkan blog ini bersawang tanpa entry terbaru.. sebenarnya aku bukanlah seorang yang rajin sangat menukilkan secebis kisah kehidupan yang rasanya kurang berwarna warni ni.. tapi disebabkan rasa keinginan menyebarkan sedikit maklumat yang aku pasti ramai yang terkeliru masa nak ke sana. Huhu.. walaubagaimana pun alhamdulillah, hari ini ada sedikit pengalaman yang ingin aku kongsikan. Perjalanan yang dimulakan kurang lebih jam 9.30 pagi bertolak dari Melaka menuju ke destinasi Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan yang agak mencabar meredah hujan lebat yang turun hari ini berakhir pada lebih kurang pukul 8.00 malam. Syukur alhamdulillah..
1. Singgah Taman Melati atau Wangsa Melawati, (tidak dapat diperincikan dengan tepat) bersarapan a.k.a makan tengahari di Restoran Makanan Kelantan lebih kurang jam 11 pagi.
2. Seusai keluar dari Tol Gombak menyusur lebuhraya sampailah ke Lebuh Raya Pantai Timur, ambik keputusan masuk susur Lanchang sebagai alternatif sebelum jauh tersasar, sudah.. kami dah tersasar dan tersesat rupanya, nak pergi Bukit Tinggilah, bukan nak ke Kuantan..huhu..
3. Dari exit Lanchang, cari jalan patah balik ke Bentong melalui jalan felda, jumpa Raub kemudian barulah jumpa Bentong.. siap masuk bandar Bentong, ala-ala dah macam perjalanan dari Kota Bharu ke KL pula. Padahal..
4. Jalan Felda @ jalan area kebun kelapa sawit, mak aiihhh.. teruk bangat! huhu.. dan kebiasaannya jalan nak ke felda-felda macam ni lah.. memang elok sikit dari jalan tak berturap! dah takde pilihan, perjalanan harus diteruskan.. sampailah Felda Mempaga nak masuk Bentong kemudian signboard ke Bukit Tinggi pun kami dah nampak..
Jalan ke Raub |
5. Masuk bandar Bentong dan masuk Highway Karak semula, ahh.. lega.. tapi dah berapa RM sia-sia bayar tol dan berapa liter petrol dah terbakar.... takpe, belajar dari pengalaman, lain kali dah tahu, rugi sikit takpe, yang penting dapat pengalaman berharga. Okey la, kalau tak sesat.. mungkin kami tak tahu jalan 'dalam' Raub dan Bentong macamana, ye dak? huhu..
Masuk Bandar Bentong |
6. Jalan punya jalan, rupa2 dah tak lama dah nak masuk KL semula, nampak signboard.. Bukit Tinggi 5km dan bawahnya, Genting Highland 14km, begitulah lebih kurang.. haiyyoo.. rupa-rupanya takde la jauh sangat dari KL, tak payah masuk tol Bentong pun tuan2 dan puan2 ye... lepas terowong saja ye, INGAT, jalan nak ke Bukit Tinggi dari KL tak payah jumpa plaza tol BENTONG ye.. huh...
7. Hilang Punca Sekejap, tadi ada tulis.. dah hilang arah semula, mana la signboard nak ke Bukit Tinggi lagi ni.... yang ada hanyalah nama tempat ni saja.....
8. Walawehh.. begitu rupanya, Berjaya Hills Resort tu a.k.a Bukit Tinggi la, nama Bukit Tinggi tak berapa nak glamor kalau nak dibandingkan dengan Berjaya Hills Resort ni.. company ni la kot yang bangunkan tempat ni.. itu pasallah nama Bukit Tinggi dah tenggelam berbanding Berjaya Hills Resort ni.
9. Nasib baik adik aku terperasan, patutlah.. awal2 tulis Bukit Tinggi lepas tu dah asyik jumpa signboard Berjaya Hills Resort pulak.. kalau tak.. faham2 sendiri la, takkan nak sesat lagikan.. dah kena sekali, kali yang kedua kita akan lebih fokus dan bijak memanipulasi, haha..
10. Okey, kita masuk susur ke Berjaya Hills Resort, yeayy.. akhirnya, acara mendaki berkenderaan pun bermula....
11. Tengok tu! kata adik aku. wahh.. dah nampak bangunan ala-ala kat negara omputeh di kejauhan... ermm.. teruja sikit! hehe..
12. Naik punya naik.. jumpa tempat pengawal.. tanpa sekatan, masuk je terpampang signboard dua pilihan, alahai.. nak kena buat pilihan, ni yang tak best ni, secara tiba2 pulak tu...
13. Adik aku membuat pilihan pantas ke kanan setelah sepintas lalu membaca nama-nama kat signboard tu.. otak kena bertindak pantas, almaklum.. memandu ke tempat yang kita tak berapa tahu ni kena yakin dan pantas, mana boleh ragu2.. kang ada yang kena hon kat belakang, oppss.. petua aku, kalau tempat yang boleh u-turn kita buat u-turn, kalau yang takde u-turn.. jalan yang kita pilih tu silap, teruskan saja dengan yakin, jangan ragu2.. jangan risau, insyaAllah kita akan jumpa juga tempat yang kita nak tuju tu, signboard kan banyak.. err.. tapi ada jugak tempat yang tak banyak signboard.. :p
14. Makin tinggi mendaki, makin curam... naik lagi dan jumpa lagi dengan pos pengawal yang kedua.. pengawal yang hanya membenarkan kita naik lagi tinggi setelah diberi wang RM12 untuk dewasa, dan RM8 untuk kanak2.. (Kaunter tiket masuk daaa...)
Tiket masuk Berjaya Hills |
15. Kena bayar rupanya.. hmm.. takde yang percuma dalam dunia ni.... tapi okeylah, lepas tu kami dah tak kena bayar dah, masuk jalan-jalan je...
16. Lokasi pertama kami sampai, Japanese Village dan yang sekitar dengannya, parking kan dulu kenderaan anda di tempat yang disediakan, kemudian.. gunakan kaki untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.
17. Naik tangga yang boleh tahan tinggi, kemudian daki lagi.. mencungap dibuatnya sebab bercampur2 dengan perasaan yang tidak relaks.. teruja la tu.. pengajaran, untuk kurangkan rasa tercungap2 tu, kita mestilah relaks ye ketika mendaki barulah pendakian akan berjalan dengan lancar dan selesa.
18. Pemandangan atas bukit yg cantik, sayup mata memandang, subhanallah.. segala puji bagiMu ya Allah.. apalagi, sesi posing2 pun bermulalah.. huhu
@ Japanese Village |
19. Sampai Japanese Village, foto memoto lagi.. cantik tempatnya, rasa dah macam kat Jepun dah.. haha ye ke? ntah, tak pernah sampai Jepun.. tengok dalam tv je..
20. Lagi dan lagi, explore kawasan tu... ambik gambar lagi, gemuk-gemuknya ikan kap jepun kat sini.. makan apa la, geramnya.. berwarna warni pulak tu...
silap snap kat kawasan ikan kap jepun yang kurang besar |
21. Jalan lagi sampai habis dah laluan kat Japanese Village tu kami jejakkan kaki.. jumpa rumah tea, restoran jepun, jumpa replika rumah orang jepun dan spa.. siap ada satu rumah tu, pengunjung boleh mencuba kimono, pakai kimono sambil tangkap gambar kat kawasan sekitar.. konon2 dah betul2 macam kat jepun dah.. tapi bayaran dikenakan rasanya untuk menyewa pakaian2 tersebut.
22. Agaknya kat Jepun sana, rumah-rumahnya dikelilingi kolam2 cantik yang ada ikan kap jepun ke.... nak tahu betul ke tak, kenalah pergi jepun betul2.. hehe.. tapi rasanya tak.. landskap tersebut mungkin dibina untuk mewujudkan suasana kampung yang sebenar seperti kat negara jepun kot.. wallahua'lam.
@ Japanese Village |
Sekitar Japanese Village |
Mr. Adik yang setia menemani |
23. Elok dah habis round kawasan sekitar, bateri kamera dah exhausted dah, lupa nak cas.. huhu, kenalah pakai kamera handphone lepas ni.. huhu.. okey, kami berkenderaan semula.. cari bangunan2 Perancis yang jadi trademark Bukit Tinggi tu, mana ye.. tanpa bertanya siapa2.. kami tawakkal je, cari sendirilah..
24. Dah jumpa! setelah turun sedikit dari lokasi tadi, adik aku buat pilihan try masuk simpang kiri.. ye betul, di situlah lokasi yang kami cari! Mula-mula jumpa bangunan ala-ala istana kat negara omputeh, ada rumput membentuk tulisan 'The Chateur' kalau tidak silap.. depan sikit ada tulis 'parking'. Sila park kenderaan anda ye, takde orang bersiar2 dengan kenderaan kat situ.
Colmar Tropicale |
Colmar Tropicale, a French Themed Resort |
25. Oh ye, sedikit info, bas disediakan untuk ke lokasi dalam kawasan Bukit Tinggi ni, nak pergi ke satu-satu lokasi, boleh menaiki bas jika malas untuk bergerak dengan kenderaan sendiri.
26. Dan.. subhanallah, cantiknya... bangunan2nya macam kat Perancis la... hehe, dah lama teringin nak ke tempat ni, maklum.. nak ke Perancis betul2.. tak tahu bila, haha.. nama lokasi tu, Colmar Tropicale, A French Themed Resort.
27. Mula dari awal jalanlah sampai ke dalam kawasan2 bangunan tu, singgah... dan ambik gambar... manusia, jangan cakap la.. ramai la hujung2 minggu ni..
28. Kawasan dalam antara bangunan tu, takde la besar sangat pun.. bangunan yang paling hujung, bangunan yang ala-ala menara loceng tu.. hmm.. jalan sekejap, dah tamat bangunannya sampai ke penghujung.
Kawasan Sekitar Colmar Tropicale |
29. Beli cenderahati tanda kenangan dah pernah sampai situ.. RM9.90 untuk 2 fridge magnet. Agak mahal sikit harganya dibandingkan dengan tempat2 jaulah aku sebelum ini.
Cenderahati |
30. Sambil-sambil ambik gambar, teringin pulak mengisi perut yang tak berapa kosong ni, dah tengok kiri kanan ada restoran open air, kat tepi laluan. Menunya, berasaskan pizza dan pasta. Apalagi, duduk dan tunggulah order siap...
31. Belek2 menu.. tengok harga makanan kat situ, yang paling murah harganya RM27++ Patutlah orang kata makan kat Bukit Tinggi ni mahal.. betul la tu.. kalau setakat 2 orang je makan, okey la.. kalau satu family yang ada beberapa orang.. aku cadang lebih bijak untuk mencari makan di luar dari kawasan ni, tapi terserah.. tepuk dada, tanyalah poket masing2..
32. Errmm.. banyak jugak minuman keras yang dijual kat sini, tahulah.. ramai juga pengunjung foreigner non muslim termasuklah mat-mat dan minah2 saleh dari luar negara... huhu... kalau benda ni takde, tak boleh kot... entahlah... dah tauke company Berjaya tu Cina.. no wonderlah kan.. (aku agaklah.. ntah betul ke tak, hehe.. tapi rasanya tekaan aku almost 90 peratus betul kot.. :p) ahh bukan boleh hilangkan haus pun minum minuman tu.. orang jalan2 penat, minum air nak hilangkan haus.. haha bangunan kat situ kebanyakannya hotel la..
33. Lepas makan, kami habiskan sisa lokasi yang masih berbaki beberapa meter dan berpatah balik untuk pulang..
34. Jam 4 lebih kami turun dan bertolak pulang ke rumah, singgah di Resoran Jejantas Ayer Keroh, solat dan makan.. lebih kurang jam 8 malam baru sampai rumah. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik.. agenda aku hari ini belum selesai, sampai rumah berehat seketika, mandi dan apa2 yang patut.. bergegas pulak ke SMKDB untuk menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Pantau program perkhemahan badan beruniform sebab ada student sekolah aku ikut perkhemahan sekali.. sehinggalah jam mencecah jam 11.30 malam, barulah selesai agenda aku hari ini.. Syukur atas nikmat kurniaanNya.. lega.
Kesimpulannya tuan2, Bukit Tinggi juga dikenali dengan nama Berjaya Hills Resort. Tak hairanlah nama Bukit Tinggi kurang popular jika nak dibandingkan dengan Cameron Highlands, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya.. tempat baru dibangunkan berbanding tempat2 yang disebutkan tadi. Nak ke sana, mesti maklum dulu perkara ini supaya perjalanan jaulah ke sana lancar dan tidak sia2, erm... begitu rupanya. Baru aku tahu, kalau tak sampai sekarang belum tahu kalau tak diubah nama kat signboard guna satu nama je.. apapun, ada sedikit pengalaman berharga, ada input yang berguna dari jaulah hujung minggu kali ini.. insyaAllah, dilain masa dan kesempatan serta diberi rezeki lebih akan ada siri jaulah ke tempat-tempat lain pula. Sekian coretan entry aku untuk kali ini.. adioss.. :)
jalan nak naik atas tu ade mcm jalan nak naik ke genting ke..??
ReplyDeletesikit lebih kurang tapi genting jalannya lagi curam.
Delete