Thursday, 20 September 2012

OH MY UKM!

Beberapa minggu yang lepas, saya dapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Pusat pengajian mana yang jadi pilihan, sudah tentu universiti yang banyak berbudi dengan saya suatu ketika dahulu, tempat saya menimba ilmu peringkat sarjanamuda yang saya tinggalkan hampir 7 tahun yang lalu.. ya, tempat itu ialah UKM. Oh my UKM! pinjam tajuk ala-ala drama Oh My English di Astro.. :)

surat tawaran

Why UKM's again?

Atas beberapa faktor, saya memilih ukm sebagai pusat pengajian untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana. Antaranya, yuran pengajian yang agak berpatutan, universiti yang banyak menggunakan bahasa ibunda dan yang ketiganya, tempat yang pernah ada 'sentimental value' bagi saya. Saya pernah bertekad suatu masa dahulu sewaktu masih bergelar seorang mahasiswi peringkat sarjanamuda untuk kembali lagi menyambung pengajian di sini. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat yang pernah saya menimba ilmu dan pengalaman di negeri orang. Almaklum, saya tidak pernah benar-benar berjauhan dengan keluarga sebelum ni. Inilah tempat yang pertama kalinya saya berjauhan dengan keluarga selama 3 tahun lebih. Langkah pertama saya berjauhan yang membawa ke langkah yang seterusnya.

Fakulti Pengajian Islam

Alhamdulillah, permohonan saya berjaya berbanding rakan-rakan yang memohon dalam masa yang sama tetapi ditolak permohonan mereka, dalam 4 orang yang memohon.. hanya saya seorang saja yang berjaya. Erm.. sedikit cuak pada mulanya, aduhai.. kami memang bercadang untuk menyambung pengajian bersama-sama. Tapi begini pula keputusannya, tidak mengapa saya bertekad untuk tetap menyambung pengajian walaupun  tanpa rakan-rakan bersama. Pulang dari bercuti hari raya yang lalu, surat tawaran pengajian sudah ada dalam post box, dan pendaftannya pula adalah pada 9 dan 10 September. Saya ditawarkan program pengajian berbentuk sepenuh masa. Macam mana ni?? saya sedikit menggelabah, besoknya terus saya call Pusat Pengurusan Siswazah Ukm, dan jawapan mereka, ukm tidak menawarkan program pengajian separuh masa untuk pelajar sarjana yang mengambil mod jenis kerja kursus dan disertasi.. hanya mod disertasi dan tesis sahaja sahaja yang menawarkan bentuk pengajian tersebut. Saya buntu, antara mahu menerima atau menolak tawaran tersebut. Semangat untuk menambah ilmu sudah tersemat kemas di kalbu. Pada rakan-rakan, saya meminta pendapat. Biasalah, ada pendapat yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mendaftar pengajian pada hari sabtu lepas walaupun bentuk pengajian dan jadual kuliah yang masih kabur pada pandangan. Bekerja dan pada masa yang sama perlu menghadiri kuliah. Saya positif, mungkin saya dapat mengambil jadual kuliah di sebelah petang sahaja, begitulah sangkaan saya pada mulanya walaupun agak sukar sebenarnya kerana saya perlu berulang-alik dari Melaka ke Bangi yang agak jauh jaraknya.

Masjid Universiti, UKM

Rupa-rupanya, setelah mendaftar kali kedua dengan fakulti pada hari isnin, jadual kuliah yang ditetapkan memang memberi masalah pada kerjaya saya.. tiada pilihan lain, jadual kuliah sarjana di ukm berubah berbanding sebelumnya, menurut rakan saya yang pernah mempunyai rakan yang menyambung pengajian peringkat sarjana di ukm. Bezanya hanya satu tahun dia mendahului saya. Buntu, kabur dan seakan lebur harapan saya.. saya benar-benar tiada pilihan selepas mencuba nasib untuk menukar bentuk pengajian di Pusat Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam. Ya.. tiada program sarjana berbentuk separuh masa untuk pengajian secara kerja kursus dan disertasi. Saya masih mencuba untuk tetap mengikuti pengajian, berfikir boleh  mengambil hanya 2-3 subjek sahaja untuk satu semester.. tetapi itupun tidak memadai, saya hanya akan melambatkan tempoh masa pengajian jika berbuat demikian, sedangkan saya sendiri yang menanggung seratus peratus kos pengajian!.

Rabu minggu yang lepas, setelah sempat mengambil mengambil ujian kelayakan bahasa arab, saya terpaksa membuat keputusan ini.. keputusan untuk menarik diri dari menyambung pengajian, saya telah nekad. Sedih, kecewa dan sayu berbaur dalam hati.. harapan saya musnah. Tidak mengapalah, mungkin bukan rezeki saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana pada kali ini, saya memujuk diri.. tersepit di antara tanggungjawab dan cita-cita. Ada rezeki di lain waktu saya boleh mencuba lagi.. insyaAllah mudah-mudahan. Cita-cita masih ada cuma masanya belum tiba. Saya pasrah juga akhirnya.

Masih ada Masalah??

Ya.. masih ada, bukan setakat di situ saja, sekarang saya tengah berusaha mendapatkan balik yuran pendaftaran yang hampir mencecah RM2k yang telah saya bayar. 90 peratus untuk tarik diri awal dan jika lambat, 50 peratus sahaja dari jumlah yuran pendaftaran yang akan dipulangkan oleh pihak universiti kepada saya. Surat tarik diri sudah saya hantar, masih menunggu kelulusan dari PPS UKM untuk dihantar ke Jabatan Bendahari. Berulang-alik saya turun naik tangga untuk mendapat kembali hak yang 90 peratus itu. Moga segalanya berjalan lancar dan saya mendapat balik hak saya, amin. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.

 "Dan pastinya kami akan menguji dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar" (Al-Baqarah 2:155).

Ada pengajaran dan iktibar, juga ujian dan dugaan dalam bentuk sedemikian, ujian yang sentiasa mahu saya berusaha mendapatkan apa yang saya cita-citakan, dugaan ke atas diri saya kerana hampir dalam setiap perkara yang saya inginkan, saya perlu berusaha.. rasanya tiada istilah yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang dalam kamus hidup saya. Saya bukanlah orang yang bertuah yang mudah mendapat apa yang diinginkan. Mungkin inilah yang dinamakan dugaan daripada Allah SWT untuk menguji kesabaran saya. Insya-Allah, mudah-mudahan ada yang lebih baik menanti saya, dan mudah-mudahan ada hikmah di sebalik semua kesusahan ini. Dengan izinMu ya Allah! Bersabarlah wahai jiwa, sesungguhnya Allah senantiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan orang-orang yang mencapai kejayaan dan kemenangan, adalah orang-orang yang sabar apabila diberi ujian dan dugaan. Semoga saya tergolong dalam orang-orang seperti itu.. amin.

Gambar kenangan ketika konvokesyen



7 comments:

  1. salam...sy juga pelajar sarjana sesi 2012/2013..sy juga mempunyai mslh mcm saudari..boleh sy tahu mcm mana nk tarik diri dari pengajian?

    apa prosedurnye?

    harap dpt membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      sdr khairi buat surat tarik diri kemudian hantar ke pusat pengurusan siswazah. Buat dalam beberapa salinan, sertakan salinan kpd fakulti n jabatan sekali.

      Itu yg saya dah buat setelah disarankan oleh pps fakulti.

      Smg ianya dapat membantu sdr.. insyaAllah dipermudahkan sgl urusan. :)

      Delete
  2. owh..sy da hantar surat penarikan diri kepada pps..kemudian xde plak die kate kene hantar salinan surat ke fakulti..die cume cakap die akan hantar ke jabtan bendahari..dan sy tanya berapa lama proses ni akan siap..die kata dlm seminggu..so smpi skrg blum dpt ape2 feedback..esok nk try tepon pps..huhu

    ReplyDelete
  3. Sy rasa salinan kpd pps xpenting sgt yg penting surat tu dihantar ke pps ukm.. n yg ptg surat tu pps ukm hantar ke jab bendahari, samalah, masih blm dapat apa2 feedback jgk, diaorang cakap tunggu je surat yg akan dihantar nnt. solusi terbaik kena la selalu call diaorg nnt.. :(

    ReplyDelete
  4. huhu..tula..mmg kene slalu tepon pps...ntah..tggu je la..bkn ape takut nnt ukm kate kita berhutang dgn die sem depan..sbb kita masih lg dikira pelajar ukm

    ReplyDelete
  5. Saya pel ukm..masuk tahun 2000 ijazah sarjana muda . Sampai hari ini saya blum ambik sarjana sbb terfikirkan Kekangan yg ada.memang agak sukar klau sepenuh masa . ..sbb kita bkerja .

    ReplyDelete
  6. Salam sis.. Alhamdulillah jumpa post sis ni.. saya pun mengalami dilema yang sama. Jika saya teruskan mungkin akan mengalami masalah yang sama. Mungkin rezeki utk sambung sarjana belum datang. :')

    ReplyDelete