Bismillahirrahmanirrahim..
Setelah hampir lebih 2 minggu lepas berjaulah ke negara jiran Indonesia, malam ni barulah ada sedikit kekuatan mencoret kisah berkongsi sedikit pengalaman berharga sewaktu berjaulah di sana. Kalau nak dikira entry pasal jaulah Bandung aku ni mungkin dah dikira 'basi' kot nak dibandingkan dengan lambakan entry pasal jaulah ke Bandung ni.. lambakan tu... orang lain dah tulis lama dah.. den baru nak tulis.. nak buat macamana, orang lain dah sampai dulu kot..! eloklah tu, tak perlulah aku nak menaip panjang berjela2 sangat walaupun.... :p biarlah gambar bercerita.. untuk makluman, foto2 pemandangan sekitar Bandung dan Jakarta yang aku kongsikan di sini di ambil dari dalam van masa tengah bergerak. Nasib baik boleh tahan, boleh la dari takde.. Sebahagian dari warna2 kenangan terindah masa kat sana.
Jaulah kat sana 4 hari 3 malam je campur tolak dengan perjalanan pergi balik Malaysia semula. Berbekalkan pakaian of course, international adopter (plug elektrik antarabangsa) dan wang berjumlah lebih kurang Rp3.5 juta. Teringat masa mula2 buat money changer hari tu.. aku rasa macam orang kaya, wangku berjuta2.. hehe.. makcik kayo..! makcik kayo..! walhal nilai duit Malaysianya RM1k je pun.. huhu. Rombongan cik kiah kitorang 5 orang je. Jumaat hari terakhir persekolahan sesi 2013, keesokkan harinya pagi2 lagi aku dah terbang ke Jakarta (cewah! tak menyempat betul!) padahal hal sekolah ada yang belum settle lg.. masih ada lagi yang tak beres, sppbs.. oh sppbs.. boleh pitam dibuatnya! jadi dalam sedikit keserabutan otak yang masih ingat pasal ketidakberesan kerja, makan angin tetap on... dapat pergi sana, dengan sendirinya tekanan dan ketensenan dapat direleasekan.... erm, makan angin kot! sape yang tak suka. Maklumlah, orang merantau.. cuti harus diurus dengan bijak. takdenya nak buang masa lama2 duk di rantau orang.. mula cuti je program terus on. Nanti nak balik kampung menghabiskan cuti dengan keluarga yang tercinta pulak.
Hari 1 : Sabtu (16/11/2013)
1~ Pagi2 sabtu bertolak ke KLIA. Flight kitorang jam 10.45 am. Lebih kurang pukul 12.30 pm waktu Malaysia sampai ke Soekarno Hatta International Airport. Waktu di Indonesia pula pukul 11.30 am. (waktu Indonesia lambat satu jam dari waktu Malaysia)note: patutlah kat Bandung pagi2 lagi dalam pukul 5 lebih langit dah cerah.. rasanya waktunya lagi cepat sedikit dari Sabah & Sarawak.. malam pun cepat la jugak, pukul 6 petang dah masuk waktu maghrib..erm.. oklah, sambung semula.. kami dijemput Pak Endang supir merangkap ejen travel kat sana. Bumi Jakarta dibasahi hujan ketika itu. Masa nak landing tadi aku dah perasan.. lapangan dah basah dengan air hujan. Tanpa membuang masa kami terus dibawa bertolak ke Bandung. Jalanraya masa tu agak macet sikit kata Pak Endang, kan hari sabtu... cuti.. hari kebiasaan warga Jakarta ke Bandung untuk shopping2 ujarnya lagi. Masa dalam perjalanan, aku dan member2 kagum tengok kebanyakan taksi2 yang menyusur kat atas jalanraya dari jenis kereta Toyota Vios. Kalau kat Malaysia, sape yang pakai vios dah dikira orang yang banyak duit.. mana taknya, cukai kereta import kat Malaysia bapak mahal.. 2 kali ganda dari harga sebenar kereta.. uhuhu.. aduhai.. kerajaan2.. setakat yang aku tengok, orang2 sini hampir 90 persen kot guna kereta import jenis toyota, daihatsu, nissan dan honda. Ish2.. kata Pak Endang, golongan biasa2 yang guna jenis kenderaan yang aku sebut tadi.. yang kaya akan guna jenis BMW, Merc dan yang sewaktu dengannya.. huhu.
Perjalanan kami ke Bandung kurang lancar sikit sebab masa tu hujan dan kenderaan pun banyak. Kami berhenti rehat sebentar di R n R isi perut. Asalnya nak solat kat situ tapi disebabkan keadaan tandas dan tempat wuduk yang tak selesa digunakan (tempat wuduk terbuka & menghadap ke arah yang boleh dilihat oleh sesiapa saja), kami ambik keputusan untuk solat apabila sampai di apartment nanti. Aku perhatikan tempat wuduk wanita di sana kebanyakannya macam tu, sama je dengan tempat wuduk lelaki cuma diasingkan saja. Hampir 4 jam kemudian, barulah kami sampai di Bandung. Check in kat Apartment Cipedes. Wah.. jalan nak masuk ke apartment bukan main lagi, berjoget2 kami ikut rentak van. Bentuk muka buminya dah la naik turun bukit, jalan pulak berlubang2 sana sini dan besar2 pulak tu. Mulut member2 aku tak berhenti merungut, aku diam je malas nak mengomel apa2. Pak Endang kata, yang buat jalan kat situ.. komplek atau kata lainnya swasta. Belum ditambah dengan cara pemanduan orang2 kat sini, siapa cepat dia dapat. Asal ada peluang, kenderaan dimana2 laluan pun boleh jalan.. tapi elok pulak tu, takde pulak berlaku pertembungan, kalau memandu macam ni kat Malaysia... alamat dah lama selamat cium & gesel kenderaan orang. Mungkin dah cara orang sini, aku tengok masing2 dah macam saling memahami antara satu sama lain dah..uhuhu.. pengalaman, lain tempat lain caranya.
2~ Pada malamnya pula kami dibawa ke Factory Outlet yang banyak terdapat di sekitar Kota Bandung, pusat jualan pakaian terutamanya. Apa yang menarik, bangunannya ala2 rumah, sebuah2 dan sebelah menyebelah pulak tu. Unik sungguh pada pandangan aku, bukan macam mall biasa dan bukan juga deretan rumah kedai. Lepas sebuah, sebuah.. kitorang ronda.. sampai tak ingat nak mengisi perut. Sedar2 pusat jualan dah nak tutup.. (lebih kurang pukul 9 pm). Restoran pun lebih kurang sama la juga waktu tamat operasinya. Banyak yang dah ditutup sebaik saja kami selesai ronda. Kerana kesiankan kami, Pak Endang bawa kami ke sebuah restoran. Nama Restoran tu
Kafe Halaman. Boleh tahan ramai juga orang makan kat situ, makanannya pun boleh tahan sedap. Hampir2 terlelap aku & member2 tunggu makanan siap, masing2 dah penat sangat2 dah.. kami sampai apartment pun lewat lebih kurang jam 11.30 malam waktu tempatan.Tapi aku tengok gerai2 kecil @ warung tepi jalan nak ke apartment ada lagi yang masih buka.
|
Jangan lupa passport dan tiket |
|
posing sebelum bertolak @KLIA |
|
bergambar dalam pesawat pulak |
|
hidangan alas perut yang kosong.. alhamdulillah @ dalam pesawat |
|
seusai tiba @ Soekarto Hatta Airport |
|
panorama sekitar airport yang menarik perhatian.. my 1st eye's catch! |
|
tadaa.. transport kontrakan kami kat sana, van jenis Daihatsu, plat D for Bandung.. sama macam plat kelate la...wuahaha.. info: B for Jakarta dan F for Bogor. |
|
hujan rahmat menyambut kedatangan kami |
|
Pemusafiran ke Bandung pun bermula.. Bandung! mu tunggu aku datang..! |
|
bergerak keluar dari kawasan airport |
|
Silakan mampir ke Bandung ibu2 & bapak2..! :) pemandangan sebahagian Kota Bandung |
|
tempat penginapan kami.. Apartment Cipedes. Cipedes tu nama tempat kat situ. |
|
ruangan dalam apartment |
|
ruang istirehat, pintu tu tembus ke kolam renang |
|
member2 teruja.. siap pasang niat lagi nak berenang tu..
|
|
Carla Factory Outlet |
|
Pusat belanja sepatu. Member2 sakan shopping kasut. Aku tukang pantau sambil2 usha seorang cowok ganteng s.a kat situ.. :p macam model wa cakap lu.. ganteng2 cowok2 Bandung ye.. heheh.. gediks, bosan woo tunggu orang perempuan shopping. Sikit punya lama diaorang ni pilih kasut. |
|
takdo kojo.. kita snap la dulu sepukul.. |
Hari 2 : Ahad (17/11/2013)
1~ Destinasi pertama hari kedua di Bandung. Tempat yang wajib dikunjungi para wisata apabila berada di sini. Kawah gunung merapi,
Tangkuban Parahu.. sejuk kat atas tu, orang sana siap jual topi dan mafla bagai.. strawberry pun ada. Gerak ke kanan, yang ni promote keychain.. gerak ke kiri yang ni tunjuk frigde magnet, kat depan pula ada yang sua strawberry.. yang belakang tunjuk mafla.. erm sedikit merimaskan. Apa yang selalu aku dengar, harga barang dagangan mereka agak mahal sedikit.. tapi kalau diikutkan okey la diaorang cas kos barang2 tu naik atas. Lagi satu, bersangka baiklah mereka berusaha keras sebenarnya mencari rezeki untuk anak2 dan keluarga di rumah. Sekurang2nya mereka melakukan kerja yang halal demi sesuap nasi. Serius, aku simpati tengok situasi macam ni di mana2 lokasi pun di Bandung dan Indonesia mungkin. Sesiapa yang ada wang lebih tu.. apa salahnya berbelanja dengan mereka. Setidak2nya kita tolong mereka dengan cara macam tu sambil berbuat 2 amal sekaligus, berbelanja sambil sedikit mengurangkan kepayahan hidup orang lain.. empati orang kata.. try to put ourself in another shoes..erm..
Oh ye, lupa pulak, nak masuk sini ada bayarannya ya kakak2 cun.. ngak ada yang gratis dong! Rp50,000 seorang. Lebih kurang RM15+ duit Malaysia belum masuk duit parking.. huhu.. memang ngak ada yang gratis pun di Indonesia.. hampir semuanya perlu dibayarin.. perlu diberi tip. Kalau ada yang baik hati tunjukkan jalan atau tahan kenderaan untuk kita senang mengeluarkan kenderaan dari tempat parking.. iya, harus diberi tip loh! erm.. mungkin ni pun satu cara untuk orang2 sini mencari rezeki kot. Bersangka baik.. kepayahan hidup mungkin menjadikan mereka begitu. Belum ditambah dengan peminta sedekah yang ada dimana2.. kat sini boleh je beri sedekah aku rasa.. cuma kena tengok keadaan clear ke tak je.. sebab ramai yang cakap, kalau seorang dah diberi sedekah, alamatnya sekejap lepas tu peminta sedekah yang lain akan datang beramai2 minta sedekah dengan kita. Jadi better tak beri sedekah.. pulak.. wallahua'lam. Petua untuk keselamatan kepada poket yang tak berapa tebal, tengok dulu keadaan sekeliling sesuai atau tidak sebelum nak bersedekah. Kalau yang banyak duit nak bersedekah bila2 masa, dimana2 atau kat sesiapa saja.. silakan dan sangat dialu-alukan. Lagi bagus.. dapat pahala tolong orang susah. Iza maata ibnu aadam.. sikit dalam bahasa arabnya, Apabila matinya seorang anak adam (manusia), maka terputus semua amalannya di dunia kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. Untuk renungan bersama.. besar pahalanya orang yang bersedekah ni.. takkan putus amal kebaikan yang 3 ni.. dibawa berterusan sampai ke akhirat nanti. Mudah-mudahan kita dijauhkan Allah daripada sifat kikir dan kedekut.. aamiin.
|
muka2 eksaited sebelum muka2 penat |
|
Subhanallah.. kawah gunung berapi |
|
sekitar kawah gunung berapi |
|
orang boleh tahan ramai masa kami sampai.. cuaca pun berkabus, hujan waktu tu. |
|
hambekk.. berebut nak bergambar kat sini |
|
Finally, the line is clear |
|
|
|
@ Tangkuban Parahu |
|
kawah gunung berapi dari jarak lebih dekat.. |
|
Tempat park kenderaan. Ramai penjaja kat sini |
|
wisata kot, main snap je.. |
|
Penjaja2 kat sini |
|
Masa nak keluar dari kawasan Tangkuban Parahu |
2~ Okey dah abis menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dan mengabadikan kenangan kat Tangkuban Parahu, lokasi pusat belanja wisata
Pasar Baru pula menjadi destinasi tujuan kami. Tempatnya ala2 Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu. Yeah.. Its shopping time! tapi sebelum tu sila jaga dompet atau beg masing2 dengan baik, katanya kat sini ramai pencopet. Harus jaga2.. itu pesanan awal Pak Endang masa kami ke sana. Agak murah harga barang2 kat sini kalau nak dibandingkan dengan harga di Malaysia di tambah dengan nilai RM yang lebih mahal dari rupiah. Convert nilai ringgit dah boleh dapat rm30 atau lebih murah untuk kain pasang yang bersulam.
P/s: jangan terpedaya.. ada penjual yang ambik kesempatan. Kitorang dah terkena.. uhuhu.. patutlah aku rasa semacam, harga kain pasang & telekung satu kedai ni dah hampir macam harga standard kat Malaysia je.. murah sikit saja, walhal boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah. Tu pun sebab sorang pekerja kedai ni dah terkantoi depan mata aku, pekerja yang layan aku lak jenis lurus, hampir2 diberitahu harga sebenar sejenis kain yang aku tanya, tapi sebab tak pasti harga yang tepat.. dia tanyalah dekat pekerja tu, cepat2 di potongnya cakap kawan tu & sebut harga yang 2 kali lebih tinggi. Ada perubahan riak di mukanya. Riak muka macam nak beri isyarat tapi dikawal supaya tidak ketara sebab masa tu aku tengah pandang muka dia. Macam2.. nama kedai tu ada perkataan cinta2 sikit. So, nak beli kain kat situ kena usha2 harganya dulu, diaorang pun dah pandai sebab orang Malaysia selalu belanja(shopping) kat sini. Ada yang siap ambik jadi pembekal lagi. Abang jual telekung kat satu kedai ni siap cakap, orang Kelantan ada ambik bekalan telekung dengan dia nak jual. Jadi, better survey dulu lebih kurang sebelum decide nak beli kat mana2 kedai... remember k.. kang menyesal nanti. Nak beli ole2 atau souvenir.. (cakap orang sana) kat sinilah tempat paling sesuai.. ada key chain, fridge magnet dan beg serbaguna.. ramai yang menjaja kat dalam tu sampai kadang2 naik rimas pun ada dibuatnya. Boleh tahan jugak ye aku shopping kat situ, ish2.. beli kain pasang, telekung dan blouse.. semuanya buat diri sendiri dan buah tangan untuk keluarga.
|
Bolehlah dari takde.. ada la jugak tulisan Pasar Baru |
|
panorama sepanjang perjalanan@Bandung |
|
Posing sebelum menjamu selera.. @ food court Pasar Baru, Lantai 6.. sikit lebih kurang sama je dengan food court kat Malaysia |
|
menu lunch aku hari tu.. nasi ayat penyet asli Indonesia.. enak bangettt!! |
|
Rp 70,000 lebih kurang RM 20 set nasi gurami pilihan 2 orang member.. lauk ikan kaloi beserta sambal terung, sayur taugeh dan ulam-ulaman |
3~ Usai makan tengahari, misi belanja yang belum berkesudahan di teruskan lagi, aku sibuk cari telekung yang mak aku pesan. Member aku pulak sibuk cari jubah yang orang kirim. Tak ingat dunia kot kami berbelanja sebab kat situ aku rasa memang murah berbanding tempat2 lain di Bandung.. dah nama pasar.. lainlah kalau shopping kat mall. Jumpa satu lot kedai jual jubah dan telekung, serius cakep2 jubahnya tapi sayang sebab rata2 saiz jubah yang dijual kat sini comel lote je saiznya.. paling besar pun XL.. labuh sederhana pulak tu.. tak sesuai untuk aku yang berkerangka ala2 minah arab ni.. hehe.. try punya try.. saiz XL dah okey tapi labuh pulak yang jadi masalah... elok2 takat buku lali, belum dikira ketinggian masa pakai kasut lagi tu.. huhu.. so, aku padamkan niat di hati nak belanja jubah kat sini. Okey2 aku hanya boleh pandang je la.. nak beli memang tak.
Standard saiznya pergi la kat mana2 kedai yang jual jubah khususnya dan apa2 pakaian pun amnya. Hampir sama je ukurannya.. aku akui, maybe sebab warga Indonesia ni kebanyakannya comel2 je saiz badan diaorang. Kalau kat Malaysia, senang je nak jumpa saize XXL, XXXL.. haha.. orang Malaysia mewah dengan makanan kot, nak makan apa2 pun senang dapat. Aku faham situasi rata2 warga kat sini. Makan rakyat marhaen kat sana, mungkin tak semewah makan rakyat marhaen kat tempat kita.. orang kita makanan memang melambak2 sampai dah sampai tahap membazir pun ada belum campur dengan amalan pemakanan yang tak berapa sihat pulak tu.. ish.. sesungguhnya orang yang membazir itu adalah bersaudara dengan syaitan. Erm... muhasabah2..
Memang tak ingat dunia sungguh, tengok2 jam pasar baru dah nak tutup dah untuk dagangan hari tu. Dalam pukul 5 waktu tempatan kot tak silap aku. Member aku belum lagi ada tanda2 nak berhenti shopping. Beli kebaya sulam la.. Aku layankan ajelah.. tunggu nak beli baju T Bandung je untuk adik2 aku. Solat asar pun belum lagi, aku pun lalai sekali. Nasib baik tengah bercuti masa tu, hmm.. (jangan amalkan aksi seperti ini) lalai dengan urusan dunia hingga hampir lupa urusan akhirat yang belum dilunaskan.
Selesai bagi tip kat sorang cowok penjaja yang sibuk tawarkan diri nak tunjuk arah ke surau. Kami berlima ambik lif naik ke Lantai 8. Info: menurut peniaga2 di situ ada 2 tempat solat. Satu di lantai paling bawah dan satu lagi di Lantai paling atas. Kat situ ada masjid rupanya, kat bangunan paling atas.. bukan surau kecil macam yang biasa kita jumpa kat Malaysia. Kagum jugak, mana ada masjid kat atas bangunan2 di Malaysia, surau kecil ada lah.. sambil2 tunggu nak solat maghrib Pak Endang sms member tanya mana lokasi kami waktu tu, rupanya dia pun solat kat situ, senanglah.. bertambah senang pasal kami tak payah susah2 turun tangga menapak nak ke tempat parking. Sudah solat je pak endang suruh kami tunggu kat situ, dia ambikkan van naik atas.. Okey, now time to dinner.. kami dibawa ke
Restoran Sederhana. Malam ni kita nikmati masakan Padang pula.
|
antara menu masakan padang |
|
model2 makanan.. :p tip: pilih lauk yang berkenan sahaja, jangan usik semua lauk pauk yang dihidangkan. Bil akan dikira berdasarkan berapa piring lauk yang kita makan sahaja. |
3~ Lokasi terakhir hari tu, shopping lagi... lagi2 shopping... kali ini kita ke F.O yang seterusnya. Nama tempat tu,
Rumah Mode. Memang rumah... cantik dan sebuah bangunan ala2 banglo mewah beserta landskap yang menarik. Erm.. takdelah murah pun belanja kat sini, harga kat sini standard biasa shopping kat mall Malaysia.. aduhai.. tengok la tempatnya macamana! sempat jugak aku sambar sehelai skirt separa kembang biru cair berharga Rp119,000.. walaupun harganya untuk skirt jenis biasa macam tu sikit lebih kurang sama macam kat Malaysia, tapi den dah berkenan.. nak buat camno.. uhuhu.. kitorang stay kat situ sampai lampu kedai tutup.. sorang member ni tak abis2 pilih pakaian.. selagi kedai tak tutup, selagi itulah dia akan pilih, aku dan member yang lain layankan je.. sambil duduk berehat kat bangku yang disediakan, aku tak lepaskan peluang, apalagi.. posing la.. landskap kat situ pun cantik. Sesuai la kalau nak bergambar bagai, hoho..
|
Menarik @ Rumah Mode |
|
Landskap berhampiran pintu masuk Rumah Mode |
|
Muka2 penat tunggu orang shopping tak sudah2.. nasib baik ada tempat rehat lawa.. :p |
|
Haa... nin dia, Pak Endang... supir kami masa kat sana. Baik orangnya, berketurunan sunda, cakapnya lembut dan teratur je.. rajin melayan pertanyaan kami, banyak info yang kami dapat daripada dia.. terima kasih pak! semoga Allah membalas setiap amal kebaikanmu. Aku candid masa dia tengah borak2 dengan member sambil2 tunggu, terkujat dia dengan flash kamera aku, hehe.. ce tengok lampu kat dalam dah pun dipadamkan.. member kami yang sorang ni, tak keluar2 pun lagi.. huhuhu dia kalau shopping.. kami dah faham sangat dah. |
|
muka ta'ban2 jiddan.. bergambar kenangan kat mercu tanda Rumah Mode |
|
Foto yang disnap Pak Endang |
Alhamdulillah.. urusan hari tu berjalan lancar, sampai apartment lebih kurang pukul 10.30 mlm waktu tempatan. Awal sikit dari semalam.. dah terbiasa dengan waktu Malaysia, nak tidur jam 11.00 mlm tu masih awal sangat rasanya, padahal kalau kat Malaysia dah jam 12.00 mlm. Member yang lain dah selamat belayar, aku sibuk nak packing barang yang dibeli masuk dalam beg siap2.. pastu baru la sedar, den tak biasa kat sini yo, orang lain dah tidur.. tinggal den yo, tak payah nak buat2 berani sangat stay up sorang2.. hehe.. Tak buang masa lama2, kita tidur dulu! esok nak berjaulah sekalian terus berangkat ke Jakarta petangnya.. sedihnya, am keep a promise in my heart, Bandung we 'll meet again for a second time.. insyaAllah.. :'(
Hari 3 : Isnin (18/11/2013)
1~Lokasi:
Toko tiga, pusat jualan seluar jeans Levi's dan pakaian. Orang kata harga jeans jenama Levi's murah separuh harga berbanding kat tempat kita, entahlah tak pasti sebab seumur hidup ni tak pernah pun beli jeans.. memang tak ambik tahu langsung berapa harga pasarannya kat Malaysia.
|
posing sebelum check out |
|
sepanjang perjalanan @Bandung |
|
Pak Endang kata di sinilah Ariel Peterpan dijatuhi hukuman pasal kes zina dia dengan Luna Maya tu... moral: jauhi zina.. couple bukan pilihan..! ujarnya lagi dua2 orang tu asal Bandung sebab ada member tanya kenapa tak dibicarakan saja di Jakarta.. aku google dua2 tu bukan orang sini, Si Luna Maya tu orang Bali..huhu.. takpelah, tak penting pun. Kalau aktor ganteng dan keren Teuku Zacky Azwar pelakon cite Kayangan tu memang berasal dari Bandung. No wonderlah cowok2 ganteng ramai kat sini kot.. :p
|
|
Kejaksaan Tinggi Jawa Barat |
|
Faradila posing berlatarkan Bangunan Toko Tiga... nampak tak, nun jauh di belakang. | |
|
|
|
pengamen jalanan.. sibuk nyanyi lagu Tegar kat depan pintu van, tak sampai hati aku nak tutup pintu. Sorang member hulur RM1 dia buat dono dan teruskan nyanyian.. rupanya nak minta lagi.. heheh kelakar.. pengalaman real selalu tengok kat kaca tv jer~ |
|
2~ Jaulah diteruskan lagi.. kali ni lokasi pilihan ialah
Kartikasari. Member yang cadangkan ke sini, katanya kat blog ramai yang bercerita pasal keenakan brownies dan pisang keju (bun ada pisang dan bersalut keju kat dalam) dan diletak cantik dalam kotak. Kiranya makanan kat kedai ni dah tersohor di kalangan wisata2 yang berkunjung ke Bandung. Ala.. kartikasari ni kedai kek dan roti la boleh aku simpulkan kat sini. Aku beli pisang keju, brownies bakar dan kerepek tempe serba satu, nak rasa.. orang lain dah rasa, rugi pulak kalau tak rasa.. aku ni jenis yang suka mencuba, nak pengalaman.. sekurang2nya tahu macamana rupa & rasanya. Terkenang masa study kat ukm dulu, aku beranikan diri pegang badan ular masa bergambar. Tu pun tahankan diri kalau ikutkan memang takut dan geli dengan haiwan reptilia ni.. at least dah tahu rasa pegang ular camana..hehe..pengalaman tu!
|
Fokuskan pandangan kat beg yang kami pegang masing2.. |
|
Pintu depan Kartikasari |
3~ Lokasi terakhir sebelum bertolak ke Jakarta,
Jalan Riau. Factory Outlet lagi.. lepas lunch kat
Mamak Kitchen, aku dah tak rajin nak ronda F.O. Masuk sebuah dua mall je window shopping. member2 yang berhajat je pergi.. aku & member 2 orang tunggu kat mall
The Heritage sambil surf internet.. tak kuasa dah, bukan murah pun belanja kat F.O. Sama je macam kat Malaysia.. oh ye.. info tambahan, cuaca kat Bandung sangat selesa untuk bergerak aktif ke mana2 dengan berjalan kaki. Cuacanya sederhana bersuhu sekitar 23 darjah celcius. Patutlah rasa kurang berpeluh je.. padahal dah menapak situ sini ronda mall.. bestnya kalau cuaca kat Malaysia pun macam ni.. hehe, masa nak balik sempat singgah beli es lilin beli kat kedai sekitar The Heritage berharga Rp5,000 sebatang (RM1+) boleh tahan sedap, lain sikit rasanya dari rasa askrim yang biasa dijual kat pasaraya. Dijual dalam pelbagai pilihan perisa dan warna.. bentuknya pula sama macam aiskrim potong, mungkin aiskrim potong versi Indonesia la kot.. :)
|
Budak2 sekolah keluar rehat ujar Pak Endang, kagum aku... dalam pukul 2 pm diaorang akan masuk sekolah semula, kalaulah kat Malaysia buat macam ni.... haru biru jadinya!~ |
|
@ Bandung, beca kat sana sama je mcm beca kat kelate... |
|
@ Bandung. Teringat masa dinner makan kfc kat Mangga Dua Square.. sedikit aneh, sebab kat sini ayam goreng dihidangkan bersama nasi yang dibungkus macam bungkusan burger.. no coleslow no marshed potato. |
|
Lunch kat Restoran Mamak Kitchen sebelah mall The Heritage, Jalan Riau. Menu aku tengahari tu nasi lemak & chicken curry. Kat sini ada wifi, sempatlah update status fb... huhu |
4~ Waktu untuk travel dari Bandung ke Jakarta semula. Sekitar jam 4.30 pm waktu tempatan van kami menyusur jalanraya keluar dari Kota Bandung masuk highway terus menuju ke Jakarta. Erm..
sayu pulak rasanya, selamat tinggal Bandung, insyaAllah ada
rezeki kita akan ketemu lagi..:(perjalanan ke Jakarta jika trafik berjalan lancar mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah, campur masa dua kali berhenti singgah R & R.
|
@ R n R masa on da way to Jakarta |
|
singgah R n R |
|
heading to Jakarta.. pemandangan senja. Dah nama highway, ada la tol nya.. berapa kena bayar, tak pasti.. |
5~ Jakarta, aku datang lagi..! sekalian esoknya mahu terus ke airport pulang ke Malaysia. Pantas je masa berlalu.. tup tup, dah sampai hari terakhir kitorang kat sini.. agenda penutup jaulah esok pagi, round
Mangga Dua dan terus ke airport.
|
Sampai Jakarta, check in kat Fave Hotel dan keluar dinner kat mall Mangga Dua Square makan kat kfc.. |
|
Masa tunggu Pak Endang... van ada, orangnya ngak ada... |
|
@ Mangga Dua Square |
|
Selesai dinner, angkut barang yang perlu dan masuk bilik... aku stay kat bilik nombor 310 dgn sorang member, boleh tahan lawa jugak biliknya.. Rp300,000+ kalau tak silap, mana tak ok... harga standard convert nilai RM100+ semalaman & breakfast. |
Hari 4 : Selasa (19/11/2013)
1~Hari terakhir di bumi Indonesia.. breakfast dan checkout dari hotel dan ke
UTC Mangga Dua, ronda2 shopping buat kali terakhir sebelum pulang. Teringat nak tambah souvenir.. tapi tak banyak kat sini. Bayang fridge magnet, beg dan keychain aku tak nampak pulak... huhu...susah nak jumpa kat sini mungkin sebab tempatnya ala2 mall + pasar kot.. kalau kat pasar mungkin banyak kot. Entahlah, moral of da story: kalau nak benda2 tu semua baik beli siap2 kat Bandung.. nak banyak mana pun boleh, harga pun murah. Merata2 orang jual dan jaja.
Lagi satu, aku perhatikan kat sini harganya lebih mahal sedikit berbanding dengan Bandung.. mungkin sebab kedudukannya sebagai Ibu Kota Indonesia. Nak compare harga dengan Bandung, memang berbezalah... yang sama pun baju T la kot.. rate harga sehelai RM20,000. Itu pun kena tengok kedai... ada yang jual murah dan ada yang mahal. Ini cerita kat UTC Mangga Dua, kat tempat lain di Jakarta.. aku tak pasti. Kat sini pun ada juga Pasar Baru.. tapi nak pergi dah ngak bisa, bimbang ketinggalan pesawat dong... menangis kitaorang nanti... ~
|
Pagi hari terakhir.. masa tengah tunggu nak breakfast.. rest kat bilik sambil surf internet.. aku snap pemandangan Jakarta ni dari tingkap bilik.. |
|
dah breakfast, checkout & posing kenangan dulu kat kaunter.. minta tolong mbak receptionist jadi jurufoto |
|
@ Jakarta.. kenderaan ni namanya bajai... hanya di Jakarta, kat Bandung aku tak jumpa benda ni. motor kojek dan angkot ada la |
|
peniaga warung beroda |
|
UTC Mangga Dua, tempat terakhir kitaorang belanja sebelum pulang |
|
Bangunan Mangga Dua Square waktu siang |
|
pintu gerbang nak masuk Mangga Dua Square.. pintu gerbang cina, tapi aku kagum tengok orang cina kat sini takde beza sangat pun dengan orang tempatan.. masa kat hotel aku jumpa satu family berkumpul kat sebelah bilik aku dan ngomong dalam bahasa rasmi Indonesia.. semuanya berwajah cina. wow... kagum aku, tak jumpa kot situasi tu kat Malaysia.. erm.. sekolah pun boleh pecah ikut kaum..... agak2 boleh jadi satu bangsa Malaysia tak ~ |
|
Gate Mangga Dua Square |
|
dari UTC Mangga Dua, terus ke airport.. hmm.. dah nak sampai, dah nampak menara kawalan udara.. beberapa jam lagi kami akan tinggalkan Jakarta dan bumi Indonesia |
|
sepanjang perjalanan ke airport |
|
dah nak sampai |
|
with my luggage, nak balik bertambah satu beg palstik kotak2 biru tu... dalam tu ole2 untuk myself and my family |
|
masa beratur nak check in & bayar tax Rp 150,000 haa.. tu dah tertera no pesawat yang kitorang nak naik. |
|
@ dalam pesawat.. snap foto Pesawat Garuda. waarghhh... masuk awal tapi berlepasnya lambat. Jenuh tunggu, sejam delay baru berlepas to KL.. |
|
depan seat yang aku duduk.. |
|
on da way to KLIA.. Layan lagu je, malas nak tengok movie.. nak bersentimental je layan blues.. |
|
Alhamdulillah.. safely landed @KLIA lebih kurang jam 7.30 pm..(gambar ihsan, bukan aku yang ambik) |
Alhamdulillah, kami selamat tiba kembali di bumi Malaysia.. masa landing kat KLIA hari pun dah gelap, jam masa tu dalam pukul 7.30 malam kot. Sampai2 masing2 cari tandas. Dah tu, member2 aku tinggalkan aku.. sorang pun tak tunggu, ntah kenapa tiba2 je aku rasa macam aku pergi Bandung sorang2 ni.. haih.. sabar jelah, tahulah dah sampai KLIA.. tapi KLIA tu bukannya kecik, pastu nak balik Melaka nanti pun sama2 jugak.. apa pun tak boleh, menapak la aku sorang2 cari tempat ambik bagasi sambil2 cari diaorang.. handphone pulak takde kredit... dah sampai kat tempat luggage rupanya dan dah siap dengan luggage masing2... erm.. tak pernah sekali pun aku tinggalkan member dalam apa jua keadaan pun kalau pergi mana2 bersama...:( bagus tak kalau asalnya pergi dalam satu kumpulan, time nak ke mana2 masing2 jalan bawak diri masing2 atau pun tinggalkan member yang pergi sama2 tu terkulat2 jalan sorang diri...? ermm.. benarlah kata pepatah, kawan ketawa ramai.. kawan yang nak menangis sama2 susah nak jumpa..
Itu satu hal, kastam pulak satu hal.. ingat dah takde apa2, rupa2nya sibuk tahan orang bagai suruh bayar cukai barang. Bukan main kerek muka makcik kastam yang sorang tu.. tahulah 'tengah bertugas' mesti ke tunjuk muka ketat dan kerek makcik oii.. Malas nak cakap banyak, bercampur dengan penat satu badan dan lain2 rasa, aku bayar je RM50 kat sorang penguatkuasa yang mukanya ada iras2 muka Apex. Nasib baiklah dia ni ok, cakap pun lembut je.. kuranglah sikit rasa tak puas hati. So, kepada sesiapa yang nak pergi Bandung dan Vietnam.. (aku rasa sebab orang Malaysia suka pergi shopping & kena tahan tu diaorang ada tanya pada almost yang baru pulang dari 2 tempat ni) kena bersiap sedia menghadapi situasi ni.. duit pun jangan lupa sediakan sekali, kang ada yang tak pasal2 kena bermalam kat airport sebab takde duit nak bayar cukai. Huhu.. cukai2.. lagi2 cukai.. tak habis2 cukai, lagi2 semenjak dua menjak ni...huh!!
Sesungguhnya, ada pengalaman manis & ada pengajaran yang menguji kekuatan di jiwa. Pengalaman melihat sendiri keindahan tempat orang, gelagat, cara hidup dan merasai keenakan makanan selain menyaksikan sendiri kepayahan hidup orang di depan mata. Aku jadi lebih mengerti tentang bagaimana rasa kebanyakan warga di bumi bernama Indonesia berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sehari2. Bila dengar je lagu Tegar (penyanyi cilik dari Indonesia yang pernah jadi pengamen jalanan) selepas saja pulang dari Bandung.. perasaanku jadi berbeza, diriku seolah2 turut mengalami situasi yang sama & merasai kesusahan dan keperitan hidup mereka. Semoga mereka diberi ketabahan yang tiada tandingannya dan semoga Allah memelihara bumi Indonesia dan seluruh warganya.
Ada rindu di jiwa, ada rasa di dalam dada tatkala kenangan di sana menyapa ruang ingatan sekali sekala. Rindu saat2 berada di sana. Bila direnungkan balik, aku panjatkan kesyukuran di hati dengan segala nikmat yang telah Allah berikan padaku dan bumi Malaysia. Tanahairku yang kaya dari pelbagai sumber alam serta ujian bencana alam yang dahsyat tiada di tanahairku.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah! jaulah yang sungguh bermakna, ada pengalaman dan ibrah yang berguna. Jaulah yang meluaskan pemandangan dan menajamkan mata hati ini. Semoga aku diberi ruang dan peluang serta pengalaman yang lebih baik pada masa2 akan datang. Insyaallah.. dan dengan izinNya, mudah-mudahan akan ada lagi siri2 jaulah yang seterusnya. Allahu musta'an. :-)
Jika ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
jika ada umur yang panjang
boleh kita bersua lagi..
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.
Hanani Kamaruddin.
Tumpat,
Disember 2013,
salam,
ReplyDeleteCipades Apartment ni dkt dgn bandar x?
kalau jln kaki ada tempat dekat2 yang bole pg tak.
harap dpt reply kt nurulkausar@utem.edu.my.
tq
wsalam. Apartment tu agak jauh dengan bandar, dah masuk ke dalam kawasan perumahan. Kena naik kenderaan.
ReplyDeleteThis paragraph is genuinely a nice one it assists new web visitors, who
ReplyDeleteare wishing for blogging.
Also visit my website ... CT limo