Sayonara 2011... Ahlan wasahlan 2012!
Tepat detik 12 tengah malam. Bunyi letupan mercun menyambut kedatangan tahun baru. Selamat datang tahun baru Masihi 2012, meninggalkan 2011 yang tidak akan muncul lagi.. alhamdulillah masih diberikan umur sehingga ke saat ini, masih diberi nafas menghirup udaraMu. Syukur di atas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhitung. Lazimnya, kemunculan tahun baru akan turut disertai azam yang baru dan 'diperbaharui'. Dan seharusnya muhasabah tahun sebelumnya perlu dilakukan. Post-mortem dan renung kembali serta mencari solusi membaiki kelemahan diri. Tahun 2011 banyak meninggalkan suka duka, masam manis dan pahit maung bagi diri ini. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, mungkin 2011 adalah tahun yang paling banyak menduga dan menguji ketabahan hati ini. Semoga 2012 akan menyinar dengan gemilang menyinari zulumat tahun sebelumnya... menghadirkan kegembiraan yang selama ini didambakan. Amin, semoga Allah mempermudahkan.
No comments:
Post a Comment