Saturday, 22 June 2013

Kalau Dah Bukan Jodoh... Takkan Ke Mana...

Dikala jarum jam menunjuk tepat waktu 22:48pm baru sekejap tadi.. tamatlah perkenalan singkat dalam sejarah hidup ni.. hoho.. lebih kurang tiga minggu je kot, hehe.. nak buat macam mana, kalau dah bukan jodoh. Saya tak mahu dikatakan "desperate" atau "tangkap muat"sampai tak mengambil kira ciri-ciri yang agama anjurkan. Susah juga rupanya, mungkin juga disebabkan kematangan diri.. saya menjadi terlalu berhati-hati dan banyak fikir. Sebenarnya banyak perkara yang perlu dikira sebelum termeterainya sesebuah ikatan pernikahan, bukan harta dan paras rupa yang menjadi keutamaan, apa yang paling penting adalah agama dan kesediaannya untuk bertanggungjawab (memberi nafkah dan lain-lain) dalam menjalankan kehidupan rumah dan tangga... :) kalau awal2 lagi dah nampak tanda-tanda tak mahu bertanggungjawab sepenuhnya.. takkan nak bertahan lagi kot! mungkin kalau si dia tak memberi kata putus, saya masih lagi bertahan untuk mengenalinya.. walau pun jujur dalam hati sudah ada semacam satu rasa yang dah tak berapa selesa semenjak dua tiga empat hari yang lepas. Alhamdulillah.. perkenalan sia2, membazirkan masa dan tenaga tidak diteruskan. Saya selalu berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dalam membuat pilihan yang tepat dan terbaik untuk diri ini. Semoga Allah memperkenankannya. Keputusan diterima dengan hati yang terbuka. Okey, no problem.. saya tak suka memaksa untuk meneruskan apa-apa perkenalan dan perhubungan pun.. Well, its over and am sorry if i've done anything's hurt you.. no heart feeling k... peace! ^_^V.


Sebenarnya... dragon ball ada tujuh biji semuanya... :p huhu..perkara ini masih di peringkat perkenalan pun, tak pernah pun saya men'declare' dia sebagai teman istimewa walaupun dalam tempoh seminggu perkenalan dia dah declare kononnya ada hubungan couple antara saya dan dia. Saya pernah mempersoalkan hal tersebut tetapi tidak dipedulikannya. Ada ke pernah terjadi sebelah pihak je declare perhubungan istimewa walaupun tanpa persetujuan sebelah pihak yang lagi satu?? hehe.. entahlah.. prinsip saya "No couple before aqad" hanya berkenalan untuk tujuan pernikahan saja. Tiada istilah main-main, orang lain ada teman lelaki aku pun nak ada juga.. bukan perhubungan sia-sia yang ku minta.. cewahh.. :) Sebab itu pentingnya perkenalan atau taaruf sebelum melangkah ke gerbang pernikahan. Apatah lagi jika perkenalan itu dimulai oleh 'orang tengah' dibimbangi kalau2 ada unsur-unsur penipuan di dalamnya.. nauzubillah minta dijauhkan Allah. Islam pun ada menganjurkan  wasilah untuk seseorang lelaki untuk melihat calon wanita yang ingin dinikahinya terlebih dahulu.. (melihat muka dan tangan) supaya tidak berlaku masalah berbangkit di kemudian hari.. wallahua'lam.


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

"Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersunting seseorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di kalangan manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana agamanya lebih utama". (Fathul Bari, 9/164)

Maksudnya di sini, bukanlah disarankan untuk mencari SEMUA iaitu keempat2 ciri tersebut ada pada diri seorang lelaki/wanita. Biasanya seorang lelaki/wanita bernikah berdasarkan ANTARA ciri2 yang disebutkan di atas, ada orang pilih calon isteri/suami disebabkan harta je, ada yang disebabkan keturunan.. nak cari yang 'kerabat' contohnya.. ada pula yang pilih pasangan berdasarkan rupa, nak yang cantik, lawa, solid, hensem, kacak, bergaya dan sewaktu dengannya... dan yang akhir sekali ada juga yang cari calon yang ada didikan agama untuk dibuat isteri/suami.

Kesimpulannya, antara 4 ciri tersebut.. Islam menyuruh umatnya memilih bakal isteri/suami yang beragama adalah paling utama dan nombor satu berbanding  3 ciri yang lain. Sesiapa yang memilih bakal isteri/suami berdasarkan agama yang ada dalam diri mereka... itu adalah yang sebaik2nya. Beruntunglah senang cakapnya. Bukan sahaja di dunia malah akan beruntung juga di akhirat sana.

Jika dipilih bakal isteri/suami berdasarkan rupa paras yang cantik jelita sahaja tapi agamanya ke laut (tiada), agak2nya untung sampai bila..? sekejap saja sebab kecantikan takkan kekal lama, sampai masa akan tua dan berkedut juga, waktu tu cantiknya dah tak sama dah masa masih muda.. begitulah juga keadaannya dengan sebab harta dan keturunan tu, jika tiada agama, semuanya akan jadi sia2.. Nak cari yang ada keempat2nya?? no hal.. tapi jarang sangat nak jumpa, kalau jumpa.. alhamdulillah, rezeki yang datang bergolek2.. ^^ wallahua'lam.


Nah.. dikongsikan persoalan2 yang biasa dikaitkan dengan tajuk entry kali ini. Persoalan manusia2 yang tak pernah dan cuba mengerti perasaan orang2 seperti saya. Siapa kita untuk mempersoalkan urusan yang hanya Allah saja tahu akan jawapannya, hanya kerana kita tidak diuji sedemikian rupa. Satu je soalan yang saya nak tanya orang2 sebegini.. BILA AWAK NAK MATI? agak2 ada jawapan tak bila.. :) segala2nya adalah ketetapan Allah. Berlaku dan berjalan atas kehendak dan izinNya.. carilah di mana2 atau dengan apa2 cara sekali pun untuk mempertikaikan dan menidakkannya.. kata2 seperti tak berusahalah, terlalu memilihlah, tak nak kahwin dan pikul tanggungjawablah dan sebagainya.. hakikat di penghujungnya pasti akan bertaut kembali di atas jalan ketentuan Allah jua jika kita mengaku sebagai orang yang beriman.. Wallahua'lam.. :)




 Ayat yang paling saya suka.. "jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah"~

Sabarlah wahai jiwa2 yang diuji dengan persoalan bila jodohnya.. :)

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya..
ke mana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI..

Be positive.. KALAU DAH BUKAN JODOH... TAKKAN KE MANA... :)

Sumber : http://fikrahhalaqah.com/memahami-hadis-nikahilah-wanita-kerana-empat-perkara
Gambar : Google

Tuesday, 4 June 2013

Pasir Putih Tepi Pantai

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tika dan saat ini dikala kebosanan sedang melanda, saya mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog yang lama tidak di update, maklumlah takde apa yang menarik nak dikongsikan di sini.. huhu.. tajuk kita pada hari ini ialah... pasir puteh tepi pantai, ombak saling berkejaran...opps! terover sudah.. sebenarnya selepas menggodek-godek cursor mengemas file-file yang ada dalam cik lappy untuk mengurangkan ruang, tiba-tiba.. datang idea nak kongsi koleksi gambar-gambar pantai yang ada di samping memperkenalkan keindahan pantai-pantai yang terdapat di negeriku yang tercinta kepada anda semua. Ni kira tempat yang harus dilawati setiap kali tibanya musim persekolahan. Pergi pantai menikmati angin bayu laut singgah makan bermacam-macam jenis 'colek' makan aiskrim dan sata.. ermmm... sedapnya! kecur air liur dibuatnya, okaylah tanpa membuang masa, mari kita 'bongkar' gambar-gambar tersebut... zasssss...!

Terlupo lak, sebolum tu.. se kono kocikkan dulu saiz gamba ey... huhu...

Ni antara gambar-gambar tepi pantai yang boleh di'on air'kan. Gambar beberapa pantai yang ada di Kelantan. Kalau diikutkan banyak lagi pantai yang ada.. tapi ini antara pantai yang gemar kami kunjungi.. sekitar kawasan Tumpat dan Bachok.

1- Pantai Sri Tujuh
    Lokasi : Tumpat, Kelantan.

Menghadap Laut China Selatan

  Layang-layang
Langit yang membiru
Dilarang membuang sampah merata-rata
Pokok Ru

Model tak berbayar
Model : Abah yang tercinta


2- Pantai Geting
    Lokasi : Tumpat, Kelantan

My family
Merenung lautan yang luas terbentang
My bro n my younger sis
Cik mek-cik mek molek


3- Pantai Irama
    Lokasi : Bachok, Kelantan


Menikmati aiskrim
Langit mendung
myself and adik-adik
cecahkan kaki di buih-buih ombak
Pemandangan sekitar pantai
Seronoknya mandi manda
Mr. Abah menikmati bayu laut
My family walaupun tak cukup korum

Sekian untuk kali ini.. insya-Allah ada cerita yang nak dikisahkan jari-jemariku akan menari lagi.. hoho.. puitisnya... anyeongg! ^_^

Thursday, 9 May 2013

NIKMAT YANG SEMENTARA

APA ITU ISTIDRAJ?

Di dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi manusia muslim, Allah SWT akan menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Secara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala.

Contoh ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat antara lain ialah pangkat, kedudukan, kuasa, kekayaan, kemewahan, sihat tubuh badan, tidak pernah sakit dan banyak lagi. Manakala ujian Allah SWT dalam bentuk bala antara lain ialah tiada pangkat dan kedudukan, tidak memiliki kuasa, kemiskinan, kemelaratan hidup, sakit, kematian ahli keluarga terdekat dan banyak lagi. Kebanyakan manusia muslim dan mukmin mampu mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk bala ini. Malangnya ramai manusia termasuk yang muslim tetapi tidak mukmin gagal mengharungi ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat.

Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT dan tidak sedikit pula yang menjadi riak, sombong, angkuh, takbur dan ada yang mengaku menjadi tuhan dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka. Contoh klasik yang patut di fikirkan tentang jenis manusia yang mendapat nikmat tetapi lupa kepada Allah SWT ialah Firaun, Qarun, Namrud dan banyak lagi. Mereka ini semuanya ditimpa dengan bala bencana dan kemudiannya dimusnahkan oleh Allah SWT. Tidakkah terfikir oleh kita kenapa sesudah diberikan dengan pelbagai nikmat, Allah SWT musnahkan pula mereka dan segala nikmat yang telah mereka perolehi.



Perkara inilah yang dinamakan istidraj. Pemberian nikmat oleh Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Kenapa pula terjadi beri tetapi tidak redha. Inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Agak malang bagi manusia yang melakukan dosa dan maksiat ini kerana terkeliru dengan pemikirannya yang merasakan bahawa nikmat yang melimpah ruah itu tadi sebagai tanda Allah SWT bersama dan meredhai perbuatannya. Mereka dilalaikan oleh syaitan dengan nikmat itu tadi sehingga tidak terfikir bahawa nikmat yang banyak inilah yang bakal memusnahkan hidup mereka.

Sebenarnya manusia yang telah diistidraj adalah jenis manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat dosa dan maksiat masih merasakan Allah SWT amat menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang kuat beramal soleh. “Dia tu siang malam ke masjid tetapi basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadatnya tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong”. Sebenarnya nikmat yang banyak Allah SWT berikan kepadanya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah SWT menghendaki untuk membinasakan semut, maka Allah SWT terbangkan semut itu dengan dua sayapnya” Sebagai contoh perbandingan daripada hadis ini ialah bangaimana Allah SWT memusnahkan anai-anai. Anai-anai, jika tidak bersayap akan duduk diam di dalam busut, atau merayap di dalam kayu, atau di bawah batu dan di celah-celah timbunan daun kering. Bila Allah SWT berikan sayap anai-anai berubah menjadi kelkatu. Timbul sifat sombongnya bila mendapt sayap (nikmat) lalu cuba melawan api atau cahaya. Maka anai-anai tadi akan binasa dan mati. Begitu juga dengan manusia, bila dapat nikmat (kekayaan, kemewahan, pangkat, kedudukan, kuasa dan sebagainya) akan cuba melawan Allah SWT dengan cara tidak beriman dan tidak bersyukur kepadaNya. Maka manusia itu tadi dibinasakan oleh Allah SWT dengan pebagai cara dan mati.

Sebagai buktinya ialah Firaun. Tidak ada orang yang memiliki kuasa dan kedudukan yang hebat dan luar biasa melainkan Firaun. Nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya tidak terkira. Kuasanya tiada tandingan, semua orang tuduk dan patuh kepada kehendaknya, kekayaannya melimpah ruah, tidak pernah sakit, bersin pun tak pernah kerana Allah SWT berikan nikmat sihat yang luar biasa kepadanya. Allah SWT berikan semua ini kerana Allah SWT telah menistidrajkan Firaun. Firaun menjadi angkuh, sombong, bongkak dan takbur sehingga peringkat mengaku dirinya tuhan. Dalam hidupnya dia tidak pernah bersyukur. Dia melawan Allah SWT tanpa henti. Akhirnya dengan nikmat itulah Allah SWT binasakannya.

Firaun sudah binasa. Hanya tinggal sebagai bahan sejarah untuk renungan umat yang terkemudian iaitu kita di hari ini. Walaupun Firaun sudah tiada, orang yang memiliki sifat dan perangai sepertinya masih ramai di bumi Allah ini. Orang seperti ini juga pasti binasa kerana telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja. Contoh klasik daripada kejadian kemusnahan yang menimpa Firaun ini patut dijadikan sebagai iktibar dan teladan oleh mereka yang memiliki sifat dan perangai sepertinya.

Namrud yang kuat menyembah patung dan sangat berkuasa cuba untuk membakar Nabi Ibrahim AS. Oleh kerana terlalu berkuasanya Namrud menjadikan dia begitu marah dengan sesiapa sahaja yang menentang kekuasaannya. Kekuasan yang tiada tolok banding yang Allah SWT berikan kepada Namrud juga satu bentuk istidraj. Dia begitu sombong dan melawan Allah SWT yang telah menciptakannya. Akhirnya Allah SWT binasakan dengan menghantar tenteranya dalam bentuk nyamuk sahaja. Namrud dan pengikutnya dibinasakan. Salah seekor nyamuk memasuki lubang hidungnya dan Namrud pun binasa. Amat mudah bagi Allah SWT memusnahkan sesiapa yang dikehendakiNya. 

Tidak ada manusia di muka bumi Allah SWT ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dipikul oleh 40 ekor unta. Bayangkanlah!. Itu baru anak kunci gudang hartanya. Hartanya bagaimana?. Hanya Allah SWT yang tahu betapa kayanya manusian bernama Qarun ini. Ini pun istidraj juga namanya. Qarun sangat kaya tetapi sangat kuat melawan Allah SWT. Dia tidak pernah sujud dan bersyukur kepada Allah SWT. Akhirnya Allah SWT binasakannya dengan ditengelamkan bersama-sama hartanya. 

Jika kita fikir secara halus dan terperinci, maka terjawablah segala keraguan yang menggangu fikiran kita. Mengapa orang kafir sangat berkuasa dan kaya, orang yang berbuat dosa dan maksiat sangat berkuasa dan kaya, Amerika dan Israel sangat hebat, berkuasa dan kaya. Jawapannya mereka telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Segala bentuk nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka tidak dengan keredhaanNya dan bertujuan untuk menghancurkannya. Hanya masa dan ketika sahaja untuk melihat mereka ditimpa kemusnahan seperti umat yang terdahulu. Yakin dan percayalah bahawa Allah SWT itu lebih mengetahui segala sebab musabab sesuatu itu dijadikanNya. 

Sebagai kesimpulannya, apabila kita benar-benar memahami maksud istidraj sudah pasti tidak berlaku salah persepksi terhadap istilah istidraj ini. Tidak semestinya orang yang berpangkat, berkuasa, memiliki kekayaan, kemewahan, sihat dan tidak pernah sakit kita katakkan orang ini telah diistidrajkan oleh Allah SWT. Dengan pelbagai nikmat yang mereka perolehi kemudian mengabdikan diri kepada Allah dengan cara bersyukur dan melakukan suruhan serta meninggalkan laranganNya maka orang ini tidaklah diistidrajkan. Inilah sebaik-baik cara apabila kita memperolehi apa sahaja nikmat daripada Allah SWT. Sepatutnya semakin banyak nikmat yang diperolehi semakin rapat dan dekat jiwa kita terhadap Allah SWT. Semakin banyak nikmat yang diperolehi sepatutnya semakin kuat bersyukur dan mencari keredhaanNya serta mengabdikan diri kepadaNya. Orang yang mendapat nikmat dan berbuat seperti ini pasti akan selamat di dunia dan di akhirat.

Untuk peringatan bersama.

Sumber :guabama.wordpress.com

gambar : google

Friday, 22 March 2013

CITRA LANGKAWI NOVEMBER 2010

Cerita ke pulau Langkawi tahun 2010 yang lepas bersama beberapa orang sahabat yang kursus Skim Latihan Graduan (SLG) kat Kolej Mentari, Petaling Jaya batch 2006, dah lama dah.. hehe.. nak imbas kronologi ke sana waktu tu pun dah tak berapa nak rajin.. so, upload gambar kenangan masa tu je lah.. huhu..
.
Pekan Kuala Perlis: Mengambil feri ke Langkawi masa kat terminal bas, jumpa Tauke Bas Sani Express
Rumah Ku Halim, Padang Mat Sirat (Masa kat sini sempat ambik gambar segera depan rumah ni, bayaran utk sekeping gambar, RM10

Beras Terbakar
Makam Mahsuri
Pemandangan dari atas jambatan gantung di puncak Gunung Mat Chinchang
@ Makam Mahsuri
Mahsuri di bunuh gara-gara fitnah
Matahari hampir terbenam di Pantai Chenang
Cable Car @ Gunung Mat Chinchang, penulis ni pulak penakut betul.. seram je masa duk dalam cable car tu, ya Allah.. tinggi sungguh... boleh nampak telaga tujuh kat bawah, sempat jeling sipi2 je.. penakut yang amat tapi buat2 berani.. hoho..

Senja di Pantai Chenang
Pemandangan dari atas Gunung Mat Chinchang, boleh nampak pulau2 kecil di sekitar..
Pemandangan dari atas gunung
Jambatan Gantung Gunung Mat Chinchang
Di Pantai Chenang

Jeti Kuah, sempat posing sebelum nak balik
Dataran Lang, Kuah.
Langkawi Geopark, nak naik cable car kena datang sini.
Pantai Chenang, menginap Chalet tempat penggambaran drama Na o mei, LANGKAPURI INN.


@Kampung Kedah


Sunday, 17 March 2013

i-City

Dah lama sebenarnya teragak nak ke i-city,  semalam ianya jadi kenyataan jgk walaupun asalnya plan sambil2 nak ke Karnival Kraf Negeri kelantan (ke apa nama betulnya) di Shah Alam. Tup tup.. karnival tak sampai-sampai, i-city je yang sempat sampai. Gerak dari rumah jam 5 pm sampai i-city jam 9.30 pm lebih... huhu.. jauh tu perjalanan dah macam dari Melaka nak ke Kuantan pulak Sesat barat dari highway PLUS pun dah tersilap masuk susur Bangi pastu meraban ntah ke mana2, dalam Bandar Kajang berpusing-pusing cari jalan nak ke Shah Alam. Rupanya kalau dari susur Bangi kena cari Dengkil la baru nampak jalan ke Shah Alam.. apedahhh... tol sah-sahlah banyak kali kena bayar saja2.. dah silap masuk maka banyak kali tersilap bayar tol lah... banyak betul jumpa tol semalam.. lebih dari 10 rasanya.. hoho... kaya betul Malaysiaku yang tercinta ni dengan "tol gate" nya.. apa pun tak boleh. -_-'

Okay, sampai Shah Alam terus cari tempat nak isi perut yang kosong. Alamaks, adik aku ni banyak2 tempat makan.. restoran mamak jugak yang jadi pilihan... huhu... Restoran Al-Rafi ke nama restoran tu.. area Stadium Shah Alam. Order makan la jugak, sirloin steak and teh tarik. Masa keluar dari tempat tu pun dah almost 9 pm. Terus gerak cari i-city, tapi bayang signboard nak ke sana satu pun belum jumpa, ish2.. apasallah, nilah jadinya cari tempat tanpa satu panduan pun, pusing-pusing tak jumpa jugak... adik aku pun satu, suruh google kat internet direction i-city tak nak.. degil tak habis2 alasan tengah drive la.. masa makan tadi tak nak tengok, harap handphone ada internet tapi tak  nak guna. Kakaknya memanglah handphone guna internet wifi rumah je... takdenya nak bazir kredit bayar bil internet kat handphone... hehe...

Fed up pusing2 tak tahu arah ni aku mintak iphone dia search kat internet.. google sekejap je dah nampak arah yang hendak di tuju.. tulah... cakap orang tak nak dengar ye... zaman sekarang bukan macam dulu, segala maklumat ada di hujung jari je.. cewahh.. ibarat dari yang gelap gelita takde cahaya sekarang dah nampak dah cahaya menerangi.. sekejap je, dah nampak papan tanda ke i-city.. dari highway Bukit Raja dah nampak susur kiri ke i-city, lampu2 i-city pun dah nampak dah di kejauhan... sebagai panduan kepada sesiapa yang belum pernah ke sana, dan tak tahu langsung jalan ke sana, anda perlu cari jalan ke UiTM je.. sebab i-city dah tak jauh dah dari situ rupanya... huhu... at least, UiTM boleh dijadikan sebagai panduan.

Alhamdulillah akhirnya, sampai la kami ke destinasi tujuan. Takde tiket masuk kalau setakat nak tengok lampu2 dan ambik gambar kat situ melainkan nak main kenderaan yang ada naik gondola ke, kenalah ambik tiket.. cuma parking kena bayar RM10, lebih kurang lump sum sekali dengan tiket masuk lah tu.. Kat i-city selain nak tengok lampu yang pelbagai warna dan bentuk, ada juga Water World dan Snow Walk. Tiket masuk ke kedua2 tempat tu of course la kena bayar ye..

Rupanya, i-city satu tempat yang dalam kawasannya ada bangunan-bangunan perniagaan, MSC, hotel and restoran dan lain2. Kalau pertama kali masuk memang keliru sikit... kena tengok dan cari betul2.. ada map kawasan, tapi tak berapa nak faham.. memang menghairankan kalau tengok tempat tu tak seperti yang anda google di internet.. kena cari rupanya.. huhu... berpeluh2 jugak semalam jalan2 ke tempat2 dalam kawasan i-city tu.. huhu... Okaylah, dah malas nak menaip.. habis pusing.. (tak habis pun sebenarnya)  dalam jam 1130 pm keluar dari i-city, sampai rumah ngam2 kul 2 am, alhamdulillah.. kami selamat sampai rumah walaupun nak balik tu pun tersesat sampai midvalley bagai jugak last-last keluar ikut tol Kajang. Okaylah, ni antara gambar yang sempat diambik semalam..