Cerita ke pulau Langkawi tahun 2010 yang lepas bersama beberapa orang sahabat yang kursus Skim Latihan Graduan (SLG) kat Kolej Mentari, Petaling Jaya batch 2006, dah lama dah.. hehe.. nak imbas kronologi ke sana waktu tu pun dah tak berapa nak rajin.. so, upload gambar kenangan masa tu je lah.. huhu..
.
Pekan Kuala Perlis: Mengambil feri ke Langkawi masa kat terminal bas, jumpa Tauke Bas Sani Express
Rumah Ku Halim, Padang Mat Sirat (Masa kat sini sempat ambik gambar segera depan rumah ni, bayaran utk sekeping gambar, RM10
Beras Terbakar
Makam Mahsuri
Pemandangan dari atas jambatan gantung di puncak Gunung Mat Chinchang
@ Makam Mahsuri
Mahsuri di bunuh gara-gara fitnah
Matahari hampir terbenam di Pantai Chenang
Cable Car @ Gunung Mat Chinchang, penulis ni pulak penakut betul.. seram je masa duk dalam cable car tu, ya Allah.. tinggi sungguh... boleh nampak telaga tujuh kat bawah, sempat jeling sipi2 je.. penakut yang amat tapi buat2 berani.. hoho..
Senja di Pantai Chenang
Pemandangan dari atas Gunung Mat Chinchang, boleh nampak pulau2 kecil di sekitar..
Pemandangan dari atas gunung
Jambatan Gantung Gunung Mat Chinchang
Di Pantai Chenang
Jeti Kuah, sempat posing sebelum nak balik
Dataran Lang, Kuah.
Langkawi Geopark, nak naik cable car kena datang sini.
Pantai Chenang, menginap Chalet tempat penggambaran drama Na o mei, LANGKAPURI INN.
Dah lama sebenarnya teragak nak ke i-city, semalam ianya jadi kenyataan jgk walaupun asalnya plan sambil2 nak ke Karnival Kraf Negeri kelantan (ke apa nama betulnya) di Shah Alam. Tup tup.. karnival tak sampai-sampai, i-city je yang sempat sampai. Gerak dari rumah jam 5 pm sampai i-city jam 9.30 pm lebih... huhu.. jauh tu perjalanan dah macam dari Melaka nak ke Kuantan pulak Sesat barat dari highway PLUS pun dah tersilap masuk susur Bangi pastu meraban ntah ke mana2, dalam Bandar Kajang berpusing-pusing cari jalan nak ke Shah Alam. Rupanya kalau dari susur Bangi kena cari Dengkil la baru nampak jalan ke Shah Alam.. apedahhh... tol sah-sahlah banyak kali kena bayar saja2.. dah silap masuk maka banyak kali tersilap bayar tol lah... banyak betul jumpa tol semalam.. lebih dari 10 rasanya.. hoho... kaya betul Malaysiaku yang tercinta ni dengan "tol gate" nya.. apa pun tak boleh. -_-'
Okay, sampai Shah Alam terus cari tempat nak isi perut yang kosong. Alamaks, adik aku ni banyak2 tempat makan.. restoran mamak jugak yang jadi pilihan... huhu... Restoran Al-Rafi ke nama restoran tu.. area Stadium Shah Alam. Order makan la jugak, sirloin steak and teh tarik. Masa keluar dari tempat tu pun dah almost 9 pm. Terus gerak cari i-city, tapi bayang signboard nak ke sana satu pun belum jumpa, ish2.. apasallah, nilah jadinya cari tempat tanpa satu panduan pun, pusing-pusing tak jumpa jugak... adik aku pun satu, suruh google kat internet direction i-city tak nak.. degil tak habis2 alasan tengah drive la.. masa makan tadi tak nak tengok, harap handphone ada internet tapi tak nak guna. Kakaknya memanglah handphone guna internet wifi rumah je... takdenya nak bazir kredit bayar bil internet kat handphone... hehe...
Fed up pusing2 tak tahu arah ni aku mintak iphone dia search kat internet.. google sekejap je dah nampak arah yang hendak di tuju.. tulah... cakap orang tak nak dengar ye... zaman sekarang bukan macam dulu, segala maklumat ada di hujung jari je.. cewahh.. ibarat dari yang gelap gelita takde cahaya sekarang dah nampak dah cahaya menerangi.. sekejap je, dah nampak papan tanda ke i-city.. dari highway Bukit Raja dah nampak susur kiri ke i-city, lampu2 i-city pun dah nampak dah di kejauhan... sebagai panduan kepada sesiapa yang belum pernah ke sana, dan tak tahu langsung jalan ke sana, anda perlu cari jalan ke UiTM je.. sebab i-city dah tak jauh dah dari situ rupanya... huhu... at least, UiTM boleh dijadikan sebagai panduan.
Alhamdulillah akhirnya, sampai la kami ke destinasi tujuan. Takde tiket masuk kalau setakat nak tengok lampu2 dan ambik gambar kat situ melainkan nak main kenderaan yang ada naik gondola ke, kenalah ambik tiket.. cuma parking kena bayar RM10, lebih kurang lump sum sekali dengan tiket masuk lah tu.. Kat i-city selain nak tengok lampu yang pelbagai warna dan bentuk, ada juga Water World dan Snow Walk. Tiket masuk ke kedua2 tempat tu of course la kena bayar ye..
Rupanya, i-city satu tempat yang dalam kawasannya ada bangunan-bangunan perniagaan, MSC, hotel and restoran dan lain2. Kalau pertama kali masuk memang keliru sikit... kena tengok dan cari betul2.. ada map kawasan, tapi tak berapa nak faham.. memang menghairankan kalau tengok tempat tu tak seperti yang anda google di internet.. kena cari rupanya.. huhu... berpeluh2 jugak semalam jalan2 ke tempat2 dalam kawasan i-city tu.. huhu... Okaylah, dah malas nak menaip.. habis pusing.. (tak habis pun sebenarnya) dalam jam 1130 pm keluar dari i-city, sampai rumah ngam2 kul 2 am, alhamdulillah.. kami selamat sampai rumah walaupun nak balik tu pun tersesat sampai midvalley bagai jugak last-last keluar ikut tol Kajang. Okaylah, ni antara gambar yang sempat diambik semalam..
Hmm.. tiba-tiba terfikir nak post pasal Novel karya Melur Jelita ni.. musim cuti ni pun dah dengan jayanya khatam untuk kali yang kedua novel setebal 1056 muka surat ni. Alahai.. kalau la kitab-kitab ilmu boleh khatam macam ni, alangkah bahagianya hidup! ok, ni muka depan novelnya. Judulnya Awak Suka Saya Tak? atau singkatannya ASST.
Tengah sambil-sambil menaip ni pun sedang ditemani lagu Tonya Mitchell ni. hahaha.. jiwang habis!
Watak :
1-Himan @ Damien Yong Teik Wah :
Seorang pemuda kaya dan tampan kacukan Korea-Amerika-Cina yang telah memeluk agama Islam pada usia 21 tahun dan seorang muslim yang taat.
2- Puteri Intan Zulaikha :
Seorang jelitawan dari keluarga kaya dan berada. Sedikit outspoken, pernah dipermainkan perasaan oleh lelaki yang diminatinya sewaktu menuntut di universiti.
Sinopsis:
Kisah percintaan antara dua insan yang berlainan bangsa tetapi berakidah
yang sama. Ia bermula dari cinta pandang pertama Hilman Yong semenjak remaja berlarutan sehinggalah dia dewasa dan berjaya. Pertemuan selepas lapan tahun kemudian membuahkan perasaan cinta Puteri Intan Zulaikha untuknya. Ada 3 kali pertemuan antara Hilman Yong dan Puteri Intan Zulaikha dalam novel ni :
Pertemuan Pertama :
Pertemuan pertama Hilman Yong dengan Puteri Intan Zulaikha ketika Hilman Yong berusia 21 tahun dan Puteri Intan Zulaikha berusia 17 tahun di sebuah restoran makanan segera. Cinta pandang pertama Hilman Yong tetapi Puteri Intan Zulaikha tidak menyedarinya. Kiranya Hilman Yong ni adalah secret admirer Puteri Intan Zulaikha, dan mereka berjumpa buat kali yang kedua selepas 8 tahun kemudian.
Pertemuan Kedua :
Dalam tempoh 8 tahun itu rupa-rupanya Hilman Yong masih menyimpan perasaan terhadap Puteri Intan Zulaikha. Pertemuan yang tidak disangka-sangka disebuah kedai emas telah membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka. Pertemuan kedua yang membawa kepada pertemuan-pertemuan seterusnya, bak kata orang tua-tua.. kalau dah jodoh takkan ke mana, ikan di laut asam di darat pun.. dalam kuali pasti akan bertemu jua. Walaubagaimana pun, mereka kembali terpisah disebabkan salah sangka Puteri Intan Zulaikha mengenai status Hilman Yong yang disangkakannya telah pun berumahtangga.
Pertemuan Ketiga :
Pertemuan yang hampir-hampir membawa mereka ke jinjang pelamin setelah berpisah selama 2 tahun. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Hilman Yong mengalami hilang ingatan sementara dan kembali dengan identiti lama sebelum Islamnya. Selama tempoh pertemuan-pertemuan itu, konflik tidak pernah sunyi dalam kisah percintaan mereka. Perselisihan sering terjadi akibat ego yang ada dalam diri masing-masing. Asyik selisih faham je.. kemudian baik semula.. dan begitulah seterusnya sehinggalah mereka akhirnya selamat diijabkabulkan. Setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya bahagia itu milik mereka jua.
Ok, ni pula pendapat saya mengenai kisah percintaan antara Hilman a.k.a Damien Yong terhadap Puteri Intan Zulaikha. Menarik dan ada 'feel'. Sangat kagum dengan penulis yang 'rajin' membuat kajian dan mungkin sangat berpengalaman dalam cara pengendalian kuda dan bidang equestrian. Saya bagi bintang-bintang yang bertaburan di atas langitlah sebagai penilaian untuk novel ni. (siapa yang tak suka novel cinta kan!) jalan ceritanya yang sangat menarik untuk dilakonkan. Penulisnya sangat pandai berimaginasi dan berilusi. Walaupun tulisan beliau masih ada unsur tipikal seperti novel percintaan yang lain, karya beliau tetap berbeza kerana berunsurkan kehidupan bersyariat sebagai seorang muslim yang mesti dipatuhi dan dibajai sepanjang masa.
Part dalam novel ni yang tak berapa best adalah part konflik. Terlalu banyak konflik.. konflik yang berpunca akibat cemburu buta. Belum campur dengan godaan-godaan yang datang dari orang ketiga. Sikit-sikit cemburu, sikit-sikit silap faham.. sikit-sikit ego, hahaha... aduhhh.. kuat betul cemburunya Hilman Yong ni, dan watak Puteri Intan Zulaikha pun sama.. ada sedikit keras kepala.. masing-masing ingin mempertahankan ego sendiri. Namun, konflik inilah yang hakikatnya menguji kasih sayang dan kesetiaan antara mereka.
Ok, moral of the story : Jangan cemburu buta terhadap pasangan. Perasaan cemburu yang terlampau sebenarnya, sangat tidak baik untuk perhubungan. Kedua, percayalah pada pasangan kita, walaupun tidak seratus peratus. Sekurang-kurangnya dengan mempercayai dapat mengelakkan salah sangka yang tanpa usul periksa. Berlapang dada, ini tidak.. nampak sangat peratusan kepercayaan kita amat kurang pada pasangan, ya.. sedikit rasa tidak percaya dan cemburu mesti ada, tapi ianya kenalah berpada-pada.. barulah hidup aman dan bahagia. :)
Kenapa dengan pelakon Korea?
Erm.. tak ada kaitan pun sebenarnya, cuma saya suka menggambarkan karektor manusia dalam novel yang saya baca dan saya lebih suka Daniel Henney sebagai Hilman Yong!
Dennis Oh is better, but Daniel Henney is much-much better, haha.. walaupun penulis ada menyebut aktor Dennis Oh untuk gambaran watak Hilman Yong, tapi saya tetap pilih Daniel Henney! karektor yang ada pada Daniel Henney lebih sesuai untuk perwatakan Hilman Yong (tengok lakonan beliau dalam filem Korea; Seducing Mr. Perfect) boleh cair jadinya, memang dia ni seorang "mr. perfect" yang awesome, elegant dan punyai karisma tersendiri.
Dennis Oh pun ok sebenarnya, segak tampan dan cukup bergaya.. tapi karektor beliau saya rasa tidak cukup kuat untuk watak Hilman Yong seperti yang ada dalam novel, ada sedikit longgar.. Cewahh... pandai-pandai pulak!(macam mana nak digambarkan ye.). erm.. sila lihat sendiri lakonan-lakonan beliau. Muka diaorang pun dah ada iras-iras.. dua-dua kacukan Korea-Amerika, dan kedua-duanya tampan, tinggi dan tegap. Apapun, terpulang pada diri masing-masing untuk menilai, cuma saya tetap pilih DANIEL HENNEY! hehe.. just in my humble opinion.. peace! (^_^)v
Daniel Henney
Dennis Oh
Ermm.. terfikir sejenak, alangkah baiknya jika saya mempunyai imaginasi yang kuat seperti penulis-penulis novel ni ye.. malangnya, imaginasi tak sekuat mana.. apa boleh buat... cita-cita nak tulis novel tinggal angan-angan saja la. Sejak zaman persekolahan lagi kalau buat karangan tu mesti pilih tajuk-tajuk yang fakta je, huhu.. oklah, itu cerita lama. Sampai sini saja ulasan saya pasal novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita ni. Silakanlah berkunjung ke mana-mana kedai buku yang berhampiran untuk menikmati buah tangan hasil karya sulung Melur Jelita ini, seperti mana saya, anda pasti akan turut merasai kebahagiaannya! sekian.
Gambar Sumber : Google
Lagu yang nyanyian Puteri Intan Zulaikha untuk Hilman Yong - Yin Yuan~Zhan You