Friday, 22 March 2013

CITRA LANGKAWI NOVEMBER 2010

Cerita ke pulau Langkawi tahun 2010 yang lepas bersama beberapa orang sahabat yang kursus Skim Latihan Graduan (SLG) kat Kolej Mentari, Petaling Jaya batch 2006, dah lama dah.. hehe.. nak imbas kronologi ke sana waktu tu pun dah tak berapa nak rajin.. so, upload gambar kenangan masa tu je lah.. huhu..
.
Pekan Kuala Perlis: Mengambil feri ke Langkawi masa kat terminal bas, jumpa Tauke Bas Sani Express
Rumah Ku Halim, Padang Mat Sirat (Masa kat sini sempat ambik gambar segera depan rumah ni, bayaran utk sekeping gambar, RM10

Beras Terbakar
Makam Mahsuri
Pemandangan dari atas jambatan gantung di puncak Gunung Mat Chinchang
@ Makam Mahsuri
Mahsuri di bunuh gara-gara fitnah
Matahari hampir terbenam di Pantai Chenang
Cable Car @ Gunung Mat Chinchang, penulis ni pulak penakut betul.. seram je masa duk dalam cable car tu, ya Allah.. tinggi sungguh... boleh nampak telaga tujuh kat bawah, sempat jeling sipi2 je.. penakut yang amat tapi buat2 berani.. hoho..

Senja di Pantai Chenang
Pemandangan dari atas Gunung Mat Chinchang, boleh nampak pulau2 kecil di sekitar..
Pemandangan dari atas gunung
Jambatan Gantung Gunung Mat Chinchang
Di Pantai Chenang

Jeti Kuah, sempat posing sebelum nak balik
Dataran Lang, Kuah.
Langkawi Geopark, nak naik cable car kena datang sini.
Pantai Chenang, menginap Chalet tempat penggambaran drama Na o mei, LANGKAPURI INN.


@Kampung Kedah


Sunday, 17 March 2013

i-City

Dah lama sebenarnya teragak nak ke i-city,  semalam ianya jadi kenyataan jgk walaupun asalnya plan sambil2 nak ke Karnival Kraf Negeri kelantan (ke apa nama betulnya) di Shah Alam. Tup tup.. karnival tak sampai-sampai, i-city je yang sempat sampai. Gerak dari rumah jam 5 pm sampai i-city jam 9.30 pm lebih... huhu.. jauh tu perjalanan dah macam dari Melaka nak ke Kuantan pulak Sesat barat dari highway PLUS pun dah tersilap masuk susur Bangi pastu meraban ntah ke mana2, dalam Bandar Kajang berpusing-pusing cari jalan nak ke Shah Alam. Rupanya kalau dari susur Bangi kena cari Dengkil la baru nampak jalan ke Shah Alam.. apedahhh... tol sah-sahlah banyak kali kena bayar saja2.. dah silap masuk maka banyak kali tersilap bayar tol lah... banyak betul jumpa tol semalam.. lebih dari 10 rasanya.. hoho... kaya betul Malaysiaku yang tercinta ni dengan "tol gate" nya.. apa pun tak boleh. -_-'

Okay, sampai Shah Alam terus cari tempat nak isi perut yang kosong. Alamaks, adik aku ni banyak2 tempat makan.. restoran mamak jugak yang jadi pilihan... huhu... Restoran Al-Rafi ke nama restoran tu.. area Stadium Shah Alam. Order makan la jugak, sirloin steak and teh tarik. Masa keluar dari tempat tu pun dah almost 9 pm. Terus gerak cari i-city, tapi bayang signboard nak ke sana satu pun belum jumpa, ish2.. apasallah, nilah jadinya cari tempat tanpa satu panduan pun, pusing-pusing tak jumpa jugak... adik aku pun satu, suruh google kat internet direction i-city tak nak.. degil tak habis2 alasan tengah drive la.. masa makan tadi tak nak tengok, harap handphone ada internet tapi tak  nak guna. Kakaknya memanglah handphone guna internet wifi rumah je... takdenya nak bazir kredit bayar bil internet kat handphone... hehe...

Fed up pusing2 tak tahu arah ni aku mintak iphone dia search kat internet.. google sekejap je dah nampak arah yang hendak di tuju.. tulah... cakap orang tak nak dengar ye... zaman sekarang bukan macam dulu, segala maklumat ada di hujung jari je.. cewahh.. ibarat dari yang gelap gelita takde cahaya sekarang dah nampak dah cahaya menerangi.. sekejap je, dah nampak papan tanda ke i-city.. dari highway Bukit Raja dah nampak susur kiri ke i-city, lampu2 i-city pun dah nampak dah di kejauhan... sebagai panduan kepada sesiapa yang belum pernah ke sana, dan tak tahu langsung jalan ke sana, anda perlu cari jalan ke UiTM je.. sebab i-city dah tak jauh dah dari situ rupanya... huhu... at least, UiTM boleh dijadikan sebagai panduan.

Alhamdulillah akhirnya, sampai la kami ke destinasi tujuan. Takde tiket masuk kalau setakat nak tengok lampu2 dan ambik gambar kat situ melainkan nak main kenderaan yang ada naik gondola ke, kenalah ambik tiket.. cuma parking kena bayar RM10, lebih kurang lump sum sekali dengan tiket masuk lah tu.. Kat i-city selain nak tengok lampu yang pelbagai warna dan bentuk, ada juga Water World dan Snow Walk. Tiket masuk ke kedua2 tempat tu of course la kena bayar ye..

Rupanya, i-city satu tempat yang dalam kawasannya ada bangunan-bangunan perniagaan, MSC, hotel and restoran dan lain2. Kalau pertama kali masuk memang keliru sikit... kena tengok dan cari betul2.. ada map kawasan, tapi tak berapa nak faham.. memang menghairankan kalau tengok tempat tu tak seperti yang anda google di internet.. kena cari rupanya.. huhu... berpeluh2 jugak semalam jalan2 ke tempat2 dalam kawasan i-city tu.. huhu... Okaylah, dah malas nak menaip.. habis pusing.. (tak habis pun sebenarnya)  dalam jam 1130 pm keluar dari i-city, sampai rumah ngam2 kul 2 am, alhamdulillah.. kami selamat sampai rumah walaupun nak balik tu pun tersesat sampai midvalley bagai jugak last-last keluar ikut tol Kajang. Okaylah, ni antara gambar yang sempat diambik semalam..







































Sunday, 16 December 2012

Saturday, 15 December 2012

Hilman Yong : Awak suka saya tak?

Hmm.. tiba-tiba terfikir nak post pasal Novel karya Melur Jelita ni.. musim cuti ni pun dah dengan jayanya khatam untuk kali yang kedua novel setebal 1056 muka surat ni. Alahai.. kalau la kitab-kitab ilmu boleh khatam macam ni, alangkah bahagianya hidup! ok, ni muka depan novelnya. Judulnya Awak Suka Saya Tak? atau singkatannya ASST.



Tengah sambil-sambil menaip ni pun sedang ditemani lagu Tonya Mitchell ni. hahaha.. jiwang habis!



 Watak :
1-Himan @ Damien Yong Teik Wah :
Seorang pemuda kaya dan tampan kacukan Korea-Amerika-Cina yang telah memeluk agama Islam pada usia 21 tahun dan seorang muslim yang taat.

2- Puteri Intan Zulaikha :
Seorang jelitawan dari keluarga kaya dan berada. Sedikit outspoken, pernah dipermainkan perasaan oleh lelaki yang diminatinya sewaktu menuntut di universiti.

Sinopsis:
Kisah percintaan antara dua insan yang berlainan bangsa tetapi berakidah yang sama. Ia bermula dari cinta pandang pertama Hilman Yong semenjak remaja berlarutan sehinggalah dia dewasa dan berjaya. Pertemuan selepas lapan tahun kemudian membuahkan perasaan cinta Puteri Intan Zulaikha untuknya. Ada 3 kali  pertemuan antara Hilman Yong dan Puteri Intan Zulaikha dalam novel ni :

Pertemuan Pertama :
Pertemuan  pertama Hilman Yong dengan Puteri Intan Zulaikha ketika Hilman Yong berusia 21 tahun dan Puteri Intan Zulaikha berusia 17 tahun di sebuah restoran makanan segera. Cinta pandang pertama Hilman Yong tetapi Puteri Intan Zulaikha tidak menyedarinya. Kiranya Hilman Yong ni adalah secret admirer Puteri Intan Zulaikha, dan mereka berjumpa buat kali yang kedua selepas 8 tahun kemudian.

Pertemuan Kedua :
Dalam tempoh 8 tahun itu rupa-rupanya Hilman Yong masih menyimpan perasaan terhadap Puteri Intan Zulaikha. Pertemuan yang tidak disangka-sangka disebuah kedai emas telah membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka. Pertemuan kedua yang membawa kepada pertemuan-pertemuan seterusnya, bak kata orang tua-tua.. kalau dah jodoh takkan ke mana, ikan di laut asam di darat pun.. dalam kuali pasti akan bertemu jua. Walaubagaimana pun, mereka kembali terpisah disebabkan salah sangka Puteri Intan Zulaikha mengenai status Hilman Yong yang disangkakannya telah pun berumahtangga.

Pertemuan Ketiga :
Pertemuan yang hampir-hampir membawa mereka ke jinjang pelamin setelah berpisah selama 2 tahun. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Hilman Yong mengalami hilang ingatan sementara dan kembali dengan identiti lama sebelum Islamnya. Selama tempoh pertemuan-pertemuan itu, konflik tidak pernah sunyi dalam kisah percintaan mereka. Perselisihan sering terjadi akibat ego yang ada dalam diri masing-masing. Asyik selisih faham je.. kemudian baik semula.. dan begitulah seterusnya sehinggalah mereka akhirnya selamat diijabkabulkan. Setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya bahagia itu milik mereka jua.

Ok, ni pula pendapat saya mengenai kisah percintaan antara Hilman a.k.a Damien Yong terhadap Puteri Intan Zulaikha. Menarik dan ada 'feel'. Sangat kagum dengan penulis yang 'rajin' membuat kajian dan mungkin sangat berpengalaman dalam cara pengendalian kuda dan bidang equestrian. Saya bagi bintang-bintang yang bertaburan di atas langitlah sebagai penilaian untuk novel ni. (siapa yang tak suka novel cinta kan!) jalan ceritanya yang sangat menarik untuk dilakonkan. Penulisnya sangat pandai berimaginasi dan berilusi. Walaupun tulisan beliau masih ada unsur tipikal seperti novel percintaan yang lain, karya beliau tetap berbeza kerana berunsurkan kehidupan bersyariat sebagai seorang muslim yang mesti dipatuhi dan dibajai sepanjang masa.

Part dalam novel ni yang tak berapa best adalah part konflik. Terlalu banyak konflik.. konflik yang berpunca akibat cemburu buta. Belum campur dengan godaan-godaan yang datang dari orang ketiga. Sikit-sikit cemburu, sikit-sikit silap faham.. sikit-sikit ego, hahaha... aduhhh.. kuat betul cemburunya Hilman Yong ni, dan watak Puteri Intan Zulaikha pun sama.. ada sedikit keras kepala.. masing-masing ingin mempertahankan ego sendiri. Namun, konflik inilah yang hakikatnya menguji kasih sayang dan kesetiaan antara mereka.

 Ok, moral of the story : Jangan cemburu buta terhadap pasangan. Perasaan cemburu yang terlampau sebenarnya, sangat tidak baik untuk perhubungan. Kedua, percayalah pada pasangan kita, walaupun tidak seratus peratus. Sekurang-kurangnya dengan mempercayai dapat mengelakkan salah sangka yang tanpa usul periksa. Berlapang dada, ini tidak.. nampak sangat peratusan kepercayaan kita amat kurang pada pasangan, ya.. sedikit rasa tidak percaya dan cemburu mesti ada, tapi ianya kenalah berpada-pada.. barulah hidup aman dan bahagia. :)


Kenapa dengan pelakon Korea?
Erm.. tak ada kaitan pun sebenarnya, cuma saya suka menggambarkan karektor manusia dalam novel yang saya baca dan saya lebih suka Daniel Henney sebagai Hilman Yong!
Dennis Oh is better, but Daniel Henney is much-much better, haha.. walaupun penulis ada menyebut aktor Dennis Oh untuk gambaran watak Hilman Yong, tapi saya tetap pilih Daniel Henney! karektor yang ada pada Daniel Henney lebih sesuai untuk perwatakan Hilman Yong (tengok lakonan beliau dalam filem Korea; Seducing Mr. Perfect) boleh cair jadinya, memang dia ni seorang "mr. perfect" yang awesome, elegant dan punyai karisma tersendiri.

Dennis Oh pun ok sebenarnya, segak tampan dan cukup bergaya.. tapi karektor beliau saya rasa tidak cukup kuat untuk watak Hilman Yong seperti  yang ada dalam novel, ada sedikit longgar.. Cewahh... pandai-pandai pulak!(macam mana nak digambarkan ye.). erm.. sila lihat sendiri lakonan-lakonan beliau. Muka diaorang pun dah ada iras-iras.. dua-dua kacukan Korea-Amerika, dan kedua-duanya  tampan, tinggi dan tegap. Apapun, terpulang pada diri masing-masing untuk menilai, cuma saya tetap pilih DANIEL HENNEY! hehe.. just in my humble opinion.. peace! (^_^)v


Daniel Henney

Dennis Oh

Ermm.. terfikir sejenak, alangkah baiknya jika saya mempunyai imaginasi yang kuat seperti penulis-penulis novel ni ye.. malangnya, imaginasi tak sekuat mana.. apa boleh buat... cita-cita nak tulis novel tinggal angan-angan saja la. Sejak zaman persekolahan lagi kalau buat karangan tu mesti pilih tajuk-tajuk yang fakta je, huhu.. oklah, itu cerita lama. Sampai sini saja ulasan saya pasal novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita ni. Silakanlah berkunjung ke mana-mana kedai buku yang berhampiran untuk menikmati buah tangan hasil karya sulung Melur Jelita ini, seperti mana saya, anda pasti akan turut merasai kebahagiaannya! sekian.

Gambar Sumber : Google


Lagu yang nyanyian Puteri Intan Zulaikha untuk Hilman Yong - Yin Yuan~Zhan You


Thursday, 20 September 2012

OH MY UKM!

Beberapa minggu yang lepas, saya dapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat sarjana. Pusat pengajian mana yang jadi pilihan, sudah tentu universiti yang banyak berbudi dengan saya suatu ketika dahulu, tempat saya menimba ilmu peringkat sarjanamuda yang saya tinggalkan hampir 7 tahun yang lalu.. ya, tempat itu ialah UKM. Oh my UKM! pinjam tajuk ala-ala drama Oh My English di Astro.. :)

surat tawaran

Why UKM's again?

Atas beberapa faktor, saya memilih ukm sebagai pusat pengajian untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana. Antaranya, yuran pengajian yang agak berpatutan, universiti yang banyak menggunakan bahasa ibunda dan yang ketiganya, tempat yang pernah ada 'sentimental value' bagi saya. Saya pernah bertekad suatu masa dahulu sewaktu masih bergelar seorang mahasiswi peringkat sarjanamuda untuk kembali lagi menyambung pengajian di sini. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat yang pernah saya menimba ilmu dan pengalaman di negeri orang. Almaklum, saya tidak pernah benar-benar berjauhan dengan keluarga sebelum ni. Inilah tempat yang pertama kalinya saya berjauhan dengan keluarga selama 3 tahun lebih. Langkah pertama saya berjauhan yang membawa ke langkah yang seterusnya.

Fakulti Pengajian Islam

Alhamdulillah, permohonan saya berjaya berbanding rakan-rakan yang memohon dalam masa yang sama tetapi ditolak permohonan mereka, dalam 4 orang yang memohon.. hanya saya seorang saja yang berjaya. Erm.. sedikit cuak pada mulanya, aduhai.. kami memang bercadang untuk menyambung pengajian bersama-sama. Tapi begini pula keputusannya, tidak mengapa saya bertekad untuk tetap menyambung pengajian walaupun  tanpa rakan-rakan bersama. Pulang dari bercuti hari raya yang lalu, surat tawaran pengajian sudah ada dalam post box, dan pendaftannya pula adalah pada 9 dan 10 September. Saya ditawarkan program pengajian berbentuk sepenuh masa. Macam mana ni?? saya sedikit menggelabah, besoknya terus saya call Pusat Pengurusan Siswazah Ukm, dan jawapan mereka, ukm tidak menawarkan program pengajian separuh masa untuk pelajar sarjana yang mengambil mod jenis kerja kursus dan disertasi.. hanya mod disertasi dan tesis sahaja sahaja yang menawarkan bentuk pengajian tersebut. Saya buntu, antara mahu menerima atau menolak tawaran tersebut. Semangat untuk menambah ilmu sudah tersemat kemas di kalbu. Pada rakan-rakan, saya meminta pendapat. Biasalah, ada pendapat yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mendaftar pengajian pada hari sabtu lepas walaupun bentuk pengajian dan jadual kuliah yang masih kabur pada pandangan. Bekerja dan pada masa yang sama perlu menghadiri kuliah. Saya positif, mungkin saya dapat mengambil jadual kuliah di sebelah petang sahaja, begitulah sangkaan saya pada mulanya walaupun agak sukar sebenarnya kerana saya perlu berulang-alik dari Melaka ke Bangi yang agak jauh jaraknya.

Masjid Universiti, UKM

Rupa-rupanya, setelah mendaftar kali kedua dengan fakulti pada hari isnin, jadual kuliah yang ditetapkan memang memberi masalah pada kerjaya saya.. tiada pilihan lain, jadual kuliah sarjana di ukm berubah berbanding sebelumnya, menurut rakan saya yang pernah mempunyai rakan yang menyambung pengajian peringkat sarjana di ukm. Bezanya hanya satu tahun dia mendahului saya. Buntu, kabur dan seakan lebur harapan saya.. saya benar-benar tiada pilihan selepas mencuba nasib untuk menukar bentuk pengajian di Pusat Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam. Ya.. tiada program sarjana berbentuk separuh masa untuk pengajian secara kerja kursus dan disertasi. Saya masih mencuba untuk tetap mengikuti pengajian, berfikir boleh  mengambil hanya 2-3 subjek sahaja untuk satu semester.. tetapi itupun tidak memadai, saya hanya akan melambatkan tempoh masa pengajian jika berbuat demikian, sedangkan saya sendiri yang menanggung seratus peratus kos pengajian!.

Rabu minggu yang lepas, setelah sempat mengambil mengambil ujian kelayakan bahasa arab, saya terpaksa membuat keputusan ini.. keputusan untuk menarik diri dari menyambung pengajian, saya telah nekad. Sedih, kecewa dan sayu berbaur dalam hati.. harapan saya musnah. Tidak mengapalah, mungkin bukan rezeki saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana pada kali ini, saya memujuk diri.. tersepit di antara tanggungjawab dan cita-cita. Ada rezeki di lain waktu saya boleh mencuba lagi.. insyaAllah mudah-mudahan. Cita-cita masih ada cuma masanya belum tiba. Saya pasrah juga akhirnya.

Masih ada Masalah??

Ya.. masih ada, bukan setakat di situ saja, sekarang saya tengah berusaha mendapatkan balik yuran pendaftaran yang hampir mencecah RM2k yang telah saya bayar. 90 peratus untuk tarik diri awal dan jika lambat, 50 peratus sahaja dari jumlah yuran pendaftaran yang akan dipulangkan oleh pihak universiti kepada saya. Surat tarik diri sudah saya hantar, masih menunggu kelulusan dari PPS UKM untuk dihantar ke Jabatan Bendahari. Berulang-alik saya turun naik tangga untuk mendapat kembali hak yang 90 peratus itu. Moga segalanya berjalan lancar dan saya mendapat balik hak saya, amin. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.

 "Dan pastinya kami akan menguji dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar" (Al-Baqarah 2:155).

Ada pengajaran dan iktibar, juga ujian dan dugaan dalam bentuk sedemikian, ujian yang sentiasa mahu saya berusaha mendapatkan apa yang saya cita-citakan, dugaan ke atas diri saya kerana hampir dalam setiap perkara yang saya inginkan, saya perlu berusaha.. rasanya tiada istilah yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang dalam kamus hidup saya. Saya bukanlah orang yang bertuah yang mudah mendapat apa yang diinginkan. Mungkin inilah yang dinamakan dugaan daripada Allah SWT untuk menguji kesabaran saya. Insya-Allah, mudah-mudahan ada yang lebih baik menanti saya, dan mudah-mudahan ada hikmah di sebalik semua kesusahan ini. Dengan izinMu ya Allah! Bersabarlah wahai jiwa, sesungguhnya Allah senantiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan orang-orang yang mencapai kejayaan dan kemenangan, adalah orang-orang yang sabar apabila diberi ujian dan dugaan. Semoga saya tergolong dalam orang-orang seperti itu.. amin.

Gambar kenangan ketika konvokesyen