Dikala jarum jam menunjuk tepat waktu 22:48pm baru sekejap tadi.. tamatlah perkenalan singkat dalam sejarah hidup ni.. hoho.. lebih kurang tiga minggu je kot, hehe.. nak buat macam mana, kalau dah bukan jodoh. Saya tak mahu dikatakan "desperate" atau "tangkap muat"sampai tak mengambil kira ciri-ciri yang agama anjurkan. Susah juga rupanya, mungkin juga disebabkan kematangan diri.. saya menjadi terlalu berhati-hati dan banyak fikir. Sebenarnya banyak perkara yang perlu dikira sebelum termeterainya sesebuah ikatan pernikahan, bukan harta dan paras rupa yang menjadi keutamaan, apa yang paling penting adalah agama dan kesediaannya untuk bertanggungjawab (memberi nafkah dan lain-lain) dalam menjalankan kehidupan rumah dan tangga... :) kalau awal2 lagi dah nampak tanda-tanda tak mahu bertanggungjawab sepenuhnya.. takkan nak bertahan lagi kot! mungkin kalau si dia tak memberi kata putus, saya masih lagi bertahan untuk mengenalinya.. walau pun jujur dalam hati sudah ada semacam satu rasa yang dah tak berapa selesa semenjak dua tiga empat hari yang lepas. Alhamdulillah.. perkenalan sia2, membazirkan masa dan tenaga tidak diteruskan. Saya selalu berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dalam membuat pilihan yang tepat dan terbaik untuk diri ini. Semoga Allah memperkenankannya. Keputusan diterima dengan hati yang terbuka. Okey, no problem.. saya tak suka memaksa untuk meneruskan apa-apa perkenalan dan perhubungan pun.. Well, its over and am sorry if i've done anything's hurt you.. no heart feeling k... peace! ^_^V.
Sebenarnya... dragon ball ada tujuh biji semuanya... :p huhu..perkara ini masih di peringkat perkenalan pun, tak pernah pun saya men'declare' dia sebagai teman istimewa walaupun dalam tempoh seminggu perkenalan dia dah declare kononnya ada hubungan couple antara saya dan dia. Saya pernah mempersoalkan hal tersebut tetapi tidak dipedulikannya. Ada ke pernah terjadi sebelah pihak je declare perhubungan istimewa walaupun tanpa persetujuan sebelah pihak yang lagi satu?? hehe.. entahlah.. prinsip saya "No couple before aqad" hanya berkenalan untuk tujuan pernikahan saja. Tiada istilah main-main, orang lain ada teman lelaki aku pun nak ada juga.. bukan perhubungan sia-sia yang ku minta.. cewahh.. :) Sebab itu pentingnya perkenalan atau taaruf sebelum melangkah ke gerbang pernikahan. Apatah lagi jika perkenalan itu dimulai oleh 'orang tengah' dibimbangi kalau2 ada unsur-unsur penipuan di dalamnya.. nauzubillah minta dijauhkan Allah. Islam pun ada menganjurkan wasilah untuk seseorang lelaki untuk melihat calon wanita yang ingin dinikahinya terlebih dahulu.. (melihat muka dan tangan) supaya tidak berlaku masalah berbangkit di kemudian hari.. wallahua'lam.
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)
"Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersunting seseorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di kalangan manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana agamanya lebih utama". (Fathul Bari, 9/164)
Maksudnya di sini, bukanlah disarankan untuk mencari SEMUA iaitu keempat2 ciri tersebut ada pada diri seorang lelaki/wanita. Biasanya seorang lelaki/wanita bernikah berdasarkan ANTARA ciri2 yang disebutkan di atas, ada orang pilih calon isteri/suami disebabkan harta je, ada yang disebabkan keturunan.. nak cari yang 'kerabat' contohnya.. ada pula yang pilih pasangan berdasarkan rupa, nak yang cantik, lawa, solid, hensem, kacak, bergaya dan sewaktu dengannya... dan yang akhir sekali ada juga yang cari calon yang ada didikan agama untuk dibuat isteri/suami.
Kesimpulannya, antara 4 ciri tersebut.. Islam menyuruh umatnya memilih bakal isteri/suami yang beragama adalah paling utama dan nombor satu berbanding 3 ciri yang lain. Sesiapa yang memilih bakal isteri/suami berdasarkan agama yang ada dalam diri mereka... itu adalah yang sebaik2nya. Beruntunglah senang cakapnya. Bukan sahaja di dunia malah akan beruntung juga di akhirat sana.
Jika dipilih bakal isteri/suami berdasarkan rupa paras yang cantik jelita sahaja tapi agamanya ke laut (tiada), agak2nya untung sampai bila..? sekejap saja sebab kecantikan takkan kekal lama, sampai masa akan tua dan berkedut juga, waktu tu cantiknya dah tak sama dah masa masih muda.. begitulah juga keadaannya dengan sebab harta dan keturunan tu, jika tiada agama, semuanya akan jadi sia2.. Nak cari yang ada keempat2nya?? no hal.. tapi jarang sangat nak jumpa, kalau jumpa.. alhamdulillah, rezeki yang datang bergolek2.. ^^ wallahua'lam.
Nah.. dikongsikan persoalan2 yang biasa dikaitkan dengan tajuk entry kali ini. Persoalan manusia2 yang tak pernah dan cuba mengerti perasaan orang2 seperti saya. Siapa kita untuk mempersoalkan urusan yang hanya Allah saja tahu akan jawapannya, hanya kerana kita tidak diuji sedemikian rupa. Satu je soalan yang saya nak tanya orang2 sebegini.. BILA AWAK NAK MATI? agak2 ada jawapan tak bila.. :) segala2nya adalah ketetapan Allah. Berlaku dan berjalan atas kehendak dan izinNya.. carilah di mana2 atau dengan apa2 cara sekali pun untuk mempertikaikan dan menidakkannya.. kata2 seperti tak berusahalah, terlalu memilihlah, tak nak kahwin dan pikul tanggungjawablah dan sebagainya.. hakikat di penghujungnya pasti akan bertaut kembali di atas jalan ketentuan Allah jua jika kita mengaku sebagai orang yang beriman.. Wallahua'lam.. :)
Ayat yang paling saya suka.. "jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah"~
Sabarlah wahai jiwa2 yang diuji dengan persoalan bila jodohnya.. :)
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya..
ke mana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI..
Be positive.. KALAU DAH BUKAN JODOH... TAKKAN KE MANA... :)
Sumber : http://fikrahhalaqah.com/memahami-hadis-nikahilah-wanita-kerana-empat-perkara
Gambar : Google