Dah lama sebenarnya teragak nak ke i-city, semalam ianya jadi kenyataan jgk walaupun asalnya plan sambil2 nak ke Karnival Kraf Negeri kelantan (ke apa nama betulnya) di Shah Alam. Tup tup.. karnival tak sampai-sampai, i-city je yang sempat sampai. Gerak dari rumah jam 5 pm sampai i-city jam 9.30 pm lebih... huhu.. jauh tu perjalanan dah macam dari Melaka nak ke Kuantan pulak Sesat barat dari highway PLUS pun dah tersilap masuk susur Bangi pastu meraban ntah ke mana2, dalam Bandar Kajang berpusing-pusing cari jalan nak ke Shah Alam. Rupanya kalau dari susur Bangi kena cari Dengkil la baru nampak jalan ke Shah Alam.. apedahhh... tol sah-sahlah banyak kali kena bayar saja2.. dah silap masuk maka banyak kali tersilap bayar tol lah... banyak betul jumpa tol semalam.. lebih dari 10 rasanya.. hoho... kaya betul Malaysiaku yang tercinta ni dengan "tol gate" nya.. apa pun tak boleh. -_-'
Okay, sampai Shah Alam terus cari tempat nak isi perut yang kosong. Alamaks, adik aku ni banyak2 tempat makan.. restoran mamak jugak yang jadi pilihan... huhu... Restoran Al-Rafi ke nama restoran tu.. area Stadium Shah Alam. Order makan la jugak, sirloin steak and teh tarik. Masa keluar dari tempat tu pun dah almost 9 pm. Terus gerak cari i-city, tapi bayang signboard nak ke sana satu pun belum jumpa, ish2.. apasallah, nilah jadinya cari tempat tanpa satu panduan pun, pusing-pusing tak jumpa jugak... adik aku pun satu, suruh google kat internet direction i-city tak nak.. degil tak habis2 alasan tengah drive la.. masa makan tadi tak nak tengok, harap handphone ada internet tapi tak nak guna. Kakaknya memanglah handphone guna internet wifi rumah je... takdenya nak bazir kredit bayar bil internet kat handphone... hehe...
Fed up pusing2 tak tahu arah ni aku mintak iphone dia search kat internet.. google sekejap je dah nampak arah yang hendak di tuju.. tulah... cakap orang tak nak dengar ye... zaman sekarang bukan macam dulu, segala maklumat ada di hujung jari je.. cewahh.. ibarat dari yang gelap gelita takde cahaya sekarang dah nampak dah cahaya menerangi.. sekejap je, dah nampak papan tanda ke i-city.. dari highway Bukit Raja dah nampak susur kiri ke i-city, lampu2 i-city pun dah nampak dah di kejauhan... sebagai panduan kepada sesiapa yang belum pernah ke sana, dan tak tahu langsung jalan ke sana, anda perlu cari jalan ke UiTM je.. sebab i-city dah tak jauh dah dari situ rupanya... huhu... at least, UiTM boleh dijadikan sebagai panduan.
Alhamdulillah akhirnya, sampai la kami ke destinasi tujuan. Takde tiket masuk kalau setakat nak tengok lampu2 dan ambik gambar kat situ melainkan nak main kenderaan yang ada naik gondola ke, kenalah ambik tiket.. cuma parking kena bayar RM10, lebih kurang lump sum sekali dengan tiket masuk lah tu.. Kat i-city selain nak tengok lampu yang pelbagai warna dan bentuk, ada juga Water World dan Snow Walk. Tiket masuk ke kedua2 tempat tu of course la kena bayar ye..
Rupanya, i-city satu tempat yang dalam kawasannya ada bangunan-bangunan perniagaan, MSC, hotel and restoran dan lain2. Kalau pertama kali masuk memang keliru sikit... kena tengok dan cari betul2.. ada map kawasan, tapi tak berapa nak faham.. memang menghairankan kalau tengok tempat tu tak seperti yang anda google di internet.. kena cari rupanya.. huhu... berpeluh2 jugak semalam jalan2 ke tempat2 dalam kawasan i-city tu.. huhu... Okaylah, dah malas nak menaip.. habis pusing.. (tak habis pun sebenarnya) dalam jam 1130 pm keluar dari i-city, sampai rumah ngam2 kul 2 am, alhamdulillah.. kami selamat sampai rumah walaupun nak balik tu pun tersesat sampai midvalley bagai jugak last-last keluar ikut tol Kajang. Okaylah, ni antara gambar yang sempat diambik semalam..