Sunday, 16 December 2012

Saturday, 15 December 2012

Hilman Yong : Awak suka saya tak?

Hmm.. tiba-tiba terfikir nak post pasal Novel karya Melur Jelita ni.. musim cuti ni pun dah dengan jayanya khatam untuk kali yang kedua novel setebal 1056 muka surat ni. Alahai.. kalau la kitab-kitab ilmu boleh khatam macam ni, alangkah bahagianya hidup! ok, ni muka depan novelnya. Judulnya Awak Suka Saya Tak? atau singkatannya ASST.



Tengah sambil-sambil menaip ni pun sedang ditemani lagu Tonya Mitchell ni. hahaha.. jiwang habis!



 Watak :
1-Himan @ Damien Yong Teik Wah :
Seorang pemuda kaya dan tampan kacukan Korea-Amerika-Cina yang telah memeluk agama Islam pada usia 21 tahun dan seorang muslim yang taat.

2- Puteri Intan Zulaikha :
Seorang jelitawan dari keluarga kaya dan berada. Sedikit outspoken, pernah dipermainkan perasaan oleh lelaki yang diminatinya sewaktu menuntut di universiti.

Sinopsis:
Kisah percintaan antara dua insan yang berlainan bangsa tetapi berakidah yang sama. Ia bermula dari cinta pandang pertama Hilman Yong semenjak remaja berlarutan sehinggalah dia dewasa dan berjaya. Pertemuan selepas lapan tahun kemudian membuahkan perasaan cinta Puteri Intan Zulaikha untuknya. Ada 3 kali  pertemuan antara Hilman Yong dan Puteri Intan Zulaikha dalam novel ni :

Pertemuan Pertama :
Pertemuan  pertama Hilman Yong dengan Puteri Intan Zulaikha ketika Hilman Yong berusia 21 tahun dan Puteri Intan Zulaikha berusia 17 tahun di sebuah restoran makanan segera. Cinta pandang pertama Hilman Yong tetapi Puteri Intan Zulaikha tidak menyedarinya. Kiranya Hilman Yong ni adalah secret admirer Puteri Intan Zulaikha, dan mereka berjumpa buat kali yang kedua selepas 8 tahun kemudian.

Pertemuan Kedua :
Dalam tempoh 8 tahun itu rupa-rupanya Hilman Yong masih menyimpan perasaan terhadap Puteri Intan Zulaikha. Pertemuan yang tidak disangka-sangka disebuah kedai emas telah membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka. Pertemuan kedua yang membawa kepada pertemuan-pertemuan seterusnya, bak kata orang tua-tua.. kalau dah jodoh takkan ke mana, ikan di laut asam di darat pun.. dalam kuali pasti akan bertemu jua. Walaubagaimana pun, mereka kembali terpisah disebabkan salah sangka Puteri Intan Zulaikha mengenai status Hilman Yong yang disangkakannya telah pun berumahtangga.

Pertemuan Ketiga :
Pertemuan yang hampir-hampir membawa mereka ke jinjang pelamin setelah berpisah selama 2 tahun. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Hilman Yong mengalami hilang ingatan sementara dan kembali dengan identiti lama sebelum Islamnya. Selama tempoh pertemuan-pertemuan itu, konflik tidak pernah sunyi dalam kisah percintaan mereka. Perselisihan sering terjadi akibat ego yang ada dalam diri masing-masing. Asyik selisih faham je.. kemudian baik semula.. dan begitulah seterusnya sehinggalah mereka akhirnya selamat diijabkabulkan. Setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya bahagia itu milik mereka jua.

Ok, ni pula pendapat saya mengenai kisah percintaan antara Hilman a.k.a Damien Yong terhadap Puteri Intan Zulaikha. Menarik dan ada 'feel'. Sangat kagum dengan penulis yang 'rajin' membuat kajian dan mungkin sangat berpengalaman dalam cara pengendalian kuda dan bidang equestrian. Saya bagi bintang-bintang yang bertaburan di atas langitlah sebagai penilaian untuk novel ni. (siapa yang tak suka novel cinta kan!) jalan ceritanya yang sangat menarik untuk dilakonkan. Penulisnya sangat pandai berimaginasi dan berilusi. Walaupun tulisan beliau masih ada unsur tipikal seperti novel percintaan yang lain, karya beliau tetap berbeza kerana berunsurkan kehidupan bersyariat sebagai seorang muslim yang mesti dipatuhi dan dibajai sepanjang masa.

Part dalam novel ni yang tak berapa best adalah part konflik. Terlalu banyak konflik.. konflik yang berpunca akibat cemburu buta. Belum campur dengan godaan-godaan yang datang dari orang ketiga. Sikit-sikit cemburu, sikit-sikit silap faham.. sikit-sikit ego, hahaha... aduhhh.. kuat betul cemburunya Hilman Yong ni, dan watak Puteri Intan Zulaikha pun sama.. ada sedikit keras kepala.. masing-masing ingin mempertahankan ego sendiri. Namun, konflik inilah yang hakikatnya menguji kasih sayang dan kesetiaan antara mereka.

 Ok, moral of the story : Jangan cemburu buta terhadap pasangan. Perasaan cemburu yang terlampau sebenarnya, sangat tidak baik untuk perhubungan. Kedua, percayalah pada pasangan kita, walaupun tidak seratus peratus. Sekurang-kurangnya dengan mempercayai dapat mengelakkan salah sangka yang tanpa usul periksa. Berlapang dada, ini tidak.. nampak sangat peratusan kepercayaan kita amat kurang pada pasangan, ya.. sedikit rasa tidak percaya dan cemburu mesti ada, tapi ianya kenalah berpada-pada.. barulah hidup aman dan bahagia. :)


Kenapa dengan pelakon Korea?
Erm.. tak ada kaitan pun sebenarnya, cuma saya suka menggambarkan karektor manusia dalam novel yang saya baca dan saya lebih suka Daniel Henney sebagai Hilman Yong!
Dennis Oh is better, but Daniel Henney is much-much better, haha.. walaupun penulis ada menyebut aktor Dennis Oh untuk gambaran watak Hilman Yong, tapi saya tetap pilih Daniel Henney! karektor yang ada pada Daniel Henney lebih sesuai untuk perwatakan Hilman Yong (tengok lakonan beliau dalam filem Korea; Seducing Mr. Perfect) boleh cair jadinya, memang dia ni seorang "mr. perfect" yang awesome, elegant dan punyai karisma tersendiri.

Dennis Oh pun ok sebenarnya, segak tampan dan cukup bergaya.. tapi karektor beliau saya rasa tidak cukup kuat untuk watak Hilman Yong seperti  yang ada dalam novel, ada sedikit longgar.. Cewahh... pandai-pandai pulak!(macam mana nak digambarkan ye.). erm.. sila lihat sendiri lakonan-lakonan beliau. Muka diaorang pun dah ada iras-iras.. dua-dua kacukan Korea-Amerika, dan kedua-duanya  tampan, tinggi dan tegap. Apapun, terpulang pada diri masing-masing untuk menilai, cuma saya tetap pilih DANIEL HENNEY! hehe.. just in my humble opinion.. peace! (^_^)v


Daniel Henney

Dennis Oh

Ermm.. terfikir sejenak, alangkah baiknya jika saya mempunyai imaginasi yang kuat seperti penulis-penulis novel ni ye.. malangnya, imaginasi tak sekuat mana.. apa boleh buat... cita-cita nak tulis novel tinggal angan-angan saja la. Sejak zaman persekolahan lagi kalau buat karangan tu mesti pilih tajuk-tajuk yang fakta je, huhu.. oklah, itu cerita lama. Sampai sini saja ulasan saya pasal novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita ni. Silakanlah berkunjung ke mana-mana kedai buku yang berhampiran untuk menikmati buah tangan hasil karya sulung Melur Jelita ini, seperti mana saya, anda pasti akan turut merasai kebahagiaannya! sekian.

Gambar Sumber : Google


Lagu yang nyanyian Puteri Intan Zulaikha untuk Hilman Yong - Yin Yuan~Zhan You