My First Time...
Sebenarnya gambar ni dah lama diambil, first time homemade rendang ayam dalam hidup, hehe... walaupun pernah tengok masakan rendang ibu saya, tapi saya belum pernah masak rendang sendiri. 'Ter'inspirasi mahu mencuba masak rendang ni bermula semasa menikmati nasi lemak rendang ayam dalam penerbangan masa bercuti ke Sabah awal tahun lalu. Sedap dan enak bangat nasi lemaknya bak kata pelakon sinetron, keenakkannya masih lagi terasa sehingga kini menggamit memori!.. :)
Peristiwa kedua yang membuatkan saya 'terpanggil' untuk mencuba masak sendiri rendang ayam ni juga tercetus apabila seorang rakan membawa bekal rendang ayam ke sekolah untuk dinikmati bersama rakan-rakan. Waktu itu lebih kurang dua bulan lagi umat Islam akan menyambut Ramadan al mubarak 1432H. Wah... apalagi, semangat dan perasaan untuk masak rendang makin berkobar-kobar pula.. :)
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya, saya meluangkan masa mencari resepi rendang ayam di internet.. google punya google, macam-macam cara pula resepi randang ayam yang keluar, setiap resepi yang dipaparkan tidak sama pula bahan masakannya, ada yang terlebih bahan dan ada pula yang kurang bahan untuk resepi ini. Pening juga dibuatnya untuk seorang amatur yang baru hendak mencuba masak rendang macam saya ni. Agak mengelirukan, sebab tak tahu mana satu resepi yang harus diikut. Fikir punya fikir dan analisa, (cewah... macam buat hipotesis pula) saya ambil keputusan untuk 'try n error' dulu.. :) saya mulakan dengan mengambil bahan-bahan asas membuat rendang di antara banyak-banyak resepi tersebut. Lebih kurang macam buat rumusan pun ada. Jumlah sukatan bahan tidak pula saya ikut, main agak-agak dan main campak-campak je...hehe..
Alhamdulillah... akhirnya menjadi juga masakan first time homemade rendang ayam saya, secukup rasa. Tak sia-sia percubaan kali pertama saya ni.. alhamdulillah.. ^_^ Kepada sesiapa yang ingin cuba masak kali pertama masakan yang anda suka, jangan ragu-ragu, jika percubaan kali pertama gagal atau tidak memuaskan, cuba dan cuba lagi.. insyaAllah, hasilnya akan menjadi lebih baik dan mungkin juga hasil yang berkali-kali tanpa mengenal putus asa itu adalah hasil yang paling berharga dalam hidup kita. ^_^
Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That's why it's called the present.
Friday, 30 September 2011
Sunday, 25 September 2011
JIWA RASA
Dari jiwa dan rasa,
Untuk rasa yang ulang-ulang kali ku terasa
Aku hanyalah insan biasa
Yang seringkali lalai dan lupa
Yang seringkali alpa dan leka
Dan acapkali mengulangi titik yang sama
Mohon Allah teguhkan hati dan pendirianku
Mohon Allah kasihani daku
Ainurhanan
10.51 pm
TKD
Untuk rasa yang ulang-ulang kali ku terasa
Aku hanyalah insan biasa
Yang seringkali lalai dan lupa
Yang seringkali alpa dan leka
Dan acapkali mengulangi titik yang sama
Mohon Allah teguhkan hati dan pendirianku
Mohon Allah kasihani daku
Ainurhanan
10.51 pm
TKD
Subscribe to:
Posts (Atom)